ternampak satu video yang menunjukkan kemalangan berlaku kerana kereta di hadapan yang disondol kerana lampu brek ketiga yang malap.
saya pun memeriksa lampu brek. di dapati lampu brek di sebelah kanan putus filamennya, dan lampu brek ketiga tidak menyala.
masalah lampu brek, lampu signal belakang dan lampu reverse ini ialah kita tidak mudah nampak, perlu ada orang yang menegur. oleh itu, adalah sangat baik jika kita membuat ujian secara berkala, misalnya setiap hujung minggu ?
saya ada beberapa biji mentol LED spare, dapat segera tukar lampu brek ketiga. Lampu brek utama tiada spare, jadi terpaksa beli di kedai , RM4 sebiji.
lampu merah masih menyala, tetapi satu filamen putus ( filamen brek), jadi tidak akan bertambah terang apabila menekan brek.
untuk membuka nat, perlu spanar boleh ubah atau T-socket Wrench 10mm.
untuk brek belakang, ada dua nat. selepas buka nat, cungkil dengan screw driver atau kuku.
saiz nut brek ketiga juga ialah 10mm.
No comments:
Post a Comment