Sunday, December 29, 2013

Rusa 1.3 EX Radiator Service

menurut arahan foreman, saya menghantar kereta ke kedai radiator.

setelah radiator diservis, masalah high temperature masih tidak selesai.
tauke radiator mengesyaki kerosakan ialah pada thermostat atau water pump.
tauke radiator mengarahkan supaya rusa dibawa ke bengkel kereta.

kos servis radiator:

servis radiator RM35
repair RM15
flushing RM45

Total RM95.

Saturday, December 28, 2013

Rusa 1.3 EX high temperature

ketika memandu, beberapa kali enjin mati pada hari ini ( 3 kali dalam ingatan saya ).
didapati temperature juga tinggi.
apabila dihantar kepada foreman, beliau menyatakan bahawa radiator bocor.
tidak dapat dipastikan apa yang bocor, tetapi tangki air kosong.
dicadangkan supaya Rusa dihantar kepada kedai radiator berhampiran.
tetapi perlu tunggu enjin sejuk, jika dimasukkan juga air sejuk ke dalam tangki, head insya Allah akan bengkok.

sesetengah orang mengatakan bahawa boleh dimasukkan air yang sedang mendidih, tetapi air didih sukar didapati pada kebanyakan kes.

jika ada air berhampiran, boleh spray pada radiator fin untuk menyejukkan radiator.

Sunday, December 22, 2013

Kelisa 850 - tayar pancit

Punctured.

ketika berhenti di lampu isyarat, seorang penunggang motorsikal mengetuk cermin tingkap serta bersungguh-sungguh cuba menyatakan sesuatu.

kesimpulannya ialah tayar belakang sebelah kiri pancit, tiada angin langsung.

saya tidak pasti sejak berapa lama ia dalam keadaan begitu.
saya berharap tidak lama, kerana jika terlalu lama memandu dalam keadaan tiada angin, tayar akan hancur insya Allah.

saya pernah memandu dalam keadaan kurang angin, dapat bergerak sehingga 300km.
tetapi tanpa angin, tayar mungkin hancur dalam jarak 3km.

segera bergerak mencari ruang untuk memarkir di pinggir jalan.
perlu berhenti di kawasan yang selesa dan selamat.
saya ke pinggir jalan yang tidak sibuk, di hadapan sebuah rumah taman.


sekiranya anda berhenti di pinggir jalan utama, di mana kedapatan kenderaan lalu-lalang yang banyak, maka dengarlah nasihat saya. Letakkanlah kon keselamatan atau segitiga keselamatan sejauh 45 meter di belakang kenderaan anda.





Tatacara Menukar Tayar Pancit :

 oleh kerana saya seorang diri, tidaklah dapat saya membuat video untuk aktiviti ini.

1-Pertama, keluarkan segitiga atau kon keselamatan dan bergeraklah sejauh 45meter ke belakang kenderaan anda. Anggaran 1 meter ialah sejauh 2 langkah orang dewasa. Dengan kata lain, bawalah kon tersebut sejauh 90 langkah ke belakang.

2-keluarkan tayar simpanan, jack dan toolbox yang anda ada.






2 spanar hidup di atas saya beli sendiri, begitu juga dengan 2 spanar cincin. spanar 2 hujung terbuka itu saya tidak ingat.

Sebenarnya peralatan yang diperlukan ketika menukar tayar hanyalah tiga yang berikut ini :




Sebaik-baiknya anda menyediakan sepasang sarung tangan untuk kerja-kerja menukar tayar. Ini untuk mengelakkan tangan menjadi kotor, dan kemudian mungkin akan mengotorkan pula dalaman kereta anda.
selain itu, ia mungkin boleh mengelakkan tangan daripada terluka.

Jangan jack dahulu!

Letakkan tayar simpanan di bawah kereta.

Mulakan dengan melonggarkan nat pada tayar yang pancit. Mulakan dengan satu nat. Longgarkan nat secara bersilang. Putarkan spanar ke arah lawan jam untuk melonggarkan nat. Sekiranya tangan kurang berdaya, boleh gunakan kaki untuk menekan spanar.








