musim panas begini, terasa air cond sukar untuk menyejukkan suhu dalam kabin. mungkin perlu servis air cond ?
sudah setahun tak servis air-cond. begitu pantas masa berlalu. tak sedar air cond sudah lama tak servis. tapi ada baiknya tukar part yang murah-murah dahulu. servis aircond tahun lalu adalah sebanyak RM1725.
kali ini ini saya cuba tukar air filter dan air cond filter sahaja dahulu. air filter sekarang ini adalah yang ditukar pada Sep 2023, bermakna usianya sudah 7 bulan. sebenarnya kalau ada alat, boleh tembak udara sahaja untuk bersihkan, tapi saya tiada alat, jadi kita beli baharu sahaja.
air filter berharga beberapa belas ringgit sahaja. bolehlah dilihat beza filter baharu dan lama.filter air cond yang akan saya gunakan ini adalah yang saya sudah beli tahun lalu dari kedai spare part. harganya sudah lupa, rasanya bawah 10 ringgit.
kelihatan cooling coil bersih sahaja. nampaknya adalah sangat baik jika kita memasang air cond filter. kelisa ini (850cc manual) didatangkan tanpa ada aircond filter. perlu potong lubang untuk masukkan filter dan filter holder. mungkin versi 1000cc ada aircond filter ?
boleh rujuk : https://www.youtube.com/watch?v=m2goNj9DJX8 untuk cara buat lubang aircond filter.
No comments:
Post a Comment