Monday, February 14, 2022

Kelisa 850 : alternator belt pecah & pulley problem

 tayar hadapan tiba-tiba didapati kempis. rasanya subuh tadi elok lagi. saya menukar dengan tayar spare. mujur tayar spare masih berangin.

 adalah bagus untuk tuan-puan periksa tekanan tayar dan isi angin tayar kereta tuan-puan sebulan sekali, kalaulah seminggu sekali itu terasa berat. ini untuk memastikan tayar tuan-puan dapat haus dengan sekata, cengkaman yang optimum dan penggunaan bahanapi yang lebih berkesan.

di samping itu, sangat elok jika tayar simpanan juga dipastikan masih berangin supaya dapat digunakan pada saat kecemasan.

pada petang hari, dalam perjalanan ke kedai tayar, selepas beberapa meter meninggalkan rumah, saya mendapati bacaan voltage semakin menurun, ini menunjukkan alternator bermasalah dan kereta hanya bergantung kepada bateri semata-mata.

saya segera berpatah balik ke rumah kerana tidak mahu mati di tengah jalan.

sampai di rumah, untuk memastikan bahawa alternator bermasalah, saya cabut wayar bateri. Kereta lalu mati. Benarlah bahawa alternator bermasalah. 

agak aneh kerana alternator dan bateri baharu sahaja ditukar pada 20 Sep 2020.

saya cuba hidupkan kereta, tetapi kereta tidak mahu hidup kerana tidak cukup voltan.

ini nampaknya perlukan bantuan workshop.

satu kaedah ialah membawa bateri ke kedai dan caj bateri secukupnya. kemudian masukkan semula ke kereta. ini adalah untuk memastikan kereta dapat dihidupkan dan kereta mendapat voltan yang mencukupi untuk dipandu sehingga sampai ke workshop.

satu cara lagi ialah meminjam bateri workshop. Biasanya mereka ada bateri untuk membawa kereta yang kelemahan bateri ke workshop mereka.

cara yang tidak menarik, ialah menggunakan tow car. ini menguntungkan pihak tow car, atau bengkel itu sendiri jika bengkel tersebut ada menyediakan tow car.

setelah sehari berlalu, saya cuba hidupkan menggunakan portable jumpstart bateri. Kereta dapat dihidupkan dan nampaknya cukup voltage untuk perjalanan sejauh 2 kilometer (bengkel dekat sahaja).

setelah diperiksa, didapati bahawa, alternator OK, tetapi belt pecah disebabkan ia berada hanya separuh dalam track pulley. Kononnya waterpump sekarang bentuknya sedikit lain dari waterpump Kelisa yang asal, walaupun waterpump ini boleh masuk dengan Kelisa, ia menyebabkan kedudukan belt sedikit lari dari pulley. waterpump ini saya tukar ketika tukar timing belt sebelum ini, tapi tak pernah tengok pun bagaimana rupanya waterpump tu.

penyelesaiannya, tukar pulley, alternator belt dan compressor belt, total ialah RM100.00

tayar tidak pancit, setelah diperiksa, didapati angin keluar daripada tiub valve. tukar tiub valve dengan harga RM7.00










No comments:

Post a Comment