beberapa bulan yang lalu, bunyi bising bila pasang air-cond, saya sangkakan masalah belting, apabila hantar kepada pomen , rupanya sistem air-cond telah rosak teruk.
bunyi ini bermula selepas buat enjin (gasket pecah, air masuk ke enjin) pada 2 Dec 2025. saya sangkakan belt kurang ketat. ketika itu air-cond adalah masih sejuk. sehinggalah minggu lepas apabila air-cond menjadi tidak sejuk, baharulah hantar kereta ke pomen. ketika ini compressor air-cond telah rosak teruk.
compressor ini baru ditukar pada 9 Aug 2024. Selepas itu saya ada ada buat servis pada 5 Mar 2025.
compressor China nampaknya tidak dapat bertahan lama. Langkah pencegahan yang dicadangkan ialah hendaklah servis aircond setiap 6 bulan supaya compressor dapat bertahan lebih lama. servis yang perlu dibuat ialah :
- tukar minyak compressor
- tukar gas
- tukar drier filter
Major service aircond single blower (450.00)
*Service cooling coil /housing
*Service blower
*new valve
*Cabin filter
*flushing /workmanship
New Condenser local ( 225.00)
New Compressor local ** ( 430.00)
New discharge hose ( 65.00)
Acid & solvent cleaning (black oil system) ( 80.00)
** compressor no warranty if black oil /jam
Compressor oil interval every 15000km/6 months
Subtotal ( RM1,250.00)
tukar minyak gear RM50
No comments:
Post a Comment