Saturday, May 28, 2022

Kelisa 850: tukar bateri

bateri asal ialah Super Charge NS40L yang ditukar pada 8 Sep 2020.

ini bermakan bateri ini telah diguna hampir 20 bulan.

kita cuba pula kali ini

MF NS40ZL YOKOHAMA GOLD 

RM185.00

bateri ini sebelum ini pernah diguna selama sekitar 36 bulan.


MFNS40ZL Yokohama berharga RM175, tukar pada 10 Oct 2017

Super Charge NS40L yang ditukar pada 8 Sep 2020.

MF NS40ZL YOKOHAMA GOLD RM185.00, 28 Mei 2022.

kita harap hanya akan ditukar pada Mei 2025.

Saturday, April 23, 2022

Kelisa 850 : flush radiator

 tak sempat nak service radiator sepenuhnya, cuma flush sebab air dah warna teh susu.

coolant toyota tak ingat harganya, rasa macam RM17 atau RM12.

https://shopee.com.my/GEP-Long-Life-Coolant-Concentrated-1-Litre-(RED)-from-UMW-Malaysia-i.304166223.7463101853

coolant beli sendiri 

pomen kata radiator cap rosak. aku tak nampak apa yang rosak. tapi tak apalah, sudah lama tak tukar.

total cost = labor + radiator cap = RM35.

Saturday, April 16, 2022

Kelisa 850 : servis ke 53 tukar minyak hitam

 mileage : 315, 500 km

next oil change : 321,000

minyak sebelum ni dah beli, cuma nak beli oil filter sahaja.


Wednesday, March 16, 2022

Kelisa 850: tukar tayar kepada 165/60X13 Falken SN832 : 2 pieces x RM140

 165/60X13 Falken SN832 : 2 pieces x RM140= RM280.00

2 wheel alignment : RM18.00

kononnya Falken jenama yang menjadi kegemaran ramai.

tapi kononnya Hankook lebih murah.

Biasanya saya guna Silverstone, tetapi kedai ini kehabisan Silverstone, hanya ada Falken untuk saiz tayar saya.

Saya ambil apa yang ada saja.

last tukar tayar ialah pada Julai 2020 (2 biji ) dan Ogos 2020 (2 biji).

ketika itu Silverstone 165/60/13 Powerblitz 2 unit x RM125.00 =RM250.00


bila tukar tayar, ada dua perkara tak menarik yang mungkin berlaku.

 - pomen tertukar nut

 - pomen tertukar tube cap

kalau tuan-tuan guna  nut dan tube cover yang cantik, bagus jika tunggu dekat dengan pomen.

saya rasa saya terkena lagi, sebab tayar baharu dapat tube cap hitam plastik.


Monday, February 14, 2022

Kelisa 850 : alternator belt pecah & pulley problem

 tayar hadapan tiba-tiba didapati kempis. rasanya subuh tadi elok lagi. saya menukar dengan tayar spare. mujur tayar spare masih berangin.

 adalah bagus untuk tuan-puan periksa tekanan tayar dan isi angin tayar kereta tuan-puan sebulan sekali, kalaulah seminggu sekali itu terasa berat. ini untuk memastikan tayar tuan-puan dapat haus dengan sekata, cengkaman yang optimum dan penggunaan bahanapi yang lebih berkesan.

di samping itu, sangat elok jika tayar simpanan juga dipastikan masih berangin supaya dapat digunakan pada saat kecemasan.

pada petang hari, dalam perjalanan ke kedai tayar, selepas beberapa meter meninggalkan rumah, saya mendapati bacaan voltage semakin menurun, ini menunjukkan alternator bermasalah dan kereta hanya bergantung kepada bateri semata-mata.

saya segera berpatah balik ke rumah kerana tidak mahu mati di tengah jalan.

sampai di rumah, untuk memastikan bahawa alternator bermasalah, saya cabut wayar bateri. Kereta lalu mati. Benarlah bahawa alternator bermasalah. 

agak aneh kerana alternator dan bateri baharu sahaja ditukar pada 20 Sep 2020.

saya cuba hidupkan kereta, tetapi kereta tidak mahu hidup kerana tidak cukup voltan.

ini nampaknya perlukan bantuan workshop.

satu kaedah ialah membawa bateri ke kedai dan caj bateri secukupnya. kemudian masukkan semula ke kereta. ini adalah untuk memastikan kereta dapat dihidupkan dan kereta mendapat voltan yang mencukupi untuk dipandu sehingga sampai ke workshop.

satu cara lagi ialah meminjam bateri workshop. Biasanya mereka ada bateri untuk membawa kereta yang kelemahan bateri ke workshop mereka.

cara yang tidak menarik, ialah menggunakan tow car. ini menguntungkan pihak tow car, atau bengkel itu sendiri jika bengkel tersebut ada menyediakan tow car.

setelah sehari berlalu, saya cuba hidupkan menggunakan portable jumpstart bateri. Kereta dapat dihidupkan dan nampaknya cukup voltage untuk perjalanan sejauh 2 kilometer (bengkel dekat sahaja).

setelah diperiksa, didapati bahawa, alternator OK, tetapi belt pecah disebabkan ia berada hanya separuh dalam track pulley. Kononnya waterpump sekarang bentuknya sedikit lain dari waterpump Kelisa yang asal, walaupun waterpump ini boleh masuk dengan Kelisa, ia menyebabkan kedudukan belt sedikit lari dari pulley. waterpump ini saya tukar ketika tukar timing belt sebelum ini, tapi tak pernah tengok pun bagaimana rupanya waterpump tu.

penyelesaiannya, tukar pulley, alternator belt dan compressor belt, total ialah RM100.00

tayar tidak pancit, setelah diperiksa, didapati angin keluar daripada tiub valve. tukar tiub valve dengan harga RM7.00










Friday, January 28, 2022

Kelisa 850: servis ke-52 minyak hitam

 current mileage : 309, 700km

next oil change : 315,000km

next spark plug : 315,000km

ada dua botol minyak hitam lama, guna itu sahaja.

satu botol ada 4 liter, tapi biasanya guna 2.5 liter sahaja, jadi masih berbaki total sekitar 3.00 liter minyak lama.



Wednesday, January 5, 2022

Kelisa 850: tukar lampu aircond switch panel

 lampu standard ialah mentol berwarna hijau, tapi tuan-tuan boleh tukar kepada LED untuk sinaran yang lebih terang. sesetengah orang suka terang, sesetengah orang suka cahaya malap. terang sangat nanti mungkin terganggu.

LED boleh didapati dalam pelbagai warna.

cuba tuan-tuan cari di shopee : saiz adalah T5

LED for Perodua Kelisa/Kenari aircond switch / aircond panel



cara tukar: 
kena bukak dashboard dulu. 
di bahagian panel meter, ada dua skru. bukak skru itu dulu. kemudian boleh cabut dashboard.

kemudian pada aircond switch panel, ada 3 skru, bukak tiga skru ni, kemudian panel tu tolak ke dalam, ke bawah. boleh nampak dua wayar hitam, pulas sikit dan cabut wayar hitam tu, dihujungnya ada perumah mentol. gantikan mentol dengan LED.

ada dua set wayar hitam, satu set untuk tombol arah angin, dan satu set untuk tombol kekuatan aircond.

mentol asal ialah halogen bulb yang disalut getah hijau. kita gantikan ia dengan LED.