Sunday, February 8, 2015

Kelisa 850 - Diod

7Feb saya ke Pahang atas urusan keluarga.
sampai tol Jalan Duta, saya mendapati lampu signal tidak berfungsi.

pemeriksaan awal pada kotak fius mendapati tiada fius yang putus. bulb masih berfungsi kiri kanan. ini kerana dalam keadaan enjin mati, lampu warning dapat dihidupkan, hanya ianya tidak berkelip, dan signal tidak berfungsi.

kejadian ini berlaku tengah malam.

keesokan paginya saya membawa kereta ke bengkel.

pomen mencabut keluar diod yang terletak di sebelah kotak fius.

didapati di dalam diod ada air. tak tahulah bagaimana air boleh masuk ke dalam diod.

pomen membersihkan litar diod dan seal semula diod. apabila dipasang, lampu signal kembali berfungsi. hanya bunyinya "klik klik "saya rasa volume slow sedikit. mungkin sebab fully sealed?

caj RM10.




1 comment:

  1. Kenapa signal tidak berfungsi bila off aircon.bial aircon on baru signal berfungsi. Tapi double signal ok pukak. Kerta kelisa

    ReplyDelete