Sunday, September 21, 2025

Kelisa 850: air tangki spare (spare tank) radiator menyusut

ketika memeriksa paras minyak hitam kelmarin, saya periksa juga radiator. air radiator tidaklah kelihatan keruh, tetapi tangki spare kelihatan kosong.

saya tidak perasan penyusutan ini, kerana rasanya subuh tadi bacaan suhu air-cond ialah di bawah 11 darjah Celcius.

saya top-up sikit air paip ke dalam radiator dan ke dalam tangki spare.

mengikut catatan, kali terakhir servis radiator betul-betul ialah pada 10 Mei 2016, dan sekadar flushing pada 23 April 2022.

air-cond pula baharu servis pada 5 Mac 2025. Untuk air-cond, pomen pencadangkan supaya servis setiap 6 bulan. tidak pasti sama ada dia lihat juga radiator.

suatu masa dahulu, seorang pomen air-cond memberitahu bahawa paras air tangki radiator juga mempengaruhi performance air-cond. kena pastikan air tangki spare berada pada paras di antara full dan min.

buat masa ini, setting saya ialah pada sekitar 85-90 peratus kesejukan, dan bacaan hembusan angin sejuk adalah sekitar 10 darjah ke atas pada waktu pagi, dan ekitar 11-12 pada waktu tengah hari. untuk sebuah kereta berusia 20 tahun, saya rasa ini adalah boleh diterima.

adalah dikatakan bahawa, sistem penyejukan kereta yang baik sepatutnya menghasilkan suhu kabin di bawah 10 darjah Celcius. 














Saturday, September 20, 2025

Kelisa 850: top up minyak hitam

 check minyak hitam pagi tadi, minyak berada di paras LOW. rasanya macam minggu lepas check masih banyak. 

adakah masa servis tempoh hari, saya isi tidak cukup 2.8 liter ? ( 4hb sep )

top up guna baki yang ada dalam peket, mungkin sekitar 1 liter lebih.

tukar minyak hitam pada : 389,000km. ( 4hb Sep)

Meter sekarang : 390,400km. (21hb Sep)

Maknanya baru 1,400km berlalu. Nampaknya perlu periksa minyak hitam setiap minggu ?


 

Kelisa 850: petrol usage

 isi pada 13 Julai ( Ahad) 2025: 400km / 29.77liter = 13.44 km / l

isi pada 20 Julai ( Ahad) 2025 : 421km / 31.15liter = 13.52 km/ l

isi pada 25 Julai (Jumaat) 2025 : 440km / 31.75 liter = 13.86 km / l 

isi pada 2 Aug (Sabtu ) 2025 : 428 km / 33 liter = 12.97 km/l (mungkin sebab minyak hitam kurang , maka enjin tidak dapat bekerja dengan baik ? )

isi pada 9 Aug ( sabtu ) 2025 : 424km/ 31.84 liter  = 13.32 km/l ( efficiency kelihatan normal untuk city driving )

isi pada 12 Aug : 179km / 17.40 liter = 10.29 km/ l ,    menghala ke kuala lumpur                                                                                                                                                                                                              isi pada 13 Aug : 490km / 26.23 liter = 18.68 km/l , menghala ke utara

isi pada 18 Aug : 430 km / 28.30 liter = 15.20 km/ l  sebahagian highway, sebahagian city

isi pada 26 Aug : 597km / 43.33 liter =13.77 km/l

isi pada 11 Sep : 371km / 26.9 liter = 13.79 km / l ..ini adalah sebelum bertolak ke kuala Lumpur.

meter 389,405km.

sampai di sekitar Dang Wangi, lupa baca meter. 

bergerak semula hingga Tol Jalan Duta, bacaan adalah 389, 796km.

bermakna telah bergerak 391km.

sampai di Sungkai , keluar dari lebuh raya kerana takut minyak habis ketika terperangkap dalam jem. 

isi 27.2 liter. sesaran adalah 521km. maka dapat 521km / 27.2 liter = 19.15km/ l

masuk semula lebuhraya di Bidor, sampai di rumah pada 390, 175km.

terus bergerak beberapa hari.

isi pada 20 sep, 26.20 liter. 

