Beberapa masalah telah muncul selepas selesai pulang berhari raya di kampung. Alhamdulillah tidak berlaku ketika berhari raya.
1-enjin senang mati apabila bergerak perlahan,
2-brake kosong, perlu pam semula dua tiga kali baharulah berkesan,
3-pintu sliding kanan jem, tidak boleh dibuka dari luar mahupun dalam,
4-pemutar cermin tingkap driver patah, sebelah belakang driver pulak tercabut.
*Kononnya enjin senang mati kerana berlaku kebocoran pada paip ke carburator.
*Brek tidak makan kerana master pump rosak. Perlu tukar master pump. Sebelum ini master pump ditukar pada kos RM200.
*Pemutar cermin tingkap berharga RM4.
Keseluruhan kos adalah RM340.
Lupa nak beritahu ada lelehan petrol. Hanya disedari/ teringat apabila mengisi petrol ketika balik dari bengkel.
No comments:
Post a Comment