Thursday, June 15, 2023

Kelisa 850: tweeter

 saya jumpa di lazada satu tweeter yang agak murah : 

TS-T120 1'' 25MM 500W Car Speaker DOME Tweeter


harganya RM5.50 sahaja, kemampuan input 800W. bunyinya saya rasa sudah cukup padu untuk golongan marhaen.

yang mahal sikit pun ada, misalnya:

2pcs Universal 1000W TW-106 High Efficiency Mini Dome Tweeter Speakers for Car Audio System

1 Pair 150W Durable Universal High Efficiency Mini Dome Car Tweeter Speakers for Car Audio System

yang harga ratus-ratus dan ribuan pun tentulah ada.


pemasangan tweeter ini agak mudah, itupun kalau kita nak ambil mudah, tanpa perlu membuka sana dan sini. kalau mahu lebih kemas, mungkin terpaksa cabut panel sana-sini. 

model ini (TS-T120) didatangkan tanpa crossover, tetapi capacitor disediakan. Capacitor telah siap dipasang pada salah satu wayar. ia berada di dalam cable sleeve hitam di bahagian tengah wayar.  

Heat Shrinkable Wire Connectors Insulation Covering Electrical Wiring Connection Power Shrink Tubing Cable Sleeves

cara menyambung tweeter ialah, wayar positif hendaklah disambungkan kepada wayar positif full range speaker, atau terus kepada head unit.


bagaimanakah nak ketahui mana satu wayar positif pada full range speaker?

kalau anda lihat video-video di youtube, biasanya orang akan buka panel pintu supaya dapat lihat wiring full range speaker. saya mengambil jalan pintas. kalau kita buka pintu kelisa, kita akan dapat lihat satu cover getah hitam yang yang menghubungkan pintu dengan body kereta ( dalam tu ada wayar dari head unit ke speaker ). saya buka cover itu dan dapatlah melihat bahawa wayar speakernya ialah pink dan hijau belang hitam. lain kereta mungkin lain warna wayar (biasanya belang hitam ialah negatif).


saya cari di body kereta ke mana wayar itu bersambung dan jumpalah pasangan wayar pink-hijau belang hitam. saya akan bypass wayar tweeter itu di sini. masalahnya ialah mana satu wayar positif pada wayar tweeter? capacitor yang disambungkan telah disembunyikan di dalam cable sleeve, jadi tak tahu mana satu wayar positif.

wayar pada tweeter ini ada dua: transparent dan transparent belang hitam. saya rasa mungkin transparent belang hitam patut disambungkan kepada wayar hijau belang hitam (biasanya belang hitam ialah negatif-terkadang manusia tersalah guna warna wayar juga, biasa jumpa pada wayar-wayar di rumah dan di kereta, di mana warna wayar lari dari standard). Alhamdulillah , jangkaan saya tepat, tweeter dapat berbunyi dengan baik. dengan itu, pastilah bahawa wayar hijau belang hitam dari full range speaker patut disambung ke wayar tweeter transparent belang hitam.

untuk lebih kemas, kita perlu cabut wayar dari connector socket, satukan dengan wayar tweeter (boleh guna cable sleeve) dan masukkan kembali ke dalam connector socket. tetapi saya mengambil jalan mudah dengan hanya mencucuk wayar tweeter ke dalam connector socket dan satukan dengan getah penebat.


sebelum itu, perlu diketahui model ini didatangkan dengan wayar yang pendek, jadi tuan-tuan perlu tambahkan wayar sendiri untuk sampai ke bawah dashboard. ukurlah jarak yang diperlukan, dan belilah wayar baharu di kedai. perlu ambil kira juga bahawa perlu buat sambungan juga untuk tweeter di sebelah kiri. jika anda hendak letakkan tweeter berhampiran kepala, perlukan wayar yang lebih panjang lagi.

dapat dilihat dalam gambar di atas: connector socket berwarna biru, warna asal wayar speaker ialah pink dan hijau belang hitam. saya telah sambungkan wayar tweeter dengan wayar tambahan hijau dan merah. tuan-tuan boleh dapatkan wayar yang sama dengan wayar tweeter di kedai (baharulah nampak seragam). tetapi kerana saya malas, saya ambil sahaja wayar apa yang ada di rumah. saya ada satu wayar untuk radio player yang tersalah beli, jadi saya gunakan wayar itu sahajalah. 




tanpa perlu mencabut apa-apa panel, saya cuma selitkan sahaja wayar tweeter di celah dashboard sehingga ke bawah dashboard berhampiran kaki. ia akan lebih cantik jika wayar ini berwarna kelabu seperti warna dashboard, atau pun berwarna hitam.

dengan menggunakan kaedah yang sama, saya cari wayar speaker di sebelah pintu kiri, dan membuat sambungan yang sewajarnya di bawah glove box. untuk speaker di sebelah kiri, wayar speaker ialah hijau dan hijau belang hitam. saya sambungkan hijau belang hitam dengan wayar tweeter transparent belang hitam.

selesailah memasang tweeter murahan di kelisa saya. proses semua ini pada pendapat saya, tidaklah mencecah satu jam, bahkan mungkin mengambil masa hanya setengah jam setelah anda membaca posting ini. cuma mungkin lebih masa jika anda tiada wayar tambahan di rumah dan terpaksa ke kedai. 

dengan tweeter yang lebih mahal, anda sepatutnya akan mendapat bunyi yang lebih crispy. 






   





No comments:

Post a Comment