Letakkan jack pada point yang telah ditetapkan untuk kereta anda. Biasanya point tersebut berada berhampiran tayar.


Sambungkan peralatan untuk menggunakan jack. Perlahan-lahan naikkan jack dengan memutar rod pemutar. (sesetengah jack tidak perlu kombinasi di bawah ).







Naikkan jack sehingga tayar terapung sedikit di udara. Buka skru yang telah dilonggarkan tadi secara bersilang juga.



 Cabut tayar pancit dan letakkan di bawah kereta. Ini adalah sebagai langkah keselamatan, jack mungkin patah secara tiba-tiba.




Ambil tayar simpanan dan pasangkan ia. Mungkin perlu naikkan jack sedikit jika tayar tidak dapat dimasukkan.



Pasangkan nat DENGAN TANGAN secara bersilang juga.



Perlahan-lahan turunkan jack sehingga tayar mencecah tanah. Ketatkan nat menggunakan kaki secara bersilang juga. Pastikan nat benar-benar ketat. Sepatutnya nat tidak bergerak apabila anda berdiri di atas spanar.






Setelah anda berpuas hati dengan nat yang ketat, keluarkan tayar pancit dari bawah kereta, turunkan jack dan simpan semua peralatan ke tempat masing-masing.





Ucapkanlah alhamdulillah dan bersegeralah ke kedai tayar untuk menampung tayar yang pancit tadi.
Bagus jika anda tidak bertangguh-tangguh kerana anda tidak tahu bila akan pancit untuk kali kedua.

Kebanyakan kereta menyediakan tayar simpanan yang mempunyai saiz yang berbeza (BIASANYA LEBIH KECIL) daripada saiz tayar yang sedang digunakan. Ini adalah supaya pengguna berasa tidak selesa dan menukar tayar kepada saiz normal dengan segera. Di samping itu, ia dapat menjimatkan ruang simpanan.

Walau bagaimanapun, saya  cenderung untuk menggunakan tayar simpanan dengan rim dan tayar yang sama saiz, supaya saya dapat gilirkan dan tidak membiarkan tayar simpanan mati getahnya.

kata orang, getah tayar akan mati selepas 2 tahun daripada tarikh dikilangkan,  ada yang berkata selepas 5 tahun.

sebaik-baiknya selepas 2 tahun, jika berduit, tukarlah tayar anda.

ulasan panjang lebar tentang tayar bolehlah lihat di sini :
http://firestartingautomobil.blogspot.com/2011/03/tip-tip-pilih-tayar-kereta.html



Sunday, December 15, 2013

Rusa 1.3 EX alternator

semenjak membeli Rusa pada 4 Dis 2013 yang lalu, saya belum sempat membuat apa-apa pembaikan.

dengan kehendak Allah, alternatornya telah kaput menyebabkan enjin mati di tengah jalan.

pomen berhampiran membawa bateri baru dan membawa van tersebut ke bengkel.

Jumlah keseluruhan kos pembaikan ialah RM180.
Saya terlupa bertanya sama ada alternator yang diganti ialah second-hand atau baru.

Wednesday, December 4, 2013

Membeli Rusa 1.3 EX Manual

Saya baharu sahaja membeli sebuah van Rusa pada hari ini.

 1.3 EX Manual tahun 1999, 5 seater.
Insuran berharga RM542 comprehensive.
Road tax RM100.

Jika membeli van Rusa second-hand, adalah dicadangkan supaya melakukan perkara-perkara berikut sebaik sahaja memilikinya. Ini adalah kerana kebanyakan orang tidak menyimpan rekod penyelenggaraan yang baik setelah tamat waranti.

-tukar timing belt, fan belt dan alternator belt
-tukar minyak gear hadapan dan belakang
-tukar spark plug, gunakan Bosch Super 4....kononnya menjimatkan minyak dan lebih berkuasa
-tukar minyak power steering (tiada power steering untuk 1.3)
-tukar penapis udara
-periksa distributor cap...jika sudah lama dan ada renggang sedikit, maka tukar sahaja kepada yang baru.
 salah satu masalah yang masyhur, sekiranya ada, ialah masalah kedudukan distributor yang rendah, dan sekiranya cap tidak ketat, tercabut atau terdedah, enjin mudah mati jika terlanggar lopak air atau ketika hari hujan.
sesetengah orang mencadangkan supaya ditukar contact point kepada jenis elektronik, ini juga adalah supaya tidak berlaku kejadian enjin berhenti bila melanggar lopak air.

