Monday, February 14, 2022

Kelisa 850 : alternator belt pecah & pulley problem

 tayar hadapan tiba-tiba didapati kempis. rasanya subuh tadi elok lagi. saya menukar dengan tayar spare. mujur tayar spare masih berangin.

 adalah bagus untuk tuan-puan periksa tekanan tayar dan isi angin tayar kereta tuan-puan sebulan sekali, kalaulah seminggu sekali itu terasa berat. ini untuk memastikan tayar tuan-puan dapat haus dengan sekata, cengkaman yang optimum dan penggunaan bahanapi yang lebih berkesan.

di samping itu, sangat elok jika tayar simpanan juga dipastikan masih berangin supaya dapat digunakan pada saat kecemasan.

pada petang hari, dalam perjalanan ke kedai tayar, selepas beberapa meter meninggalkan rumah, saya mendapati bacaan voltage semakin menurun, ini menunjukkan alternator bermasalah dan kereta hanya bergantung kepada bateri semata-mata.

saya segera berpatah balik ke rumah kerana tidak mahu mati di tengah jalan.

sampai di rumah, untuk memastikan bahawa alternator bermasalah, saya cabut wayar bateri. Kereta lalu mati. Benarlah bahawa alternator bermasalah. 

agak aneh kerana alternator dan bateri baharu sahaja ditukar pada 20 Sep 2020.

saya cuba hidupkan kereta, tetapi kereta tidak mahu hidup kerana tidak cukup voltan.

ini nampaknya perlukan bantuan workshop.

satu kaedah ialah membawa bateri ke kedai dan caj bateri secukupnya. kemudian masukkan semula ke kereta. ini adalah untuk memastikan kereta dapat dihidupkan dan kereta mendapat voltan yang mencukupi untuk dipandu sehingga sampai ke workshop.

satu cara lagi ialah meminjam bateri workshop. Biasanya mereka ada bateri untuk membawa kereta yang kelemahan bateri ke workshop mereka.

cara yang tidak menarik, ialah menggunakan tow car. ini menguntungkan pihak tow car, atau bengkel itu sendiri jika bengkel tersebut ada menyediakan tow car.

setelah sehari berlalu, saya cuba hidupkan menggunakan portable jumpstart bateri. Kereta dapat dihidupkan dan nampaknya cukup voltage untuk perjalanan sejauh 2 kilometer (bengkel dekat sahaja).

setelah diperiksa, didapati bahawa, alternator OK, tetapi belt pecah disebabkan ia berada hanya separuh dalam track pulley. Kononnya waterpump sekarang bentuknya sedikit lain dari waterpump Kelisa yang asal, walaupun waterpump ini boleh masuk dengan Kelisa, ia menyebabkan kedudukan belt sedikit lari dari pulley. waterpump ini saya tukar ketika tukar timing belt sebelum ini, tapi tak pernah tengok pun bagaimana rupanya waterpump tu.

penyelesaiannya, tukar pulley, alternator belt dan compressor belt, total ialah RM100.00

tayar tidak pancit, setelah diperiksa, didapati angin keluar daripada tiub valve. tukar tiub valve dengan harga RM7.00










Friday, January 28, 2022

Kelisa 850: servis ke-52 minyak hitam

 current mileage : 309, 700km

next oil change : 315,000km

next spark plug : 315,000km

ada dua botol minyak hitam lama, guna itu sahaja.

satu botol ada 4 liter, tapi biasanya guna 2.5 liter sahaja, jadi masih berbaki total sekitar 3.00 liter minyak lama.



Wednesday, January 5, 2022

Kelisa 850: tukar lampu aircond switch panel

 lampu standard ialah mentol berwarna hijau, tapi tuan-tuan boleh tukar kepada LED untuk sinaran yang lebih terang. sesetengah orang suka terang, sesetengah orang suka cahaya malap. terang sangat nanti mungkin terganggu.

LED boleh didapati dalam pelbagai warna.

cuba tuan-tuan cari di shopee : saiz adalah T5

LED for Perodua Kelisa/Kenari aircond switch / aircond panel



cara tukar: 
kena bukak dashboard dulu. 
di bahagian panel meter, ada dua skru. bukak skru itu dulu. kemudian boleh cabut dashboard.

kemudian pada aircond switch panel, ada 3 skru, bukak tiga skru ni, kemudian panel tu tolak ke dalam, ke bawah. boleh nampak dua wayar hitam, pulas sikit dan cabut wayar hitam tu, dihujungnya ada perumah mentol. gantikan mentol dengan LED.

ada dua set wayar hitam, satu set untuk tombol arah angin, dan satu set untuk tombol kekuatan aircond.

mentol asal ialah halogen bulb yang disalut getah hijau. kita gantikan ia dengan LED.



