Wednesday, December 18, 2024

Kelisa 850: kemalangan di traffic light

 kereta sedang beratur, ada dua , mungkin tiga buah di hadapan saya, lampu trafik sedang merah. apabila lampu hijau, saya bergerak ke hadapan. didapati kereta Toyota di hadapan tidak bergerak, lalu saya menciumnya. begitulah ceritanya.

segera buka lampu, dapatkan segitiga merah di bonet belakang dan letakkan ia agak jauh dari kereta untuk memberi amaran kepada kereta-kereta lain. sebenarnya perlu letak 45 meter ke belakang. 


tinjauan ke bengkel mendapati :

bumper hadapan pecah

center grill pecah 

number plate pecah

radiator cap pecah ( ini saya syak ketika cubaan pomen membuka bonet)

bonet remuk

pipe aircond patah

perlu refill aircond

fender mungkin bengkok sedikit

lampu besar dah patah housing rasanya 

adjustor bagi quotation sebanyak RM1512.95 dan kononnya saya perlu menambah sebanyak RM150.

dah kenapa? 


kerosakan yang hampir sama pada Mac 2020 kerana terlanggar anjing melintas.

estimate ketika itu: 

front fender signal lamp cover (estimate shoopee: RM7.50)

daun pisang / splash shield / fender liner (estimate : RM25.00)

fender knock and spray (RM200)

front bumper ( RM80.00)

center grill (RM47.00)

headlamp (RM60 x 2pc )

air cond discharge hose ( RM100)

air cond gas refill  (RM100)

plate number (RM20).


kita tunggu keputusan terkini dari bengkel.

Rusa 1.3EX: headlamp tidak menyala / tukar lampu spotlight

 ketika memandu pada pagi hari, tiba-tiba lampu dashboard padam. begitu juga dengan lampu besar. saya terpaksa menggunakan lampu spotlight.

masalahnya lampu spotlight hanya menyala sebelah. 

pada suatu petang yang lapang, saya membuka casing lampu spotlight dan membawa mentolnya ke kedai spare part. saya diberi satu mentol Bosch berharga RM8. saya mencubanya tetapi tidak kena dengan housingnya. minta tukar jenis yang lain. 

maka saya diberi yang ini. 


ini ngam, memang boleh masuk. 

kata tauke, kalau untuk spotlight, ia akan didatangkan dengan wayar. harga sama sahaja, RM8. kaki mentol sudah dipateri dengan housingnya. patutlah ketika saya mencabut mentol asal daripada housing lama, kakinya pecah.

saya cuba pula meninjau-ninjau apakah masalah dengan lampu besar. fius semua didapati OK. tiada yang putus. saya suspek masalah mungkin pada Turn-Signal Switch. ini kerana, lampu brek tiada masalah, begitu juga dengan lampu brek ketiga, tiada masalah. lampu signal kedua-duanya tiada masalah.

setelah diselidiki, saya mendapati lampu belakang tidak menyala. ini bermakna, yang terkesan ialah lampu dashboard, lambu besar dan lampu belakang ( lampu belakang hanya menyala jika tekan brek). 

pada siang hari, tiada masalah, tapi pada malam hari, suatu yang berbahaya jika lampu belakang tidak menyala. terpaksa berharap kepada lampu brek dan signal untuk dilihat orang dari belakang. lampu hazard juga boleh digunakan, tetapi tidak boleh selalu kerana nanti signal tidak dapat dilihat. bolehlah guna lampu hazard, jika berada di jalan lurus yang panjang.

apabila saya membuka panel steering dan mengusik-usik Turn-Signal Switch, lampu dashboard kembali menyala. didapati semua lampu kini telah menyala, iaitu lampu dashboard, lampu besar dan lampu belakang.

alhamdulillah, tidak perlu ke bengkel dan tidak perlu membeli swicth baharu.








Saturday, October 19, 2024

Kelisa 850: servis ke 62 tukar minyak hitam

Current: 371,668km

Next: 377,000km

Bold 5W30 4liter . beli di shopee,harga asal RM45.00, dapat diskaun apa entah, jadi RM36.68.

