Wednesday, December 18, 2024

Rusa 1.3EX: headlamp tidak menyala / tukar lampu spotlight

 ketika memandu pada pagi hari, tiba-tiba lampu dashboard padam. begitu juga dengan lampu besar. saya terpaksa menggunakan lampu spotlight.

masalahnya lampu spotlight hanya menyala sebelah. 

pada suatu petang yang lapang, saya membuka casing lampu spotlight dan membawa mentolnya ke kedai spare part. saya diberi satu mentol Bosch berharga RM8. saya mencubanya tetapi tidak kena dengan housingnya. minta tukar jenis yang lain. 

maka saya diberi yang ini. 


ini ngam, memang boleh masuk. 

kata tauke, kalau untuk spotlight, ia akan didatangkan dengan wayar. harga sama sahaja, RM8. kaki mentol sudah dipateri dengan housingnya. patutlah ketika saya mencabut mentol asal daripada housing lama, kakinya pecah.

saya cuba pula meninjau-ninjau apakah masalah dengan lampu besar. fius semua didapati OK. tiada yang putus. saya suspek masalah mungkin pada Turn-Signal Switch. ini kerana, lampu brek tiada masalah, begitu juga dengan lampu brek ketiga, tiada masalah. lampu signal kedua-duanya tiada masalah.

setelah diselidiki, saya mendapati lampu belakang tidak menyala. ini bermakna, yang terkesan ialah lampu dashboard, lambu besar dan lampu belakang ( lampu belakang hanya menyala jika tekan brek). 

pada siang hari, tiada masalah, tapi pada malam hari, suatu yang berbahaya jika lampu belakang tidak menyala. terpaksa berharap kepada lampu brek dan signal untuk dilihat orang dari belakang. lampu hazard juga boleh digunakan, tetapi tidak boleh selalu kerana nanti signal tidak dapat dilihat. bolehlah guna lampu hazard, jika berada di jalan lurus yang panjang.

apabila saya membuka panel steering dan mengusik-usik Turn-Signal Switch, lampu dashboard kembali menyala. didapati semua lampu kini telah menyala, iaitu lampu dashboard, lampu besar dan lampu belakang.

alhamdulillah, tidak perlu ke bengkel dan tidak perlu membeli swicth baharu.








No comments:

Post a Comment