-buang air radiator dan masukkan coolant Toyota yang berwarna merah



Seperti mana biasa, setiap kereta akan menerima review yang baik dan buruk.

Berikut adalah pengalaman seorang pengguna Rusa 1.6.

http://forum.autoworld.com.my/index.php?showtopic=88919

I bought the 1.6 model in May 2000 and still using it. After 9 years and more than 400K km the van still very good. The only major problem I had is the failure of the alternator. Other than that only normal service and replacement of wear and tear item. Changing of all belting is done at 80K. Clutch set was change at 200K and currently running on my 1st replacement.

Tyre last me about 80K km each set. All 4 absorbers were only change last year. No modification done except installing of SURBO. I normally fill the fuel tank about 35 liters and it travels between 420 to 500 km depending on the route used.

Service was done every 5000km during the warranty period but now it is 10K km as I had been using semi synthetic all the while. Engine is still good and no sign of worn gasket. Thought of sending the engine for overhauld but the mechanic said the the engine is still in good condition it will at least last another 2 years before due for overhaul.

To me the Rusa 1.6 van is good people carrier and had been very faithful to me. No plan of disposing it. Easy to maintain but parts a bit pricey but wont hurt the pocket. ( To me at least)

Donno about the 1.3 model but it could be a bit under power. Just for the record I had touch 150km/h with 8 people on board. Not showing off the speed but to inform the power it have. Know the character of the van first then you will have the confident driving it.

The most important thing in buying car is to make sure it serve the purpose. Van is for those who have big family but cant afford the MPV. Take care of it and follow the service schedule. Also learn a bit of DIY and you will enjoy what ever vehicle you have.



 

Sunday, December 1, 2013

Kelisa 850 - tukar tayar

1 Dec 2013

tukar tayar Silverstone 4pc x 120 = RM480
valve 4pc x 3 = RM12

inclusive of alignment and balancing


Monday, October 7, 2013

Kelisa 850 - Servis ke tiga puluh lapan 185,000 km

bacaan meter: 202, 020km

tukar 
minyak hitam RM47 ,
oil filter RM8
 = RM55.


next service : 207, 000km

Friday, August 16, 2013

Kelisa 850 - Plug Coil

lepas raya jadi sekali lagi keadaan semput. Maka, saya bawa ke kedai yang buat repair sebelum ini tetapi tutup.  Jadi, saya bawa ke kedai lain.

Pomen mendapati salah satu plug coil tidak berfungsi, mungkin yang baru diganti sebelum ini.

Pomen ini menggantikan plug coil yang rosak dengan plug coil original tetapi second-hand.

Total hanya RM65.00


Kononnya plug coil recon tidak tahan panas.

Saturday, June 29, 2013

Kelisa 850 - Servis ketiga puluh tujuh - 180, 000KM

Kelisa Servis Ketiga puluh tujuh -180, 000KM
Mileage reading : 196, 000KM

pada kali yang lalu, saya menghadapi masalah leaking minyak enjin pada valve cover serta enjin semput.
saya telah menambah minyak enjin kerana mendapati ia berkurangan. pomen mengesyaki meinyak enjin yang berlebihan telah menyebabkan overflow dan melimpah ke spark plug. oleh itu, mereka telah mengurangkan minyak enjin dan menukar spark plug.

hasilnya, kejadian semput berkurangan.

kali ini saya menghadapi masalah enjin rasa kurang pickup dan timing rendah, semput kadang kadang terjadi.

kali ini, menurut pomen, valve cover perlu ditukar seketul untuk kelisa, kerana plug seal dirivet terus dan tidak boleh ditukar.

kelisa menggunakan sistem fuel injection.