Oil filter dari kedai spare part RM8.00




Monday, August 26, 2024

Kelisa 850: alignment balancing

 kena RM32.

kononnnya tayar depan sebelah kanan perlu tukar steering rack.

tayar depan sebelah kiri perlu tukar toe-arm.

Monday, August 19, 2024

Kelisa 850: air-cond compressor

 aircond compressor jammed. nampaknya kena buat major service untuk aircond. major service terakhir ialah pada Jun 2023.

Sejarah penukaran compressor: 

Beli kelisa baru pada 2004. 

Pertama kali tukar compressor ialah pada July 2015 ( tahan 11 tahun).

tukaran kedua pada 2021 ( tahan 6 tahun)

tukaran ketiga pada Jun 2023  ( hanya bertahan satu tahun).

tukaran keempat pada Aug 2024

compressor china nampaknya tidak dapat bertahan untuk melepasi satu tahun. langkah pencegahan yang dicadangkan ialah hendaklah service aircond setiap 6 bulan supaya compressor dapat bertahan lebih lama. service yang perlu dibuat ialah : 

  • tukar minyak compressor
  • tukar gas
  • tukar drier filter

oleh kerana saya telah memasang aircond filter di dalam kabin, nampaknya cooling coil tidaklah begitu kotor pada zahirnya, tapi boleh jadi juga ada leaking.

ada dua sistem untuk kelisa ( bergantung kapada model kelisa) , iaitu Sanden dan Denso. sistem kelisa saya ialah Sanden. Original sanden susah untuk dijumpai. original second hand  yang banyak ialah Denso. Jika nak guna Denso, tidak boleh plug n play, perlu tukar dan modify beberapa perkara.

A. Major service aircond single blower : Lot ( 450.00)

*Service cooling coil /housing

*Service blower

*new valve

*Service condenser

*flushing /workmanship

B. Additional part;

New Condenser local 1 ( 235.00)

New Compressor local ** 1 ( 380.00)

New discharge hose 1 ( 65.00)

New pressure switch 1 ( 20.00)

Acid & solvent cleaning (black oil system) 1 ( 80.00)


Total RM1230


Saturday, August 3, 2024

Kelisa 850: headlamp tidak menyala, H4 socket melebur

 pada suatu pagi, saya mendapati lampu besar sebelah kiri tidak menyala. apabila memeriksa lampu besar, didapati mentol tidak menunjukkan kesan-kesan terbakar atau filamen putus, namun didapati soket H4 telah mula melebur/ mengerekot. mungkin berlaku lintas pintas di dalam soket. 

untuk akses lampu besar sebelah kiri adalah sukar, perlu mencabut bateri dahulu. mungkin ada yang pro, tidak perlu mencabut bateri. namun bagi saya, perlu dibuang bateri dahulu, baharulah kedapatan ruang untuk bekerja.

soket H4 berharga 4-5 ringgit sahaja di kedai spare part. boleh dapat dengan harga tiga ringgit di shopee / lazada. 


apa yang perlu diperhatikan ialah wayar. perlu pastikan wayar yang tepat untuk disambung, jangan hanya bergantung kepada warna wayar sahaja. apatah lagi soket yang ada bukan lagi soket yang asal daripada perodua. 

kesilapan sambungan boleh menyebabkan soket melebur dalam masa sepuluh minit.




Monday, July 15, 2024

Kelisa 850: tukar minyak gear

 current meter : 365,907

next change : 395,907


total campur labor: RM50.00

Sunday, July 14, 2024

Rusa 1.3EX : tukar minyak enjin

current meter : 02156km

next engine oil : 07156km

next spark plug : 20,000

next gear oil : 10,000

next timing belt : 70,000


belum sampai masa, tapi minyak hitam nampaknya berkurangan sebab dah naik signal. top up dulu dengan minyak kelisa, sementara shopee sampai.

lokasi oil sump adalah di bahagian sebelah seat pilot, tetapi lokasi oil filter adalah di bahagian sebelah seat co-pilot. suspek minyak hitam berkurangan kerana oil leaking daripada oil filter, kerana ia dapat dipulas dengan mudah menggunakan tangan. mungkin telah longgar dimamah masa.

