Friday, February 20, 2015

Rusa 1.3EX Enjin Tidak Hidup sambungan

kejadian enjin mati secara tiba tiba ini agak menggusarkan saya.

sekali berlaku pada Raya Haji, kemudian berlaku sekali lagi pada awal Disember 2014 ketika berada di KLCC. kemudian berlaku sekali lagi pada awal Januari.

kadang kadang wiper dan signal tidak berfungsi secara tiba tiba.

penyelesaiannya ialah jumper. seolah-olah bateri kong secara tiba-tiba . namun demikian, bateri baharu saja ditukar pada Mei 2014.

ada pomen yang kata bateri problem, alternator tiada masalah.
ada yang kata alternator mungkin ada masalah, bahagian dalam alternator, misalnya carbon brush mungkin loose contact.

pomen yang rewiring kata mungkin wiring yang ada masalah sebab ada buat sambungan bypass pada kotak fius.

kos rewiring RM85.00

No comments:

Post a Comment