Sunday, December 22, 2013

Kelisa 850 - tayar pancit

Punctured.

ketika berhenti di lampu isyarat, seorang penunggang motorsikal mengetuk cermin tingkap serta bersungguh-sungguh cuba menyatakan sesuatu.

kesimpulannya ialah tayar belakang sebelah kiri pancit, tiada angin langsung.

saya tidak pasti sejak berapa lama ia dalam keadaan begitu.
saya berharap tidak lama, kerana jika terlalu lama memandu dalam keadaan tiada angin, tayar akan hancur insya Allah.

saya pernah memandu dalam keadaan kurang angin, dapat bergerak sehingga 300km.
tetapi tanpa angin, tayar mungkin hancur dalam jarak 3km.

segera bergerak mencari ruang untuk memarkir di pinggir jalan.
perlu berhenti di kawasan yang selesa dan selamat.
saya ke pinggir jalan yang tidak sibuk, di hadapan sebuah rumah taman.


sekiranya anda berhenti di pinggir jalan utama, di mana kedapatan kenderaan lalu-lalang yang banyak, maka dengarlah nasihat saya. Letakkanlah kon keselamatan atau segitiga keselamatan sejauh 45 meter di belakang kenderaan anda.





Tatacara Menukar Tayar Pancit :

 oleh kerana saya seorang diri, tidaklah dapat saya membuat video untuk aktiviti ini.

1-Pertama, keluarkan segitiga atau kon keselamatan dan bergeraklah sejauh 45meter ke belakang kenderaan anda. Anggaran 1 meter ialah sejauh 2 langkah orang dewasa. Dengan kata lain, bawalah kon tersebut sejauh 90 langkah ke belakang.

2-keluarkan tayar simpanan, jack dan toolbox yang anda ada.






2 spanar hidup di atas saya beli sendiri, begitu juga dengan 2 spanar cincin. spanar 2 hujung terbuka itu saya tidak ingat.

Sebenarnya peralatan yang diperlukan ketika menukar tayar hanyalah tiga yang berikut ini :




Sebaik-baiknya anda menyediakan sepasang sarung tangan untuk kerja-kerja menukar tayar. Ini untuk mengelakkan tangan menjadi kotor, dan kemudian mungkin akan mengotorkan pula dalaman kereta anda.
selain itu, ia mungkin boleh mengelakkan tangan daripada terluka.

Jangan jack dahulu!

Letakkan tayar simpanan di bawah kereta.

Mulakan dengan melonggarkan nat pada tayar yang pancit. Mulakan dengan satu nat. Longgarkan nat secara bersilang. Putarkan spanar ke arah lawan jam untuk melonggarkan nat. Sekiranya tangan kurang berdaya, boleh gunakan kaki untuk menekan spanar.








Letakkan jack pada point yang telah ditetapkan untuk kereta anda. Biasanya point tersebut berada berhampiran tayar.


Sambungkan peralatan untuk menggunakan jack. Perlahan-lahan naikkan jack dengan memutar rod pemutar. (sesetengah jack tidak perlu kombinasi di bawah ).







Naikkan jack sehingga tayar terapung sedikit di udara. Buka skru yang telah dilonggarkan tadi secara bersilang juga.



 Cabut tayar pancit dan letakkan di bawah kereta. Ini adalah sebagai langkah keselamatan, jack mungkin patah secara tiba-tiba.




Ambil tayar simpanan dan pasangkan ia. Mungkin perlu naikkan jack sedikit jika tayar tidak dapat dimasukkan.



Pasangkan nat DENGAN TANGAN secara bersilang juga.



Perlahan-lahan turunkan jack sehingga tayar mencecah tanah. Ketatkan nat menggunakan kaki secara bersilang juga. Pastikan nat benar-benar ketat. Sepatutnya nat tidak bergerak apabila anda berdiri di atas spanar.






Setelah anda berpuas hati dengan nat yang ketat, keluarkan tayar pancit dari bawah kereta, turunkan jack dan simpan semua peralatan ke tempat masing-masing.





Ucapkanlah alhamdulillah dan bersegeralah ke kedai tayar untuk menampung tayar yang pancit tadi.
Bagus jika anda tidak bertangguh-tangguh kerana anda tidak tahu bila akan pancit untuk kali kedua.

Kebanyakan kereta menyediakan tayar simpanan yang mempunyai saiz yang berbeza (BIASANYA LEBIH KECIL) daripada saiz tayar yang sedang digunakan. Ini adalah supaya pengguna berasa tidak selesa dan menukar tayar kepada saiz normal dengan segera. Di samping itu, ia dapat menjimatkan ruang simpanan.

Walau bagaimanapun, saya  cenderung untuk menggunakan tayar simpanan dengan rim dan tayar yang sama saiz, supaya saya dapat gilirkan dan tidak membiarkan tayar simpanan mati getahnya.

kata orang, getah tayar akan mati selepas 2 tahun daripada tarikh dikilangkan,  ada yang berkata selepas 5 tahun.

sebaik-baiknya selepas 2 tahun, jika berduit, tukarlah tayar anda.

ulasan panjang lebar tentang tayar bolehlah lihat di sini :
http://firestartingautomobil.blogspot.com/2011/03/tip-tip-pilih-tayar-kereta.html



No comments:

Post a Comment