Thursday, April 11, 2013

Mengingati Arwah Cikgu Rizal

setiap hari ratusan, bahkan mungkin ribuan bayi dilahirkan. begitu juga setiap hari sentiasa ada jiwa yang dikembalikan kepada Allah, untuk memulakan suatu penghidupan sebenar, yang kekal buat selama-lamanya, tanpa hujung.

pada hari ini, seorang sahabat telah dijemput oleh Allah, melalui perantaraan Izrail alaihissalam, padahal baharu sahaja beberapa hari yang lalu beliau datang bertanyakan masalah Kalkulus kepadaku..

maka beliau pada hari ini telah melihat apa apa yang telah dikhabarkan oleh Rasulullah sallallahu alaihi wasallam dalam hadis-hadis Baginda.

sekiranya Cikgu Rizal membawa amal-amal yang baik, dan amalnya itu menyukakan Allah, maka kuburnya akan menjadi salah satu daripada taman-taman syurga. sebaliknya jika beliau gagal membawa amal-amal yang menggembirakan Allah, kuburnya boleh menjadi salah satu daripada lembah-lembah neraka.

Cikgu Rizal telah pergi membawa amalnya, apa pula amal yang saya akan bawa.

saya masih hidup pada hari ini. bolehkah saya berusaha untuk menandingi amalan beliau?

al-Fatihah untuk Cikgu Mohd Rizal bin Abu Bakar.







No comments:

Post a Comment