Friday, September 19, 2025

Rusa 1.3EX : tukar bateri

 banyak kali berlaku susah nak start, dan perlu jumping.

semalam, saya jump, dapat start, alternator bermain sekitar 12V. hari ini, caj cuma tinggal 8V. maksudnya bateri sudah tidak dapat menyimpan arus.

untuk mengesahkan bahawa alternator tiada masalah, maka, saya jump, cabut terminal bateri  dan enjin masih hidup. maknanya alternator OK. 

terus bergerak ke kedai bateri. 

pomen check bateri, kata alternator tak caj dengan baik (dalam hati: ini alternator baru beli lah -  tak patut begitu).

malas cakap banyak , mintak tukar bateri baru. 

MF MFX 60L GS AUTOMOTIVE berharga RM245.00, tolak bateri lama RM20, dapatlah RM225.00

sebelum ini saya tukar bateri pada 8hb Sep 2021, NS60L-ST MF Amaron Go pada harga RM230. Warranty 18 bulan.

ini bermakna ia mampu bertahan selama 4 tahun.



No comments:

Post a Comment