Sunday, February 22, 2026

Kelisa 850: fuel check 13.87 km/l

 last meter : 394,707 km

current meter : 395,026 km

sesaran : 319 km

petrol : 23.00 liter

319/ 23 = 13.87 km/ liter

masih OK.

check tayar, semuanya bawah 200kPa, dengan tayar spare pun 170kPa sahaja. Pam semua bagi jadi 200kPa.

berdasarkan catatan lalu, 

Next air filter : 393,000km

Next cabin filter: 393,000km

Next spark plug : 394,000km

Next gear oil : 396,000km

mungkin boleh buat semua pada 396,000km

current meter : 395,026 km



Monday, February 16, 2026

Kelisa 850: fuel check 14.2 km/l

 meter 394,707km.

telah berlalu 355km kononnya.

isi 25 liter 

jika benar, maka : 355/25 = 14.2 km / liter

agak baik.


Wednesday, February 11, 2026

Exora CPS 1.6 MT : tayar pancit depan kiri

 Beberapa hari yang lalu, ketika di parkir, mahu bergerak pulang dari kerja, kereta di sebelah mengisyaratkan tayar depan kiri pancit. 

Saya mencuba segala lug wrench yang ada dalam kereta, semua tak ngam. Tanya beberapa orang kawan yang masih ada di parkir, tiada yang memiliki kepala soket yang ngam. Terpaksa tinggalkan kereta dan balik ke rumah menaiki Grab.

Pagi ini, ketika memeriksa sekali lagi tayar di parkir, ada rakan yang lalu berhampiran kerana beliau terlupa mengunci pintu kereta ketika datang kerja. Beliau menggunakan myvi, rim sudah tukar kepada sport rim, tampak bentuk nut macam sama.

Minta kepada beliau toolbox, katanya tidak bawa. Beliau cari-cari dalam kereta, terjumpa lug nut remover socket. Bila dicuba , memang ngam.

Baharulah saya ketahui bahawa sebenarnya kereta Exora ini  menggunakan nut heptagon ( saya tak pernah check sebelum ini-saya ingatkan heksagon biasa), owner lama tak tinggalkan socketnya di dalam kereta.

Tayar dapat dibuka dan dapat ditukar kepada tayar spare. sudah nampak wayar sekitar 20cm.

Bawa ke kedai tayar, ada tayar 17 inchi  Michelin 2019 second hand berharga RM35 termasuk balancing.

Tayar sekarang ialah Black Arrow kesemuanya, 0122, sudah empat tahun usianya. Nampaknya terpaksa guna Michelin second hand dulu, mungkin hujung bulan dapat tukar baharu dua biji hadapan.

Range harga, tayar China sekitar RM175. Hankook RM350.





Sunday, February 8, 2026

Exora CPS 1.6 MT : timing tinggi

mengisi minyak di stesen minyak. apabila start enjin, idling timing jadi tinggi. hairan. ( ada terdengar letupan, tapi tak pasti di mana, mungkin orang lain).

bawak kereta berhari-hari, timing masih tinggi.

buka hood enjin, check hos. nampak masih elok tiada crack atau bocor. raba-raba sampai ke hujung. hujung kosong. nampaknya hos telah tercabut daripada sesuatu. saya raba-raba, jumpa sesuatu seperti hujung paip. sambungkan hos kepada hujung paip tersebut. periksa enjin. timing kembali normal.


mungkin letupan yang saya dengar ketika hendak start kereta di stesen minyak ialah hos terlucut daripada paip.