oleh kerana meter telah sampai kepada waktu untuk menukar spark plug, saya telah cuba untuk menukarnya sendiri. dan oleh kerana ini perlu mencabut air filter, alangkah baiknya jika air filter juga ditukar.
apabila plug coil dibuka, saya begitu terperanjat dengan jumlah minyak hitam yang berada didalam spark plug. banjir bak hang!
ini disyaki plug seal yang telah rosak/bocor. boleh jadi ini juga punca minyak hitam berkurang dengan dahsyat baru-baru ini. alang-alang menukar plug seal, ada baiknya menukar gasket sekali. boleh jadi gasket juga telah rosak kerana kawasan enjin hitam, hanya sanya tidak diketahu punca lelehan itu.
cubaan mencabut spark plug gagal kerana terlalu ketat.
setelah membuka rocker cover, saya memasang plug seal yang baharu. malangnya ketika memasukkan plug seal yang ketiga, screw driver telah menembusi plug seal. saya fikir tidak patut menggunakan plug seal yang rosak, maka terpaksa beli baharu. pada asalnya, plug seal yang saya berharga 12.00 3 pcs. tetapi itu telah kehabisan stok, hanya ada jenis mahal 35.00 untuk 3pcs.
gasket yang saya beli pula sukar dipasang kerana tidak berapa ngam.
sebaiknya bawa rocker cover ke kedai untuk test ngam atau tidak.
akhirnya berjaya juga memasang rocker cover.
apabila enjin dihidupkan, minyak hitam mengalir keluar. nampaknya mungkin gasket tidak dipasang dengan kemas ? adakah gasket terkeluar daripada paritnya?
terasa ada baiknya tugas ini diberi kepada pomen. tetapi ini pengalaman yang perlu dipelajari.
setelah rocker cover dibuka, jelaslah puncanya.
bahagian bucu kiri atas telah pecah. ini adalah masalah yang biasa terjadi, kalau nat diikat terlalu ketat.
saya mendapati bucu tersebut patah, dan ada kesan epoxy. ini bermakna salah seorang pomen telah mematahkannya/ atau mendapati ia telah patah, lalu membaikinya pada kos yang minimum dengan menggunakan epoxy. tapi ini perlu mengambil masa sedikit lama untuk memastikan epoxy benar-benar telah kering. saya tiada kenderaan yang lain, maka terpaksa membeli rocker cover baru pada harga 150.00
rocker cover kelisa didatangkan sekali dengan plug seal tanpa gasket. saya fikir perlu beli gasket juga kerana gasket sebelum ini tidak ngam. gasket dicuba di kedai dan disahkan masuk cantik dengan rocker cover.
alhamdulillah segalanya selesai dengan baik.
kos yang terlibat :
air filter : 12.00
plug seal kit cubaan pertama : 12.00
plug seal kit cubaan kedua : 35.00
gasket : 15.00
gam gasket : 18.00
throttle body cleaner : 14.00
rocker cover : 150.00
gasket : 12.00
spark plug bkr5e-11-bp3 : 19.00
rocker cover boleh didapati dalam julat RM60-80 di shopee.
tersisa : gasket (RM15.00), plug seal 6 biji (RM12+35), serta spark plug (RM19).
spark plug insya Allah boleh diguna lain kali.
untuk membuka rocker cover ini, hanya perlu spanar 10 dan 12.
No comments:
Post a Comment