Valve Cover -----------------------210 (bulan lepas aku tanya pomen cakap lebih kurang 150)
Valve pipe --------------------------10 (ini pomen yang rosakkan semasa nak masukkkan balik pipe tu)
Plug coil denso ---------------------120 (ini yang menyebabkan semput kerana hanya 2 piston sahaja yang berfungsi akibat kerosakan plug coil)

engine oil mineral + oil filter + service throttle body---70
(kalau tukar minyak enjin sendiri mungkin baru RM49 )
Total-------------------------------RM410.

Next service : 201, 000KM

Thursday, April 11, 2013

Mengingati Arwah Cikgu Rizal

setiap hari ratusan, bahkan mungkin ribuan bayi dilahirkan. begitu juga setiap hari sentiasa ada jiwa yang dikembalikan kepada Allah, untuk memulakan suatu penghidupan sebenar, yang kekal buat selama-lamanya, tanpa hujung.

pada hari ini, seorang sahabat telah dijemput oleh Allah, melalui perantaraan Izrail alaihissalam, padahal baharu sahaja beberapa hari yang lalu beliau datang bertanyakan masalah Kalkulus kepadaku..

maka beliau pada hari ini telah melihat apa apa yang telah dikhabarkan oleh Rasulullah sallallahu alaihi wasallam dalam hadis-hadis Baginda.

sekiranya Cikgu Rizal membawa amal-amal yang baik, dan amalnya itu menyukakan Allah, maka kuburnya akan menjadi salah satu daripada taman-taman syurga. sebaliknya jika beliau gagal membawa amal-amal yang menggembirakan Allah, kuburnya boleh menjadi salah satu daripada lembah-lembah neraka.

Cikgu Rizal telah pergi membawa amalnya, apa pula amal yang saya akan bawa.

saya masih hidup pada hari ini. bolehkah saya berusaha untuk menandingi amalan beliau?

al-Fatihah untuk Cikgu Mohd Rizal bin Abu Bakar.







Kelisa 850 - Tukar Spark Plug

Current mileage : 192K

enjin kadang kadang semput, suspek spark plug atau karburetor.
bawak ke foremen, dia check kata sealer kena tukar sebab ada leaking. minyak enjin letak banyak sangat menyebabkan berlaku tekanan yang lebih dan menyebabkan berlaku limpahan, plug menjadi kotor.

betul atau tidak, tapi tukar plug 3 biji = RM30.

bercadang untuk tukar sealer bulan hadapan, dianggarkan berharga seratus lebih.
wiper tank pun mungkin nak kena tukar sebab dah ada rekahan (sudah lapan tahun), mungkin tahan 3 bulan lagi.

Next tukar spark plug : 232K

Thursday, March 28, 2013

Kelisa 850 - Servis Ketiga puluh enam 175, 000KM

Kelisa Servis Ketiga puluh lima 175, 000KM
Mileage reading : 191, 000KM

Barang dibeli dari kedai spare part, penukaran minyak enjin dilakukan sendiri.

Oil Filter ------------------------7.00
Engine Oil Mineral--------------42.00
Accessories/ Radio Fuse--------0.50
Total : RM49.50

Next service : 196, 000KM

Tuesday, January 29, 2013

Kelisa 850 - Exhaust Pipe and Tank Repair

dinding tangki telah pecah pada bahagian sambungan paip dari enjin.

jika tukar tangki sahaja, dengan menggunakan paip lama di bahagian belakang, kosnya RM110 (tak semua kedai buat ).

jika menggantikan kesuluruhan tangki bersama paip belakang, kosnya RM160.

saya telah mengambil pilihan yang kedua.

.

Wednesday, January 23, 2013

Kelisa 850 - Servis Ketiga puluh lima 170, 000KM

Kelisa Servis Ketiga puluh lima 170, 000KM

Mileage reading : 185, 500KM


Barang dibeli dari kedai spare part, penukaran minyak enjin dilakukan sendiri.

Oil Filter --------------7.00
Engine Oil Mineral----41.50
Fog light light bulb------0.50


Total : RM49.00


Next service : 190,500KM