Tuesday, June 13, 2023

Kelisa 850: tail lamp, lampu brek, lampu reverse, lampu brek ketiga, licence plate bulb

 


oleh kerana lampu kecil terbakar, saya memeriksa jika ada lampu lain yang tidak berfungsi.

siasatan lanjut menunjukkan bahawa lampu brek belakang kiri tidak menyala, begitu juga dengan lampu reverse. mujurlah lampu signal masih berfungsi.

untuk membuka housing tail lamp senang sahaja.

ada dua nat saiz 10 pada housing tail lamp (lampu brek) buka nat tersebut, kemudian cungkil housing dari atas dengan screw driver minus (sebenarnya guna tangan kosong pun boleh).

untuk mencabut housing mentol senang sahaja, pulas dan cabut sahaja.

saya beli T20 dan T15 dengan harga RM5 di kedai spare part ( mungkin RM2.50 sebiji , atau T20 RM3, T15 RM2).

pasangkan T20 pada lampu brek, Alhamdulillah menyala dengan baik.

pasangkan T15 pada lampu reverse, tidak menyala.

 aah..sudah! adakah mentol bermasalah atau soket bermasalah ? 

cabut housing sebelah kanan pula.

cuba mentol baru pada soket reverse sebelah kanan. mentol baru menyala dengan baik. cuba pula mentol lama pada soket reverse sebelah kanan, pun menyala dengan baik.

maknanya, soket sebelah kiri yang bermasalah, mentolnya tiada masalah. 

cuba cuci-cuci sedikit soket.

untuk makluman, housing tail lamp sebelah kiri ini ada crack kerana (mungkin ) dilanggar motor sekitar tahun 2005. sedikit sebanyak air boleh masuk melalui celahan rekahan tersebut. ini mungkin menyebabkan soket sedikit basah dan lembap.

kalau nak tukar housing, berharga sekitar RM50 juga di lazada.

https://www.lazada.com.my/products/tail-lamp-lampu-perodua-kelisa-1pc-i2249786065-s9544114927.html?

didapati bahawa ada masalah sentuhan pada soket reverse. ini kerana pada sudut-sudut tertentu, mentol dapat menyala dengan baik. walaupun dipasang pada kedudukan yang sesuai, gegaran ketika memandu akan mengubah posisi mentol dan akan menyebabkan ia tidak menyala. 

tiada pilihan, terpaksa pasang semula, mungkin terpaksa beli soket baharu atau tunggu soket asal kering sedikit. dengan itu, lampu reverse akan kadang-kadang menyala, kadang -kadang tidak. ini tidak dapat diketahui kerana driver berada di dalam kereta ketika reverse. berdasarkan priority (hemat saya), lampu reverse dianggap (mungkin) kurang kritikal berbanding lampu signal.

siasatan seterusnya mendapati licence plate lamp juga tidak menyala sebiji sebelah kiri. inipun dianggap kurang kritikal, sekadar membantu pemandu di belakang melihat bahawa kenderaan berada di hadapan dan apakah nombor pendaftaran kenderaan di hadapan. Tugas ini dapat dijalankan oleh lampu brek yang pada dasarnya lebih menyerlah kerana berwarna merah.

saya sudah beli di shopee lampu T10 empat biji, hanya menunggu sampai sahaja. untuk pasang lampu licence plate yang berada di bawah garnish memerlukan kita untuk membuka panel bonet dari sebelah dalam. 

siasatan lanjut mendapati lampu brek ketiga juga tidak menyala. ini tidak baik untuk pemandu di belakang. lampu ini boleh dibuka dengan membuka 3 nat saiz 10. mentol yang digunakan ialah T15. jadi, saya boleh guna mentol reverse yang tidak digunakan tadi.

Alhamdulillah, dua biji mentol (T20 dan T15) yang dibeli tadi telah selamat digunakan. hanya tinggal lampu reverse dan lampu plet yang perlu dibaiki.

 ingat nak cuba T15 LED pula selepas ini untuk lampu reverse.










No comments:

Post a Comment