Ketika di parkir, mahu bergerak pulang dari kerja, kereta di sebelah menunjukkan tayar depan kiri pancit. Saya mencuba segala lug wrench yang ada dalam kereta, semua tak ngam. Tanya beberapa orang kawan yang masih ada di parkir, tiada yang memiliki kepala soket yang ngam. Terpaksa tinggalkan kereta dan balik rumah dengan Grab.
Pagi ini, ketika memeriksa sekali lagi tayar di parkir, ada
rakan yang lalu berhampiran kerana beliau terlupa mengunci pintu kereta ketika datang
kerja. Beliau menggunakan myvi, rim sudah tukar kepada sport rim, tampak bentuk
nut macam sama.
Minta kepada beliau toolbox, katanya tidak bawa. Beliau
cari-cari dalam kereta, terjumpa lug nut remover socket. Bila dicuba , memang ngam.
Baharulah saya ketahui bahawa sebenarnya kereta Exora ini menggunakan nut heptagon ( saya tak pernah
check sebelum ini-saya ingatkan heksagon biasa), owner lama tak tinggalkan socketnya
di dalam kereta.
Tayar dapat dibuka dan dapat ditukar kepada tayar spare. sudah nampak wayar sekitar 20cm.
Bawa ke kedai tayar, ada tayar 17 inchi Michelin
2019 second hand berharga RM35 termasuk balancing.
Tayar sekarang ialah Black Arrow kesemuanya, 0122, sudah
empat tahun usianya. Nampaknya terpaksa guna Michelin second hand dulu, mungkin
hujung bulan dapat tukar dua biji hadapan.
Range harga, tayar China sekitar RM175. Hankook RM350.
No comments:
Post a Comment