Monday, May 29, 2023

Kelisa 850: cuci cooling coil

 belum ada modal nak servis air-cond, jadi, saya bercadang cuci dulu DIY cooling coil. 

Aeropak Air Conditioner Cleaner 500ml dibeli dengan harga RM15.50 dari Mr DIY. 

Kelisa tiada cabin filter, jadi kena tebuk lubang dan beli sendiri cabin filter.

saya telah ke kedai spare part, dan minta cabin filter. Apa yang saya dapat ialah filter pada harga RM12.00. mungkin kedai tersilap.

Sebenarnya saya perlukan Holder+filter+screw. Set ni ada dijual di shopee. Boleh beli pada sekitar RM20.00

Tak apalah sebab dah beli, lepas ini boleh guna filter sahaja sebab holder dan screw dah ada. 

Untuk potong lubang cabin perlu pisau keras dan tajam. Tipsnya ialah tikam kemudian baharu potong.

tidak berkesan walaupun cooling telah dicuci. Mengintai dari luar kamar, kelihatan cooling sangat kotor.










Thursday, May 18, 2023

Kelisa 850: efficiency check

prestasi selepas menukar minyak enjin etc:

ujian pertama : 

175km city driving, 282km highway, sesaran = 457 km 

457 km / 28 liter = 16.32 km/liter ....ini agak baik, sama seperti enjin baharu.

ujian kedua : 

130km city driving

363km highway 

sesaran 493km / 31 liter =  15.90 km/liter

ujian ketiga :

86 km city

400 km highway , sesaran  486 km / 31 liter =    15.68 km/ liter

ujian ke-empat : 

60km city

351 km highway

sesaran 401km/ 25.50 liter = 15.73 km/ liter

highway terkadang kita tekan lebih 130km/h, ini tidak baik untuk kecekapan bahan api.

kononnya halaju optimum adalah pada 50-90km/h. adalah baik kalau kita dapat kekalkan sekitar 80-90km/h di lebuh raya.

https://www.mobil.com/en/sap/personal-vehicles/car/vehicle-maintenance/reduce-fuel-consumption

bolehlah kita buat kesimpulan bahawa kecekapan bahanapi sekarang adalah sekitar 15-16 km/ liter. ini bolehlah dianggap berjaya kembali kepada keadaan asal seperti baharu. perlu diingatkan bahawa pada suatu masa dahulu , berat saya ialah 60kg, sekarang telah menghampiri 80kg. berat anak-anak juga bertambah. dengan itu, kecekapan bahan api juga sepatutnya berkurangan dengan pertambahan beban muatan.

saya rasa tidaklah sia-sia membelanjakan hampir RM500 untuk mendapatkan prestasi ini, setelah kehilangan kuasa dan petrol semenjak Jun 2022. 










Sunday, May 14, 2023

Kelisa 850 : pemerhatian

 untuk beberapa bulan ni, masalah yang saya hadapi ialah 

-minyak hitam berkurangan dengan banyak

-kurang pick up, sukar keluar simpang dan mendaki bukit

-makan petrol. full tank hanya dapat bergerak sekitar 280km, ini adalah separuh daripada biasa. selalunya full tank dapat bergerak sehingga 600km.


buat masa ini, apa yang telah dibuat : 

tukar rocker cover, gasket dan plug seal - ini sepatutnya menyelesaikan masalah minyak hitam berkurangan. pembakaran bahan api juga sepatutnya menjadi lebih baik kerana minyak hitam tidak masuk ke dalam ruang spark plug.

tukar spark plug - pembakaran bahan api patut menjadi lebih baik dan efisien.

cuci throttle body - pembakaran bahan api patut jadi lebih baik

tukar minyak enjin dan oil filter

tukar gear oil

tukar air filter 


sekiranya tiada perubahan maksimum, mungkin akan cuba tukar plug coil & fuel injector.

***pemerhatian terkini pada 7 Jun, kecekapan bahanapi adalah sekitar 15 km / liter. Ini adalah baik. Air cond masih tidak mencapai bawah 10 darjah celcius. 


Kelisa 850 : servis ke-56 tukar engine oil

sticker menunjukkan bahawa, kali terakhir tukar minyak enjin ialah pada 14 Dec 2022, pada 327,036 km.

penukaran seterusnya sepatutnya ialah pada 334,036.

 current reading : 335,581

next engine oil : 340,581


harga minyak enjin sekarang semakin mahal.

4 liter + oil filter sudah RM100 lebih (dari kedai spare part).




kalau hantar pomen, lebih dahsyat lagi; RM140 termasuk upah (mungkin).