Monday, December 27, 2021

Kelisa 850: tukar air filter

 Lama dah tak tukar air filter , kali terakhir mungkin pada 16 Nov 2019 dengan harga RM15 dibeli di kedai spare part, repair aircond beberapa kali sebelum ini pun rasanya pomen tak tukar air filter.

RM11.50 dari Lazada 






Saturday, December 25, 2021

Rusa 1.3EX : tukar wiper dan windshield washer fluid

memandangkan wiper rusa pun dah lama tak tukar, saya tukar juga dengan Silicone Wiper yang sama dengan kelisa. produk yang sama tapi brand lain.

RM13 untuk Dua batang, 18 inci dan 16 inci di Lazada.

kata orang, silicone wiper ni burbunyi berbanding wiper getah (rubber).

wallahua'lam, itu citarasa masing-masing.



saya beli juga Windshield Washer Fluid 2 botol, satu untuk rusa dan satu untuk kelisa.



Tuesday, December 21, 2021

Kelisa 850: lampu signal hadapan kiri

 Apabila memberi lampu isyarat membelok, dan bunyi denyutan/kerlipan/ tempo lebih laju daripada yang biasa, maka lazimnya ada lampu signal yang bermasalah atau tidak menyala. 

(kalau bulb atau wiring tiada masalah, maka diodnya ada masalah )

Ada enam lampu signal iaitu dua pada bumper depan, dua pada fender sisi dan dua pada bumper belakang. 

Hasil siasatan, didapati lampu signal kiri hadapan tidak menyala.

Langkah pertama ialah mengumpil casing lampu daripada bumper untuk melihat keadaan mentol.

Untuk mengumpil casing ke luar,masukkan screw driver dari bawah bumper dan tuil ke hadapan. Anda mungkin perlukan lampu suluh. Lihat foto di bawah untuk lokasi lubang. Lubang yang satu lagi tu pun boleh juga rasanya.


Saya umpil juga lampu signal di sebelah  kanan untuk ujian dan bandingan. Mentol sebelah kiri didapati menyala apabila dipasang di sebelah  kanan. ini bermakna mentol ini tiada masalah.

Adakah current tidak sampai ke mentol? Saya cuba pindahkan set casing Sebelah kanan ke Sebelah kiri, mentol didapati menyala. Ini bermakna current boleh sampai ke mentol. Nampaknya ada yang tidak kena pada sambungan set mentol (wayar hijau-putih) atau perumah mentol .

 

Bahagian dalam perumah mentol ini kelihatan basah dan berlumut/ teroksida. Saya jemur dan keringkan , kemudian bersihkan kesan kesan oksida. Mungkin masalah connection/short circuit sahaja, mungkin ada logam yang gagal menyentuh Terminal mentol dengan baik.

Setelah dibersihkan, mentol didapati menyala.

Casing lampu ini ada rekahan/ lubang. Air hujan boleh masuk Dan mengganggu  litar. Untuk beli baharu, memakan sekitar RM20-25.



Saya cuma gunakan sisa Selleys Knead It yang ada di rumah untuk menampal lubang dan rekahan. Mengapa saya perlu habiskan RM20 untuk masalah yang boleh diselesaikan dengan kos sifar? Cuma nammpak tak berapa segak sahaja, namun masih dapat berfngsi dengan baik sebagai lampu signal.





Wednesday, December 15, 2021

Kelisa 850: tukar wiper

 Lama dah rasanya tak tukar, getah wiper pun dah pecah.

Cuba tukar sendiri, alhamdulillah, senang saja , tak sampai 5 minit dah siap. boleh rujuk youtube.

Wiper Kelisa ialah saiz 18 inci dan 16 inci.

Cuba cari klip atau lock untuk unlock wiper lama. Kemudian cuma masukkan wiper baharu dan lock.

Harap-harap wiper ni boleh bertahan lama.

Wiper yang saya beli bernama Mugan, tetapi yang sampai ialah Iron-King. Wiper ini dijual dengan pelbagai jenama  di shopee. Produk yang sama, tapi kotak lain-lain.