Sunday, May 14, 2023

Kelisa 850 : pemerhatian

 untuk beberapa bulan ni, masalah yang saya hadapi ialah 

-minyak hitam berkurangan dengan banyak

-kurang pick up, sukar keluar simpang dan mendaki bukit

-makan petrol. full tank hanya dapat bergerak sekitar 280km, ini adalah separuh daripada biasa. selalunya full tank dapat bergerak sehingga 600km.


buat masa ini, apa yang telah dibuat : 

tukar rocker cover, gasket dan plug seal - ini sepatutnya menyelesaikan masalah minyak hitam berkurangan. pembakaran bahan api juga sepatutnya menjadi lebih baik kerana minyak hitam tidak masuk ke dalam ruang spark plug.

tukar spark plug - pembakaran bahan api patut menjadi lebih baik dan efisien.

cuci throttle body - pembakaran bahan api patut jadi lebih baik

tukar minyak enjin dan oil filter

tukar gear oil

tukar air filter 


sekiranya tiada perubahan maksimum, mungkin akan cuba tukar plug coil & fuel injector.

***pemerhatian terkini pada 7 Jun, kecekapan bahanapi adalah sekitar 15 km / liter. Ini adalah baik. Air cond masih tidak mencapai bawah 10 darjah celcius. 


No comments:

Post a Comment