Saturday, May 13, 2023

Kelisa 850 : Kelisa Maintenance Tips

 https://enjin.myfinzol.com/2022/06/22/perodua-kelisa-maintenance-service-tips/

Kelisa 850 : gear box oil, spark plug

 current meter : 335,554

next gear oil : 365,554

next spark plug : 355,554

saya cuba untuk tukar sendiri, tetapi wrench patah. ketat betul kedai sebelum ni buat.

walaupun dah beli spark plug opener baru, tapi masih juga tak dapat nak buka.

terpaksa hantar ke kedai juga. wrench 16mm.



gear oil  2 liter :50.00

spark plug 3pcs : 48.00

labor cost all in : 98.00



kalau buat sendiri, dijangka akan dapat kos seperti berikut : 

gear oil 2 liter : RM40.00 - berdasarkan harga shopee MIZU 1L Manual Gear Oil EP GL5 (75W-90)

spark plug 3pcs : RM19.00 - berdasarkan harga shopee NGK (BKR5E-11) Perodua Kenari Kelisa Viva 850


boleh jimat kos hampir separuh jika dapat buat sendiri.

boleh rujuk : https://www.youtube.com/watch?v=eKCMhaOWpNY







Friday, May 12, 2023

Kelisa 850 : cara tukar minyak gearbox

 https://www.youtube.com/watch?v=eKCMhaOWpNY


nanti bila-bila boleh buat sendiri



Kelisa 850 : perihal cuci throttle body

Kelisa 850: rocker cover, plug seal, gasket, air filter

 oleh kerana meter telah sampai kepada waktu untuk menukar spark plug, saya telah cuba untuk menukarnya sendiri. dan oleh kerana ini perlu mencabut air filter, alangkah baiknya jika air filter juga ditukar.

apabila plug coil dibuka, saya begitu terperanjat dengan jumlah minyak hitam yang berada didalam spark plug. banjir bak hang!

ini disyaki plug seal yang telah rosak/bocor. boleh jadi ini juga punca minyak hitam berkurang dengan dahsyat baru-baru ini. alang-alang menukar plug seal, ada baiknya menukar gasket sekali. boleh jadi gasket juga telah rosak kerana kawasan enjin hitam, hanya sanya tidak diketahu punca lelehan itu.





cubaan mencabut spark plug gagal kerana terlalu ketat.

setelah membuka rocker cover, saya memasang plug seal yang baharu. malangnya ketika memasukkan plug seal yang ketiga, screw driver telah menembusi plug seal. saya fikir tidak patut menggunakan plug seal yang rosak, maka terpaksa beli baharu. pada asalnya, plug seal yang saya berharga 12.00 3 pcs. tetapi itu telah kehabisan stok, hanya ada jenis mahal 35.00 untuk 3pcs.

gasket yang saya beli pula sukar dipasang kerana tidak berapa ngam.

sebaiknya bawa rocker cover ke kedai untuk test ngam atau tidak.

akhirnya berjaya juga memasang rocker cover.

apabila enjin dihidupkan, minyak hitam mengalir keluar. nampaknya mungkin gasket tidak dipasang dengan kemas ? adakah gasket terkeluar daripada paritnya?

terasa ada baiknya tugas ini diberi kepada pomen. tetapi ini pengalaman yang perlu dipelajari.

setelah rocker cover dibuka, jelaslah puncanya.

bahagian bucu kiri atas telah pecah. ini adalah masalah yang biasa terjadi, kalau nat diikat terlalu ketat.

saya mendapati bucu tersebut patah, dan ada kesan epoxy. ini bermakna salah seorang pomen telah mematahkannya/ atau mendapati ia telah patah, lalu membaikinya pada kos yang minimum dengan menggunakan epoxy. tapi ini perlu mengambil masa sedikit lama untuk memastikan epoxy benar-benar telah kering. saya tiada kenderaan yang lain, maka terpaksa membeli rocker cover baru pada harga 150.00

rocker cover kelisa didatangkan sekali dengan plug seal tanpa gasket. saya fikir perlu beli gasket juga  kerana gasket sebelum ini tidak ngam. gasket dicuba di kedai dan disahkan masuk cantik  dengan rocker cover.

alhamdulillah segalanya selesai dengan baik.

kos yang terlibat : 

air filter : 12.00

plug seal kit cubaan pertama : 12.00

plug seal kit cubaan kedua : 35.00

gasket : 15.00

gam gasket : 18.00

throttle body cleaner : 14.00

rocker cover : 150.00

gasket : 12.00

spark plug bkr5e-11-bp3 : 19.00 

rocker cover boleh didapati dalam julat RM60-80 di shopee. 


tersisa : gasket (RM15.00), plug seal 6 biji (RM12+35), serta spark plug (RM19). 

spark plug insya Allah boleh diguna lain kali.


untuk membuka rocker cover ini, hanya perlu spanar 10 dan 12.






 














Thursday, May 11, 2023

Kelisa 850: perihal air cond

 cara buat lubang untuk cabin filter : https://www.youtube.com/watch?v=m2goNj9DJX8

cara pasang cabin filter : https://www.youtube.com/watch?v=cqSWN7Co1to

part untuk sistem aircond kelisa : https://www.youtube.com/watch?v=o63hh595wb8

tebuk lubang untuk cuci evaporator : https://www.youtube.com/watch?v=72wkMw8lz1M