boleh jadi juga daripada oil cap ? sebab didapati ada lubang, mungkin ditebuk oleh owner terdahulu ? ataupun pecah dimamah usia? mungkin perlu beli cap baharu ? 
apabila melalui bonggol, mungkin minyak tersimbah keluar. ini kerana didapati kesan minyak hitam di sekitar bawah daripada corong minyak enjin.




minyak Bold 10W30 4liter total harga RM49.10 tanpa oil filter.
Oil filter berharga RM8 di kedai spare part. 
mungkin lebih menjimatkan jika beli bersama oil filter di shopee.

kapasiti tangki minyak enjin kononnya adalah 3.8 liter. tiada masalah untuk tuang semua. ini kerana akan berlaku sedikit tumpahan dan sisa yang berbaki pada bekas. namun, saya tinggalkan sedikit kerana tolok menunjukkan sudah full.






Saturday, July 13, 2024

Kelisa 850: servis ke-61 : tukar minyak enjin / minyak hitam / oil filter

 current meter : 365, 500km

next oil change : 370,500km

sudah tiba masanya menukar minyak hitam, beli awal di shopee, cuma tak sempat nak buat, sebab bercadang nak tukar  enjin atau repair enjin. Tukar enjin kononnya 3 ribu juga. tunggu ada modal.

sementara itu, tukar minyak hitam dulu.

Bold 5W30 4 liter Semi Synthetic: RM48.90

Oil filter : RM6.50

Total : 52.82







Wednesday, May 1, 2024

Kelisa 850: tukar spark plug

 sebelum : 348, 000

next : 368, 000

current : 362,000km.

next : 382,000km

oleh kerana cuaca panas, dan plug yang lama mungkin mengganggu prestasi air cond, saya tukarlah plug walaupun meter baharu mencapai 362,000km.

oleh kerana plug terlalu ketat, terpaksa guna perengkuh paip baharulah dapat membukanya.saya guna spark yang saya beli tahun lalu tetapi tidak diguna sebab tak dapat membukanya.

next tukar spark plug akan menjadi : 382,000km.

aircond dapat menurun hingga ke 11.0 darjah celcius pada pagi 8.00am dan 2.00 petang yang mendung. biasanya tengah hari rembang boleh berada pada 13.0-13.5 darjah celcius. ini bermakna sistem aircond sekarang adalah dalam keadaan asal selepas servis pada tahun lalu.  








Thursday, April 25, 2024

Kelisa 850: tukar air filter / air cond filter

 musim panas begini, terasa air cond sukar untuk menyejukkan suhu dalam kabin. mungkin perlu servis air cond ? 

sudah setahun tak servis air-cond. begitu pantas masa berlalu. tak sedar air cond sudah lama tak servis. tapi ada baiknya tukar part yang murah-murah dahulu. servis aircond tahun lalu adalah sebanyak RM1725.

kali ini ini saya cuba tukar air filter dan air cond filter sahaja dahulu. air filter sekarang ini adalah yang ditukar pada Sep 2023, bermakna usianya sudah 7 bulan. sebenarnya kalau ada alat, boleh tembak udara sahaja untuk bersihkan, tapi saya tiada alat, jadi kita beli baharu sahaja.

air filter berharga beberapa belas ringgit sahaja. bolehlah dilihat beza filter baharu dan lama.

filter air cond yang akan saya gunakan ini adalah yang saya sudah beli tahun lalu dari kedai spare part. harganya sudah lupa, rasanya bawah 10 ringgit.  

Holder+filter yang berhabuk itu adalah yang saya beli di shopee tahun lalu (RM15.50), boleh rujuk post 3 Jun 2023. 


kelihatan cooling coil bersih sahaja. nampaknya adalah sangat baik jika kita memasang air cond filter. kelisa ini (850cc manual) didatangkan tanpa ada aircond filter. perlu potong lubang untuk masukkan filter dan filter holder. mungkin versi 1000cc ada aircond filter ?

boleh rujuk : https://www.youtube.com/watch?v=m2goNj9DJX8     untuk cara buat lubang aircond filter.




