lampu air-cond panel tidak menyala satu ( sebelah kiri ). perlu buka aircond panel untuk periksa. mudah sahaja untuk buka aircond panel.
mula-mula buka dua skru yang boleh diakses pada panel meter.
selepas itu, tarik panel ke arah diri anda, kerana panel itu hanya dipegang dengan klip.
bukak tiga skru yang memegang aircond panel .
setelah itu semua skru dicabut, tekan sedikit panel ke belakang dan ke bawah, masuk ke dalam ruang dalam panel.
cari dua soket, yang ada dua wayar. putarkan soket untuk keluarkan mentol air-cond panel.
saya guna mentol yang masih elok untuk uji arus elektrik. didapati arus elektrik OK, maksudnya mentollah yang bermasalah, bukan arus atau pendawaian.
mentol yang digunakan ialah T5. berharga RM1.00 di kedai spare part. saya beli dua biji. mentol yang dijual adalah lutsinar, jadi saya gunakan sarung getah hijau mentol asal kelisa.
boleh juga beli mentol di shopee, harga cuma RM0.30 sebiji. yang mahal pun ada. misalnya :
https://www.lazada.com.my/products/led-for-kelisa-kenari-kembara-aircond-switch-aircond-panel6-month-warranty-i1535380723.html
ada banyak warna-warna lain jika anda tidak suka warna standard Kelisa (hijau).
https://shopee.com.my/Kelisa-Gino-High-Quality-LED-1-Set-Meter-Aircond-Panel-Socket-Storage-Box-Lampu-Depan-i.3585287.27153717175?sp_atk=d41d29ec-a32b-47e1-ad5d-5472fb3d86f2&xptdk=d41d29ec-a32b-47e1-ad5d-5472fb3d86f2
telah kembali menyala seperti warna standard.
No comments:
Post a Comment