Saturday, June 17, 2023

Kelisa 850: garnish licence plate bulb

saya sudah beli di shopee lampu T10 empat biji.


dua biji untuk fog light, dua biji untuk licence plate light. gambar di atas ada dua LED sahaja kerana sudah diguna untuk fog light.

untuk pasang lampu licence plate yang berada di bawah garnish memerlukan kita untuk membuka panel bonet dari sebelah dalam. 


akan nampak housing untuk lampu licence plate. pulas soket arah lawan jam.


sudah siap. sekarang sudah jadi bercahaya putih berbanding cahaya kuning sebelum ini.


mentol T10 lama boleh disimpan untuk saat-saat kecemasan.

Thursday, June 15, 2023

Kelisa 850: tweeter

 saya jumpa di lazada satu tweeter yang agak murah : 

TS-T120 1'' 25MM 500W Car Speaker DOME Tweeter


harganya RM5.50 sahaja, kemampuan input 800W. bunyinya saya rasa sudah cukup padu untuk golongan marhaen.

yang mahal sikit pun ada, misalnya:

2pcs Universal 1000W TW-106 High Efficiency Mini Dome Tweeter Speakers for Car Audio System

1 Pair 150W Durable Universal High Efficiency Mini Dome Car Tweeter Speakers for Car Audio System

yang harga ratus-ratus dan ribuan pun tentulah ada.


pemasangan tweeter ini agak mudah, itupun kalau kita nak ambil mudah, tanpa perlu membuka sana dan sini. kalau mahu lebih kemas, mungkin terpaksa cabut panel sana-sini. 

model ini (TS-T120) didatangkan tanpa crossover, tetapi capacitor disediakan. Capacitor telah siap dipasang pada salah satu wayar. ia berada di dalam cable sleeve hitam di bahagian tengah wayar.  

Heat Shrinkable Wire Connectors Insulation Covering Electrical Wiring Connection Power Shrink Tubing Cable Sleeves

cara menyambung tweeter ialah, wayar positif hendaklah disambungkan kepada wayar positif full range speaker, atau terus kepada head unit.


bagaimanakah nak ketahui mana satu wayar positif pada full range speaker?

kalau anda lihat video-video di youtube, biasanya orang akan buka panel pintu supaya dapat lihat wiring full range speaker. saya mengambil jalan pintas. kalau kita buka pintu kelisa, kita akan dapat lihat satu cover getah hitam yang yang menghubungkan pintu dengan body kereta ( dalam tu ada wayar dari head unit ke speaker ). saya buka cover itu dan dapatlah melihat bahawa wayar speakernya ialah pink dan hijau belang hitam. lain kereta mungkin lain warna wayar (biasanya belang hitam ialah negatif).


saya cari di body kereta ke mana wayar itu bersambung dan jumpalah pasangan wayar pink-hijau belang hitam. saya akan bypass wayar tweeter itu di sini. masalahnya ialah mana satu wayar positif pada wayar tweeter? capacitor yang disambungkan telah disembunyikan di dalam cable sleeve, jadi tak tahu mana satu wayar positif.

wayar pada tweeter ini ada dua: transparent dan transparent belang hitam. saya rasa mungkin transparent belang hitam patut disambungkan kepada wayar hijau belang hitam (biasanya belang hitam ialah negatif-terkadang manusia tersalah guna warna wayar juga, biasa jumpa pada wayar-wayar di rumah dan di kereta, di mana warna wayar lari dari standard). Alhamdulillah , jangkaan saya tepat, tweeter dapat berbunyi dengan baik. dengan itu, pastilah bahawa wayar hijau belang hitam dari full range speaker patut disambung ke wayar tweeter transparent belang hitam.

untuk lebih kemas, kita perlu cabut wayar dari connector socket, satukan dengan wayar tweeter (boleh guna cable sleeve) dan masukkan kembali ke dalam connector socket. tetapi saya mengambil jalan mudah dengan hanya mencucuk wayar tweeter ke dalam connector socket dan satukan dengan getah penebat.


sebelum itu, perlu diketahui model ini didatangkan dengan wayar yang pendek, jadi tuan-tuan perlu tambahkan wayar sendiri untuk sampai ke bawah dashboard. ukurlah jarak yang diperlukan, dan belilah wayar baharu di kedai. perlu ambil kira juga bahawa perlu buat sambungan juga untuk tweeter di sebelah kiri. jika anda hendak letakkan tweeter berhampiran kepala, perlukan wayar yang lebih panjang lagi.