Saturday, April 20, 2024

Kelisa 850: tukar tayar baru : depan kiri

 tayar kiri depan telah haus, maka terpaksalah tukar tayar baru.

tukar daripada  165/60R13 Rovelo RHP- A68 kepada 

Doublestar 165/60/13 DHO3 : 1pc: RM115.00

Tayar 165/60R13 Rovelo RHP- A68 2 biji =RM290 ini saya tukar pada 8 Julai 2022.



dengan itu, komposisi terkini adalah : 

Tayar depan kanan : Sailun Atrezzo SH406 165/60/13 ( 9 April 2023)

Tayar depan kiri : Doublestar 165/60/13 DHO3 (tukar 20 April 2024)

Tayar belakang kanan: Falken Sincera SN832i 165/60/13 (tukar 17 Mac 2022) 

Tayar belakang kiri : Falken Sincera SN832i 165/60/13 (tukar 17 Mac 2022)

tayar belakang Falken nampaknya bunga masih banyak, mungkin akan di tukar hujung tahun nanti.




Friday, April 5, 2024

Kelisa 850: servis ke -60 tukar minyak hitam BOLD / oil filter

current 360, 000km

next : 365,000


sepatutnya tukar pada 357,500, tapi sebab tidak berkesempatan, kita top-up sahaja dan drag sehingga 360, 000km.

kali ini beli BOLD 4 liter dan oil filter daripada shopee juga.

BOLD 5W-30 4 liter berharga RM48.40. kata orang, prestasinya setanding dengan minyak-minyak jenama lain yang lebih mahal. oil filter RM6.50. 

Friday, March 8, 2024

Kelisa 850: kereta tak boleh start macam bateri kong

 setelah suatu perjalanan yang panjang, menempuh beberapa tempat daripada pagi hingga ke petang, saya singgah di kedai runcit 500 meter dari rumah. apabila keluar kedai, kereta tidak dapat start pula. tinggalkan kereta dan berjalan kaki ke rumah.

gayanya seperti bateri kong, tiada bunyi cranking langsung.

dulu pernah terjadi, sehari selepas tukar bateri, jadi tentulah bukan msalah bateri. setelah ditunggu beberapa lama, kereta kembali hidup seperti sediakala. puncanya masih misteri, sebab bateri baharu. mungkin ada masalah wiring, namun ia muncul sekali-sakala sahaja. mungkin perlu tunggu enjin sejuk?

sebelum maghrib, masih tidak dapat start. enjin telah sejuk. maksudnya enjin sejukpun bukan penyelesaiannya.

selepas isyak, ketuk-ketuk alternator, enjin dapat dihidupkan. mungkin alternator jem?

------------

perisitiwa ini berlaku lagi pada bulan -bulan terkemudian. ini membingungkan. biasanya jika kereta tak boleh start, puncanya mungkin : 

-bateri

-relay

-starter

-ignition switch

penunjuk bateri mmenunjukkan masih ada 11V lebih, jadi bukanlah bateri.

jam sering berubah kepada 0:00 apabila cuba cranking, bermaksud ia telah terputus daripada bekalan kuasa bateri.

tidak nampak yang pelik pada fuse box.

akhirnya , saya fikir saya menemui punca kepada masalah ini. biasanya, saya akan mencabut atau mengetatkan sambungan bateri pada punca +ve(merah). kali ini saya mendapati yang sebenarnya terminal hitam ( bumi) lah yang bermasalah. terdapat kelonggaran di situ.

setelah mengetatkan terminal hitam, tiada lagi dilihat masalah ini. kereta dapat dihidupkan dengan sekali pulas.



Tuesday, March 5, 2024

Kelisa 850: cermin tingkap pecah

 melewati pekerja majlis yang sedang memotong rumput di pinggir jalan, kedengaran bunyi batu-batuan  menghentam body lereta. dua kali melewati pekerja-pekerja ini. 

RM120.




Monday, January 15, 2024

Rusa 1.3 EX : sarung steering wheel dan handbrake knob

steering rusa ini sudah ada sedikit pecah, maka saya fikir ada baiknya membalutnya untuk pemanduan yang lebih selesa.

kini, Universal PU Leather DIY untuk steering dengan mudahnya dapat dibeli di shopee semurah RM10 ke bawah. walaubagaimanapun, sarung universal tidak dapat cover sepenuhnya. untuk dapat sarung penuh, boleh cari di lazada, sekitar 80-90 ringgit.

boleh whatsapp : kosong satu 3, 3 lima 6 empat dua empat kosong , untuk sarung steering.


rujuk video berikut untuk cara-cara menjahit: 

https://www.youtube.com/watch?v=1FvOw-2vN20

https://www.youtube.com/watch?v=FGoaha0Ly2Q&t=317s


hand brake knob baru untuk rusa ( harga dalam 7-8 ringgit untuk chrome di kedai spare part ). 

ada dijual di shopee, boleh guna yang kelisa sebab sama saiz.


