Sunday, April 5, 2026

Exora CPS 1.6 MT : tayar baharu di hadapan Sonix Prime UHP 08 215/45X17

 dua tayar hadapan menerima 

Sonix Prime UHP 08 215/45X17

tayar belakang ialah : 

Michelin Pilot Sport 4 215/45ZR17

BlackArrow


Friday, April 3, 2026

Kelisa 850: tukar tayar belakang kepada 165/60X13 Rovelo RHP-A68 RM130 x2 pcs

 tukar tayar belakang kepada : 

165/60X13 Rovelo RHP-A68 2 pcs x RM130

sekarang, keempat-empat tayar adalah 165/60X13 Rovelo RHP-A68

Wednesday, March 25, 2026

Kelisa 850: fuel check

 current 395,740km

last : 395, 418 km

sesaran 321 km

fill in : 23.05 liter

average fuel consumption : 13.92 km / liter

Monday, March 16, 2026

Kelisa 850: air-cond system jammed, gear oil

current meter : 395,730 km 

next air-cond service : 

next gear oil : 425, 000 km

beberapa bulan yang lalu, bunyi bising bila pasang air-cond, saya sangkakan masalah belting, apabila hantar kepada pomen , rupanya sistem air-cond telah rosak teruk.

bunyi ini bermula selepas buat enjin (gasket pecah, air masuk ke enjin) pada 2 Dec 2025. saya sangkakan belt kurang ketat. ketika itu air-cond adalah masih sejuk. sehinggalah minggu lepas apabila air-cond menjadi tidak sejuk, baharulah hantar kereta ke pomen. ketika ini compressor air-cond telah rosak teruk.

compressor ini baru ditukar pada 9 Aug 2024. Selepas itu saya ada ada buat servis pada 5 Mar 2025.

compressor China nampaknya tidak dapat bertahan lama. Langkah pencegahan yang dicadangkan ialah hendaklah servis aircond setiap 6 bulan supaya compressor dapat bertahan lebih lama. servis yang perlu dibuat ialah : 

  • tukar minyak compressor
  • tukar gas
  • tukar drier filter
Oleh kerana servis sebelum ini ialah pada 5 Mar 2025, sepatutnya perlulah buat service air-cond pada bulan Sep 2025, nampaknya saya telah cuai kerana air-cond masih sejuk. nampaknya begitulah takdirnya. dalam rezeki kita ada rezeki pomen juga.

kos kali ini ialah RM1250.

Major service aircond single blower (450.00)

*Service cooling coil /housing

*Service blower

*new valve

*Cabin filter

*flushing /workmanship

New Condenser local ( 225.00)

New Compressor local ** ( 430.00)

New discharge hose ( 65.00)

Acid & solvent cleaning (black oil system) ( 80.00)

** compressor no warranty if black oil /jam

Compressor oil interval every 15000km/6 months

Subtotal ( RM1,250.00)

tukar minyak gear RM50


Friday, March 6, 2026

Kelisa 850: fuel check

 meter :395,418km

sesaran : 392km

petrol : 30 liter

392/30= 13.07km / liter  ..OK 

Thursday, March 5, 2026

Kelisa 850: tukar tayar hadapan kepada 165/60X13 Rovelo RHP-A68 RM130 x2 pcs

 tayar depan menjadi baharu 

165/60X13 Rovelo RHP-A68  RM130 x2 pcs

alignment RM24.00

Wednesday, March 4, 2026

Kelisa 850: lampu brek utama dan lampu brek ketiga

 ternampak satu video yang menunjukkan kemalangan berlaku kerana kereta di hadapan yang disondol kerana lampu brek ketiga yang malap.

saya pun memeriksa lampu brek. di dapati lampu brek utama di sebelah kanan putus satu filamennya, dan lampu brek ketiga tidak menyala.

masalah lampu brek, lampu signal belakang dan lampu reverse ini ialah kita tidak mudah nampak kerosakannya, perlu ada orang yang menegur. oleh itu, adalah sangat baik jika kita membuat ujian secara berkala, misalnya setiap hujung minggu ? 

saya ada beberapa biji mentol LED spare, dapat segera tukar lampu brek ketiga. Lampu brek utama tiada spare, jadi terpaksa beli di kedai , RM4 sebiji.

lampu merah masih menyala, tetapi satu filamen putus ( filamen brek), jadi tidak akan bertambah terang apabila menekan brek.

untuk membuka nat housing, perlu spanar boleh ubah atau T-socket Wrench 10mm.

untuk brek belakang, ada dua nat. selepas buka nat, cungkil dengan screw driver atau kuku.




saiz nut brek ketiga juga ialah 10mm.







Sunday, March 1, 2026

Kelisa 850: check minyak hitam

 check minyak hitam, tengok menyusut tinggal separuh. 

top up sikit guna bold.


