Thursday, April 25, 2024

Kelisa 850: tukar air filter / air cond filter / cabin filter

 musim panas begini, terasa air cond sukar untuk menyejukkan suhu dalam kabin. mungkin perlu servis air cond ? 

sudah setahun tak servis air-cond. begitu pantas masa berlalu. tak sedar air cond sudah lama tak servis. tapi ada baiknya tukar part yang murah-murah dahulu. servis aircond tahun lalu adalah sebanyak RM1725.

kali ini ini saya cuba tukar air filter dan air cond filter sahaja dahulu. air filter sekarang ini adalah yang ditukar pada Sep 2023, bermakna usianya sudah 7 bulan. sebenarnya kalau ada alat, boleh tembak udara sahaja untuk bersihkan, tapi saya tiada alat, jadi kita beli baharu sahaja.

air filter berharga beberapa belas ringgit sahaja. bolehlah dilihat beza filter baharu dan lama.

filter air cond yang akan saya gunakan ini adalah yang saya sudah beli tahun lalu dari kedai spare part. harganya sudah lupa, rasanya bawah 10 ringgit.  

Holder+filter yang berhabuk itu adalah yang saya beli di shopee tahun lalu (RM15.50), boleh rujuk post 3 Jun 2023. 


kelihatan cooling coil bersih sahaja. nampaknya adalah sangat baik jika kita memasang air cond filter. kelisa ini (850cc manual) didatangkan tanpa ada aircond filter. perlu potong lubang untuk masukkan filter dan filter holder. mungkin versi 1000cc ada aircond filter ?

boleh rujuk : https://www.youtube.com/watch?v=m2goNj9DJX8     untuk cara buat lubang aircond filter.




Saturday, April 20, 2024

Kelisa 850: tukar tayar baru : depan kiri kepada Doublestar 165/60/13 DHO3 : 1pc: RM115.00

 tayar kiri depan telah haus, maka terpaksalah tukar tayar baru.

tukar daripada  165/60R13 Rovelo RHP- A68 kepada 

Doublestar 165/60/13 DHO3 : 1pc: RM115.00

Tayar 165/60R13 Rovelo RHP- A68 2 biji =RM290 ini saya tukar pada 8 Julai 2022.


dengan itu, komposisi terkini adalah : 

Tayar depan kanan : Sailun Atrezzo SH406 165/60/13 ( 9 April 2023)

Tayar depan kiri : Doublestar 165/60/13 DHO3 (tukar 20 April 2024)

Tayar belakang kanan: Falken Sincera SN832i 165/60/13 (tukar 17 Mac 2022) 

Tayar belakang kiri : Falken Sincera SN832i 165/60/13 (tukar 17 Mac 2022)

tayar belakang Falken nampaknya bunga masih banyak, mungkin akan di tukar hujung tahun nanti.




Friday, April 5, 2024

Kelisa 850: servis ke -60 tukar minyak hitam BOLD / oil filter

current 360, 000km

next : 365,000


sepatutnya tukar pada 357,500, tapi sebab tidak berkesempatan, kita top-up sahaja dan drag sehingga 360, 000km.

kali ini beli BOLD 4 liter dan oil filter daripada shopee juga.

BOLD 5W-30 4 liter berharga RM48.40. kata orang, prestasinya setanding dengan minyak-minyak jenama lain yang lebih mahal. oil filter RM6.50. 

Friday, March 8, 2024

Kelisa 850: kereta tak boleh start macam bateri kong

 setelah suatu perjalanan yang panjang, menempuh beberapa tempat daripada pagi hingga ke petang, saya singgah di kedai runcit 500 meter dari rumah. apabila keluar kedai, kereta tidak dapat start pula. tinggalkan kereta dan berjalan kaki ke rumah.

gayanya seperti bateri kong, tiada bunyi cranking langsung.

dulu pernah terjadi, sehari selepas tukar bateri, jadi tentulah bukan msalah bateri. setelah ditunggu beberapa lama, kereta kembali hidup seperti sediakala. puncanya masih misteri, sebab bateri baharu. mungkin ada masalah wiring, namun ia muncul sekali-sakala sahaja. mungkin perlu tunggu enjin sejuk?

sebelum maghrib, masih tidak dapat start. enjin telah sejuk. maksudnya enjin sejukpun bukan penyelesaiannya.

selepas isyak, ketuk-ketuk alternator, enjin dapat dihidupkan. mungkin alternator jem?

------------

perisitiwa ini berlaku lagi pada bulan -bulan terkemudian. ini membingungkan. biasanya jika kereta tak boleh start, puncanya mungkin : 

-bateri

-relay

-starter

-ignition switch

penunjuk bateri mmenunjukkan masih ada 11V lebih, jadi bukanlah bateri.

jam sering berubah kepada 00:00 apabila cuba cranking, bermaksud jam tersebut telah terputus daripada bekalan kuasa bateri.

tidak nampak yang pelik pada fuse box.

akhirnya , saya fikir saya menemui punca kepada masalah ini. biasanya, saya akan mencabut atau mengetatkan sambungan bateri pada punca +ve(merah). kali ini saya mendapati yang sebenarnya terminal hitam ( bumi) lah yang bermasalah. terdapat kelonggaran di situ.

setelah mengetatkan terminal hitam, tiada lagi dilihat masalah ini. kereta dapat dihidupkan dengan sekali cranking.

kesimpulan, check pembumian. pastikan guna lipan yang padu.



Tuesday, March 5, 2024

Kelisa 850: cermin tingkap pecah

 melewati pekerja majlis yang sedang memotong rumput di pinggir jalan, kedengaran bunyi batu-batuan  menghentam body lereta. dua kali melewati pekerja-pekerja ini. 

RM120.




Monday, January 15, 2024

Rusa 1.3 EX : sarung steering wheel dan handbrake knob

steering rusa ini sudah ada sedikit pecah, maka saya fikir ada baiknya membalutnya untuk pemanduan yang lebih selesa.

kini, Universal PU Leather DIY untuk steering dengan mudahnya dapat dibeli di shopee semurah RM10 ke bawah. walaubagaimanapun, sarung universal tidak dapat cover sepenuhnya. untuk dapat sarung penuh, boleh cari di lazada, sekitar 80-90 ringgit.

boleh whatsapp : kosong satu 3, 3 lima 6 empat dua empat kosong , untuk sarung steering.


rujuk video berikut untuk cara-cara menjahit: 

https://www.youtube.com/watch?v=1FvOw-2vN20

https://www.youtube.com/watch?v=FGoaha0Ly2Q&t=317s


hand brake knob baru untuk rusa ( harga dalam 7-8 ringgit untuk chrome di kedai spare part ). 

ada dijual di shopee, boleh guna yang kelisa sebab sama saiz.


Saturday, January 13, 2024

Kelisa 850: lampu signal kena langgar

 lampu signal kena langgar dari belakang oleh sebuah motor.

housing kiri belakang telah pecah. lampu signal dan reverse tidak menyala.

housing dibeli pada harga RM68 dari kedai spare part. ia boleh didapati pada harga sekitar RM42 di lazada. campur postage , mungkin menghampiri RM50.

lazada kelisa tail lamp

signal bulb RM4.00. sama saiz dengan lampu signal hadapan. 

reverse bulb tak perlu beli, sebab masih ada simpanan LED Canbus yang dibeli tahun lalu.

setelah siap pasang.

lampu signal dah gelap, jadi kita consider sudah kong.


total cost RM72.00