Saturday, January 13, 2024

Kelisa 850: lampu signal kena langgar

 lampu signal kena langgar dari belakang oleh sebuah motor.

housing kiri belakang telah pecah. lampu signal dan reverse tidak menyala.

housing dibeli pada harga RM68 dari kedai spare part. ia boleh didapati pada harga sekitar RM42 di lazada. campur postage , mungkin menghampiri RM50.

lazada kelisa tail lamp

signal bulb RM4.00. sama saiz dengan lampu signal hadapan. 

reverse bulb tak perlu beli, sebab masih ada simpanan LED Canbus yang dibeli tahun lalu.

setelah siap pasang.

lampu signal dah gelap, jadi kita consider sudah kong.


total cost RM72.00





Friday, January 12, 2024

Kelisa 850: tukar lampu aircond switch panel

 lampu standard ialah mentol berwarna hijau, tapi tuan-tuan boleh tukar kepada LED untuk sinaran yang lebih terang. sesetengah orang suka terang, sesetengah orang suka cahaya malap. terang sangat nanti mungkin terganggu.

LED boleh didapati dalam pelbagai warna.

cuba tuan-tuan cari di shopee : 

LED for Perodua Kelisa/Kenari aircond switch / aircond panel



cara tukar: 
kena bukak dashboard dulu. 
di bahagian panel meter, ada dua skru. bukak skru itu dulu. kemudian boleh cabut dashboard.

kemudian pada aircond switch panel, ada 3 skru, bukak tiga skru ni, kemudian panel tu tolak ke dalam, ke bawah. boleh nampak dua wayar hitam, pulas sikit dan cabut wayar hitam tu, dihujungnya ada perumah mentol. gantikan mentol dengan LED.

ada dua set wayar hitam, satu set untuk arah angin, dan satu set untuk kekuatan aircond.

mentol asal ialah bulb yang disalut getah hijau. kita gantikan dengan LED.


Friday, January 5, 2024

Kelisa 850: lampu signal hadapan kiri / tombol hand brake Rusa

ketika menghantar anak ke sekolah pada pagi hari, saya mendapati, apabila memberi signal ke kiri, lampu indikator berkelip dengan laju. sebaliknya, jika memberi signal kanan, lampu indikator berkelip dengan tempo normal.

ini menunjukkan ada masalah pada sistem signal ( diod? wiring ? mentol ?).

saya keluar dari kereta dan cuba nyalakan lampu isyarat kecemasan, didapati lampu sebelah kiri tidak menyala.

boleh jadi lampu mentol sudah kong.

pada waktu tengah hari, saya singgah di kedai spare part, dan beli mentol berserta tombol hand brake untuk Rusa 1.3. harganya ialah RM11 untuk kedua-dua item ( mungkin knob RM7.00, mentol RM4.00). Tombol dapat yang chrome, bukan plastik. 


saya tuil perumah lampu signal dan mengeluarkan mentol, lalu mendapati filamen mentol belum putus, sarang pemegang  mentol didapati basah. saya fikir inilah puncanya, mungkin short-circuit. saya ambil tisu dan lap-lap sarang pemegang mentol sehingga kering. 


apabila dimasukkan mentol lama, lampu signal dapat berfungsi semula. tempo pun kembali ke normal.

nampaknya kena simpan dulu mentol yang baharu dibeli.

mentol ada dua jenis, satu untuk lampu kuning dan satu untuk lampu putih.

kelisa saya adalah versi lampu kuning.



Monday, January 1, 2024

Kelisa 850: servis ke -59 : tukar minyak hitam

 current : 352, 682km

next : 357,500.

kali ini kita cuba Bold 5W-30 4 liter berharga RM48.40. kata orang, prestasinya setanding dengan minyak-minyak jenama lain yang lebih mahal. oil filter RM6.50.