setelah suatu perjalanan yang panjang, menempuh beberapa tempat daripada pagi hingga ke petang, saya singgah di kedai runcit 500 meter dari rumah. apabila keluar kedai, kereta tidak dapat start pula. tinggalkan kereta dan berjalan kaki ke rumah.
gayanya seperti bateri kong, tiada bunyi cranking langsung.
dulu pernah terjadi, sehari selepas tukar bateri, jadi tentulah bukan msalah bateri. setelah ditunggu beberapa lama, kereta kembali hidup seperti sediakala. puncanya masih misteri, sebab bateri baharu. mungkin ada masalah wiring, namun ia muncul sekali-sakala sahaja. mungkin perlu tunggu enjin sejuk?
sebelum maghrib, masih tidak dapat start. enjin telah sejuk. maksudnya enjin sejukpun bukan penyelesaiannya.
selepas isyak, ketuk-ketuk alternator, enjin dapat dihidupkan. mungkin alternator jem?
------------
perisitiwa ini berlaku lagi pada bulan -bulan terkemudian. ini membingungkan. biasanya jika kereta tak boleh start, puncanya mungkin :
-bateri
-relay
-starter
-ignition switch
penunjuk bateri mmenunjukkan masih ada 11V lebih, jadi bukanlah bateri.
jam sering berubah kepada 0:00 apabila cuba cranking, bermaksud ia telah terputus daripada bekalan kuasa bateri.
tidak nampak yang pelik pada fuse box.
akhirnya , saya fikir saya menemui punca kepada masalah ini. biasanya, saya akan mencabut atau mengetatkan sambungan bateri pada punca +ve(merah). kali ini saya mendapati yang sebenarnya terminal hitam ( bumi) lah yang bermasalah. terdapat kelonggaran di situ.
setelah mengetatkan terminal hitam, tiada lagi dilihat masalah ini. kereta dapat dihidupkan dengan sekali pulas.
No comments:
Post a Comment