dapat dilihat dalam gambar di atas: connector socket berwarna biru, warna asal wayar speaker ialah pink dan hijau belang hitam. saya telah sambungkan wayar tweeter dengan wayar tambahan hijau dan merah. tuan-tuan boleh dapatkan wayar yang sama dengan wayar tweeter di kedai (baharulah nampak seragam). tetapi kerana saya malas, saya ambil sahaja wayar apa yang ada di rumah. saya ada satu wayar untuk radio player yang tersalah beli, jadi saya gunakan wayar itu sahajalah. 




tanpa perlu mencabut apa-apa panel, saya cuma selitkan sahaja wayar tweeter di celah dashboard sehingga ke bawah dashboard berhampiran kaki. ia akan lebih cantik jika wayar ini berwarna kelabu seperti warna dashboard, atau pun berwarna hitam.

dengan menggunakan kaedah yang sama, saya cari wayar speaker di sebelah pintu kiri, dan membuat sambungan yang sewajarnya di bawah glove box. untuk speaker di sebelah kiri, wayar speaker ialah hijau dan hijau belang hitam. saya sambungkan hijau belang hitam dengan wayar tweeter transparent belang hitam.

selesailah memasang tweeter murahan di kelisa saya. proses semua ini pada pendapat saya, tidaklah mencecah satu jam, bahkan mungkin mengambil masa hanya setengah jam setelah anda membaca posting ini. cuma mungkin lebih masa jika anda tiada wayar tambahan di rumah dan terpaksa ke kedai. 

dengan tweeter yang lebih mahal, anda sepatutnya akan mendapat bunyi yang lebih crispy. 






   





Tuesday, June 13, 2023

Kelisa 850: tail lamp, lampu brek, lampu reverse, lampu brek ketiga, licence plate bulb

 


oleh kerana lampu kecil terbakar, saya memeriksa jika ada lampu lain yang tidak berfungsi.

siasatan lanjut menunjukkan bahawa lampu brek belakang kiri tidak menyala, begitu juga dengan lampu reverse. mujurlah lampu signal masih berfungsi.

untuk membuka housing tail lamp senang sahaja.

ada dua nat saiz 10 pada housing tail lamp (lampu brek) buka nat tersebut, kemudian cungkil housing dari atas dengan screw driver minus (sebenarnya guna tangan kosong pun boleh).

untuk mencabut housing mentol senang sahaja, pulas dan cabut sahaja.

saya beli T20 dan T15 dengan harga RM5 di kedai spare part ( mungkin RM2.50 sebiji , atau T20 RM3, T15 RM2).

pasangkan T20 pada lampu brek, Alhamdulillah menyala dengan baik.

pasangkan T15 pada lampu reverse, tidak menyala.

 aah..sudah! adakah mentol bermasalah atau soket bermasalah ? 

cabut housing sebelah kanan pula.

cuba mentol baru pada soket reverse sebelah kanan. mentol baru menyala dengan baik. cuba pula mentol lama pada soket reverse sebelah kanan, pun menyala dengan baik.

maknanya, soket sebelah kiri yang bermasalah, mentolnya tiada masalah. 

cuba cuci-cuci sedikit soket.

untuk makluman, housing tail lamp sebelah kiri ini ada crack kerana (mungkin ) dilanggar motor sekitar tahun 2005. sedikit sebanyak air boleh masuk melalui celahan rekahan tersebut. ini mungkin menyebabkan soket sedikit basah dan lembap.

kalau nak tukar housing, berharga sekitar RM50 juga di lazada.

https://www.lazada.com.my/products/tail-lamp-lampu-perodua-kelisa-1pc-i2249786065-s9544114927.html?

didapati bahawa ada masalah sentuhan pada soket reverse. ini kerana pada sudut-sudut tertentu, mentol dapat menyala dengan baik. walaupun dipasang pada kedudukan yang sesuai, gegaran ketika memandu akan mengubah posisi mentol dan akan menyebabkan ia tidak menyala. 

tiada pilihan, terpaksa pasang semula, mungkin terpaksa beli soket baharu atau tunggu soket asal kering sedikit. dengan itu, lampu reverse akan kadang-kadang menyala, kadang -kadang tidak. ini tidak dapat diketahui kerana driver berada di dalam kereta ketika reverse. berdasarkan priority (hemat saya), lampu reverse dianggap (mungkin) kurang kritikal berbanding lampu signal.

siasatan seterusnya mendapati licence plate lamp juga tidak menyala sebiji sebelah kiri. inipun dianggap kurang kritikal, sekadar membantu pemandu di belakang melihat bahawa kenderaan berada di hadapan dan apakah nombor pendaftaran kenderaan di hadapan. Tugas ini dapat dijalankan oleh lampu brek yang pada dasarnya lebih menyerlah kerana berwarna merah.

