Saturday, August 3, 2024

Kelisa 850: headlamp tidak menyala, H4 socket melebur

 pada suatu pagi, saya mendapati lampu besar sebelah kiri tidak menyala. apabila memeriksa lampu besar, didapati mentol tidak menunjukkan kesan-kesan terbakar atau filamen putus, namun didapati soket H4 telah mula melebur/ mengerekot. mungkin berlaku lintas pintas di dalam soket. 

untuk akses lampu besar sebelah kiri adalah sukar, perlu mencabut bateri dahulu. mungkin ada yang pro, tidak perlu mencabut bateri. namun bagi saya, perlu dibuang bateri dahulu, baharulah kedapatan ruang untuk bekerja.

soket H4 berharga 4-5 ringgit sahaja di kedai spare part. boleh dapat dengan harga tiga ringgit di shopee / lazada. 


apa yang perlu diperhatikan ialah wayar. perlu pastikan wayar yang tepat untuk disambung, jangan hanya bergantung kepada warna wayar sahaja. apatah lagi soket yang ada bukan lagi soket yang asal daripada perodua. 

kesilapan sambungan boleh menyebabkan soket melebur dalam masa sepuluh minit.




No comments:

Post a Comment