secara tiba-tiba voltage turun naik. apabila menggunakan headlamp, aircond, dan Android Player, voltage boleh jatuh daripada 12V sehingga 7.8V. Hembusan air-cond jadi sekejap kuat sekejap slow, Android player sekejap hidup sekejap mati.
kejadian pagi tadi, tutup lampu tutup aircond bolehlah maintain 12V sampai ke rumah.
bawak ke bengkel, selepas check, kesimpulannya ialah alternator.
tukar alternator jenama Hansa, total RM600.
kata pomen, alternator lama ialah original asal, bermakna sudah berumur 15 tahun.
untuk rujukan :
Barrawsdinata Asrin HamidExora charging dia di kawal oleh ecu. Mula2 start dia akan lompat 14.2v. Bila dah panas enjin dia akan drop 13.8v. Aircond blowers kalau pasang no 3-4 dengan belakang pasang fully sampai sudah battery tak charging. Sebab 150watt radiator Condensor dah pakai electric. Belum. Lagi masuk blower depan 100watt + blower belakang 100watt , fuel pump 150watt. Kalau pakai charging USB fast charging baik cabut kalau jalan dekat. Atau ada pasang power amplifier tiada suiz remote, dash cam guna obd2 baik cabut.
Exora ni di jenis slow charging untuk menstabilkan ia memerlukan battery sebagai load. Kalau battery kong nak jalan pun tak lepas, lagi2 tekan Brake enjin terus padam.
Penggunaan electric kuat:-
1-Fuel pum
2-ECU
3-TCU
4-Solonoid Gearbox CVT
5-ABS Controller,Motor pump ABS with ECU ABS
6-Campro Profile solenoid (Macam part Vtech)
7-Trottel body, Sensor dan intek CLABIRATION.
8- Motor fan radiator dan Motor fan condessor.
Ramlee AhmadPengalaman saya, On kereta bacaan bateri 12.6volt, crank sekali gagal dan voltage drop jadi 11.6volt, tapi lepas jumper bateri, ok kereta hidup, bateri bagi bagi bacaan 14.2volt ketika enjin "running".
Pergi kedai yang menjual bateri kereta dan lori untuk pemeriksaan, result dia : CCA=50%, voltage =14.4volt, alternator=cas ada masuk, current leakage=tiada.Tukang check bateri bagitau," bateri tuan ni tiada masalah, mungkin kereta tuan ada masalah" dan nasihatkan saya pergi ke workshop untuk pemeriksaan.
Pergi workshop, pomen check(pakai multimeter) bagitau grounding cukup+Kabel kepala bateri= Ok. Lepas tu check starter pn ok. Pomen suspek mungkin bateri dah x berapa ok walaupun voltage cantik..Terus balik rumah.
Esok pagi ON kunci, voltage=12.5volt, tapi. bila start kereta = gagal, bateri voltage drop 11.5volt selepas sekali crank. Jump skali(pakai powerbank jumper Shopee) terus ok, bacaan bateri still sama mcm semalam 14.3volt.
Hari ketiga, jadi masalah yg sama, tukar terus bateri baru, MASALAH settle.
Kesimpulan : Jangan sangka semua kedai bateri tu ada "pengetahuan" yang baik mengenai bateri(mungkin pandai jual saja). Untuk makluman, walaupun kedai bateri yang saya pergi ini ada peralatan lengkap dan telah berniaga bateri kenderaan lebih daripada 15tahun, tetapi pengetahuan tentang bateri agak kurang baik, saya rujuk chatGPT lagi ok dari mereka

**Sejarah bateri saya:
- Jenama CENTURY MARATHONER maintainance free saiz 60.
- Usia dalam 1 tahun 6 bulan.
**Kenderaan bergerak setiap hari.
Semoga perkongsian saya ini dapat dijadikan panduan pada semua pengguna kenderaan lain. Aamin.
No comments:
Post a Comment