Sunday, February 22, 2026

Kelisa 850: fuel check 13.87 km/l

 last meter : 394,707 km

current meter : 395,026 km

sesaran : 319 km

petrol : 23.00 liter

319/ 23 = 13.87 km/ liter

masih OK.

check tayar, semuanya bawah 200kPa, dengan tayar spare pun 170kPa sahaja. Pam semua bagi jadi 200kPa.

berdasarkan catatan lalu, 

Next air filter : 393,000km

Next cabin filter: 393,000km

Next spark plug : 394,000km

Next gear oil : 396,000km

mungkin boleh buat semua pada 396,000km

current meter : 395,026 km



Monday, February 16, 2026

Kelisa 850: fuel check 14.2 km/l

 meter 394,707km.

telah berlalu 355km kononnya.

isi 25 liter 

jika benar, maka : 355/25 = 14.2 km / liter

agak baik.


Wednesday, February 11, 2026

Exora CPS 1.6 MT : tayar pancit depan kiri

 Beberapa hari yang lalu, ketika di parkir, mahu bergerak pulang dari kerja, kereta di sebelah mengisyaratkan tayar depan kiri pancit. 

Saya mencuba segala lug wrench yang ada dalam kereta, semua tak ngam. Tanya beberapa orang kawan yang masih ada di parkir, tiada yang memiliki kepala soket yang ngam. Terpaksa tinggalkan kereta dan balik ke rumah menaiki Grab.

Pagi ini, ketika memeriksa sekali lagi tayar di parkir, ada rakan yang lalu berhampiran kerana beliau terlupa mengunci pintu kereta ketika datang kerja. Beliau menggunakan myvi, rim sudah tukar kepada sport rim, tampak bentuk nut macam sama.

Minta kepada beliau toolbox, katanya tidak bawa. Beliau cari-cari dalam kereta, terjumpa lug nut remover socket. Bila dicuba , memang ngam.

Baharulah saya ketahui bahawa sebenarnya kereta Exora ini  menggunakan nut heptagon ( saya tak pernah check sebelum ini-saya ingatkan heksagon biasa), owner lama tak tinggalkan socketnya di dalam kereta.

Tayar dapat dibuka dan dapat ditukar kepada tayar spare. sudah nampak wayar sekitar 20cm.

Bawa ke kedai tayar, ada tayar 17 inchi  Michelin 2019 second hand berharga RM35 termasuk balancing.

Tayar sekarang ialah Black Arrow kesemuanya, 0122, sudah empat tahun usianya. Nampaknya terpaksa guna Michelin second hand dulu, mungkin hujung bulan dapat tukar baharu dua biji hadapan.

Range harga, tayar China sekitar RM175. Hankook RM350.





Sunday, February 8, 2026

Exora CPS 1.6 MT : timing tinggi

mengisi minyak di stesen minyak. apabila start enjin, idling timing jadi tinggi. hairan. ( ada terdengar letupan, tapi tak pasti di mana, mungkin orang lain).

bawak kereta berhari-hari, timing masih tinggi.

buka hood enjin, check hos. nampak masih elok tiada crack atau bocor. raba-raba sampai ke hujung. hujung kosong. nampaknya hos telah tercabut daripada sesuatu. saya raba-raba, jumpa sesuatu seperti hujung paip. sambungkan hos kepada hujung paip tersebut. periksa enjin. timing kembali normal.


mungkin letupan yang saya dengar ketika hendak start kereta di stesen minyak ialah hos terlucut daripada paip.




Thursday, January 29, 2026

Kelisa 850: fuel efficiency 12.80 km/ l

 meter terkini : 394,351 km

sesaran 317km / 24.76 liter = 12.80km/ l

Thursday, January 15, 2026

Exora CPS 1.6 MT : fuel efficiency

 last meter  : 68, 231 km.

current meter : 68,552 km

sesaran : 321 km

isi minyak : 43 liter

keberkesanan : 321 / 43 = 7.46 km / l 

ini dahsyat, sangat rendah. target ialah sekitar 13 km / l

sebelum ini, saya isi penuh, bacaan keupayaan ialah 650km.

kali ini, isi 43 liter, hanya mencapai 607km ( mungkin belum cukup penuh ?).


Tuesday, January 6, 2026

Exora CPS 1.6 MT: fuel efficiency

 agak sukar untuk isi full tank kerana wap petrol selalu tendang ketika nak isi minyak. kena bukak corong petrol lama-lama sikit, baharulah dapat isi minyak dengan tenang. 

isi full tank pada hari ini. kebolehgunaan minyak naik kepada 650km. hari sabtu nanti mungkin boleh isi semula dan lihat fuel efficiency.

current meter : 68, 231 km.