lampu besar tiba-tiba tidak menyala, begitu juga dengan lampu dashboard panel. mujurlah lampu spotlight masih berfungsi. lampu signal juga berfungsi, masihlah boleh berjalan malam dekat-dekat.
kata orang, mungkin fius terbakar, atau boleh jadi sambungan kepada soket kurang cantik. saya periksa dan dapati tiada fius yang putus. cuba juga usik-usik soket sambungan.
akhirnya, lampu kembali menyala. boleh jadi sambungan pada soketlah puncanya.
pernah juga berlaku kejadian seperti ini pada 19 Disember 2024.
No comments:
Post a Comment