saya sudah beli di shopee lampu T10 empat biji, hanya menunggu sampai sahaja. untuk pasang lampu licence plate yang berada di bawah garnish memerlukan kita untuk membuka panel bonet dari sebelah dalam. 

siasatan lanjut mendapati lampu brek ketiga juga tidak menyala. ini tidak baik untuk pemandu di belakang. lampu ini boleh dibuka dengan membuka 3 nat saiz 10. mentol yang digunakan ialah T15. jadi, saya boleh guna mentol reverse yang tidak digunakan tadi.

Alhamdulillah, dua biji mentol (T20 dan T15) yang dibeli tadi telah selamat digunakan. hanya tinggal lampu reverse dan lampu plet yang perlu dibaiki.

 ingat nak cuba T15 LED pula selepas ini untuk lampu reverse.










Monday, June 12, 2023

Kelisa 850: lampu kecil

 

lampu kecil terbakar.

rasanya macam ada beli versi LED, tapi cari dalam rumah tak jumpa.

terpaksa beli RM2 sebiji di kedai spare part. -dulu seringgit saja.

untuk menukarnya mudah sahaja.
pulas soketnya ke arah lawan jam.
soket akan tercabut.
cabut dengan kuat bulb yang rosak.
masukkan bulb baru.
masukkan soket ke dalam lubangnya.
pulas soket ke arah pusingan jam.
siap.

ini lampu T10. boleh cari di shopee atau lazada.



Friday, June 9, 2023

Kelisa 850 : cubaan mewarna bumper

 


cubaan mewarna bumper menggunakan PRO DIY MAGIC PAINT

https://shopee.com.my/product/21876323/731380414?gclid=CjwKCAjwm4ukBhAuEiwA0zQxkzzT9G5-qB7iUqAoYf0WzIOtA2A_LasF3yvw4I1SC1Iy0BDlYYigRRoCCLkQAvD_BwE

warna side mirror selepas di cat

 warna kusam sebelum dicat



belang putih tu ialah warna asal bumper yang tidak terkena cat.








Saturday, June 3, 2023

Rusa 1.3 EX : masalah brake master pump

Beberapa masalah telah muncul selepas selesai pulang berhari raya di kampung. Alhamdulillah tidak berlaku ketika berhari raya.

 1-enjin senang mati apabila bergerak perlahan, 

2-brake kosong, perlu pam semula dua tiga kali baharulah berkesan, 

3-pintu sliding kanan jem, tidak boleh dibuka dari luar mahupun dalam, 

4-pemutar cermin tingkap driver patah, sebelah belakang driver pulak tercabut.

*Kononnya enjin senang mati kerana berlaku kebocoran pada paip ke carburator. 

*Brek tidak makan kerana master pump rosak. Perlu tukar master pump. Sebelum ini master pump ditukar pada kos RM200.

*Pemutar cermin tingkap berharga RM4.

Keseluruhan kos adalah RM340.

Lupa nak beritahu ada lelehan petrol. Hanya disedari/ teringat apabila mengisi petrol ketika balik dari bengkel.



Kelisa 850 : aircond compressor, condenser , cooling coil, discharge hose, expansion valve, cabin filter

 terpaksa hantar ke pomen apabila gagal turunkan suhu secara DIY dengan mencuci cooling coil. Pomen kata kena tukar sistem, kerana minyak compressor hitam, bermaksud ada serbuk logam di dalam sistem. 

terpaksa akur kepada jauhari.

alignment tayar : 15

balancing : 20

compressor : 570

cooling coil : 210

condenser : 110

expansion valve : 110

discharge hose : 80

discharge hose switch : 140

dashboard labor : 100

pressure switch: 70

aircond vacuum + oil + gas : 120

total 1725.


setakat ini, suhu terendah dicapai ialah 11.9 darjah celcius.

ini tidak patut untuk sistem yang baharu tukar compressor, cooling coil dan condenser.

patut boleh dapat sekitar 7-8 darjah. kita tengok dulu untuk beberapa hari.




install cabin filter untuk kurangkan kotoran pada cooling coil.

****. setelah beberapa hari, dapat dilihat suhu terendah ialah 11.6 darjah celcius pada 7 Jun 2023.


Beli kereta pada 2004. Pertama kali tukar compressor ialah pada July 2015. tukaran kedua pada 2021. Maknanya boleh guna 5-6 tahun. tukaran ketiga pada Jun 2023.