390,396km - 389,916km (sungkai) = 480km

maka 480/ 26.20 l = 18.32km /l. ini adalah gabungan highway + city.


Kelisa 850: AC Panel light blown

lampu  air-cond panel tidak menyala satu ( sebelah kiri ).  perlu buka aircond panel untuk periksa. mudah sahaja untuk buka aircond panel.

mula-mula buka dua skru yang boleh diakses pada panel meter.

selepas itu, tarik panel ke arah diri anda, kerana panel itu hanya dipegang dengan klip.


bukak tiga skru yang memegang aircond panel . 

setelah itu semua skru dicabut, tekan sedikit panel ke belakang dan ke bawah, masuk ke dalam ruang  dalam panel.


cari dua soket, yang ada dua wayar. putarkan soket untuk keluarkan mentol air-cond panel.

saya guna mentol yang masih elok untuk uji arus elektrik. didapati arus elektrik OK, maksudnya mentollah yang bermasalah, bukan arus atau pendawaian.


mentol yang digunakan ialah T5. berharga RM1.00 di kedai spare part. saya beli dua biji. mentol yang dijual adalah lutsinar, jadi saya gunakan sarung getah hijau mentol asal kelisa.



telah kembali menyala seperti warna standard.

kereta ini dibeli pada Disember 2004. bermakna mentol halogen Perodua ini telah bertahan sekitar 20 tahun. LED ini dibeli pada Januari 2022, bermakna ia bertahan sekitar 3 tahun menghampiri 4 tahun. 

banyak mentol, sama ada halogen atau LED dijual di lazada dan shopee. ada yang murah, ada yang mahal. ada juga mentol halogen yang telah diwarnakan.



https://www.lazada.com.my/products/led-for-kelisa-kenari-kembara-aircond-switch-aircond-panel6-month-warranty-i1535380723.html

https://shopee.com.my/Kelisa-Gino-High-Quality-LED-1-Set-Meter-Aircond-Panel-Socket-Storage-Box-Lampu-Depan-i.3585287.27153717175?sp_atk=d41d29ec-a32b-47e1-ad5d-5472fb3d86f2&xptdk=d41d29ec-a32b-47e1-ad5d-5472fb3d86f2


Friday, September 19, 2025

Rusa 1.3EX : tukar bateri

 banyak kali berlaku susah nak start, dan perlu jumping.

semalam, saya jump, dapat start, alternator bermain sekitar 12V. hari ini, caj cuma tinggal 8V. maksudnya bateri sudah tidak dapat menyimpan arus.

maka, saya jump . cabut terminal dan enjin masih hidup. maknanya alternator OK. terus bergerak ke kedai bateri. 

staff check bateri, kata alternator tak caj dengan baik ( ini alternator baru beli lah -  tak patut begitu).

malas cakap banyak , mintak tukar bateri baru. 

MF MFX 60L GS AUTOMOTIVE berharga RM245.00, tolak bateri lama RM20, dapatlah RM225.00

sebelum ini saya tukar bateri pada 8hb Sep 2021, NS60L-ST MF Amaron Go pada harga RM230. Warranty 18 bulan.

ini bermakna ia mampu bertahan selama 4 tahun.



Wednesday, September 3, 2025

Kelisa 850: servis ke 65 : tukar minyak hitam, service engine oil

 current meter : 389, 000km

next service engine oil : 394, 000km

Next air filter : 393,000km

Next cabin filter: 393,000km

next spark plug : 394,000km

next gear oil : 396,000km

Minyak enjin kali ini seperti biasa Bold 5W30 4liter Semi Synthetic , beli di shopee RM37.70.

Oil filter dari shopee RM5.09