untuk air-cond, di dapati spare tank diisi sampai penuh tangki. saya sudah kurangkan level air kepada "antara max dan min". pada pagi ini, didapati suhu terendah ialah 10.1 darjah Celcius, tengah hari 12.1 Celcius. ini adalah menghampiri rekod terbaik 9.8 darjah Celcius ( iaitu sebelum hantar kelisa ke bengkel ).
pada suatu hari, saya mendapati air wiper tidak memancut.
biasanya ada 3 sebab , yang pertama : hos tercabut. saya sudah periksa semua sambungan. semua OK.
sebab kedua, air tiada dalam tangki. saya periksa air, ada walau kurang, dan saya sudah top up hingga penuh. masih tiada pancutan.
saya cuba periksa pump pada tangki air, try cabut soket dan masukkan balik. check kotak fius, rasa macam semua OK.
saya bercadang untuk hantar kelisa pada petang ini, tetapi tiba-tiba air dapat dipancutkan.
mungkin sambungan soket tidak kemas. dan selepas saya cabut dan pasang, mungkin aliran eletrik kembali seperti sedia kala.
cuma perlu diperhatikan, sama ada air-cond akan kembali kepada 9.8 darjah Celcius.
mengikut catatan pomen, perlu buat aircond maintainance pada bulan Feb 2026.
No comments:
Post a Comment