Sunday, September 21, 2025

Kelisa 850: air tangki spare (spare tank) radiator menyusut

ketika memeriksa paras minyak hitam kelmarin, saya periksa juga radiator. air radiator tidaklah kelihatan keruh, tetapi tangki spare kelihatan kosong.

saya tidak perasan penyusutan ini, kerana rasanya subuh tadi bacaan suhu air-cond ialah di bawah 11 darjah Celcius.

saya top-up sikit air paip ke dalam radiator dan ke dalam tangki spare.

mengikut catatan, kali terakhir servis radiator betul-betul ialah pada 10 Mei 2016, dan sekadar flushing pada 23 April 2022.

air-cond pula baharu servis pada 5 Mac 2025. Untuk air-cond, pomen pencadangkan supaya servis setiap 6 bulan. tidak pasti sama ada dia lihat juga radiator.

suatu masa dahulu, seorang pomen air-cond memberitahu bahawa paras air tangki radiator juga mempengaruhi performance air-cond. kena pastikan air tangki spare berada pada paras di antara full dan min.

buat masa ini, setting saya ialah pada sekitar 85-90 peratus kesejukan, dan bacaan hembusan angin sejuk adalah sekitar 10 darjah ke atas padav waktu pagi, dan ekitar 11-12 pada waktu tengah hari. untuk sebuah kereta berusia 20 tahun, saya rasa ini adalah boleh diterima.

adalah dikatakan bahawa, sistem penyejukan kereta yang baik sepatutnya menghasilkan suhu kabin di bawah 10 darjah Celcius. 












No comments:

Post a Comment