Wednesday, December 18, 2024

Kelisa 850: kemalangan di traffic light

 kereta sedang beratur, ada dua , mungkin tiga buah di hadapan saya, lampu trafik sedang merah. apabila lampu hijau, saya bergerak ke hadapan. didapati kereta Toyota di hadapan tidak bergerak, lalu saya menciumnya. begitulah ceritanya.

segera buka lampu, dapatkan segitiga merah di bonet belakang dan letakkan ia agak jauh dari kereta untuk memberi amaran kepada kereta-kereta lain. sebenarnya perlu letak 45 meter ke belakang. 


tinjauan ke bengkel mendapati :

bumper hadapan pecah

center grill pecah 

number plate pecah

radiator cap pecah ( ini saya syak ketika cubaan pomen membuka bonet)

bonet remuk

pipe aircond patah

perlu refill aircond

fender mungkin bengkok sedikit

lampu besar dah patah housing rasanya 

adjustor bagi quotation sebanyak RM1512.95 dan kononnya saya perlu menambah sebanyak RM150.

dah kenapa? 


kerosakan yang hampir sama pada Mac 2020 kerana terlanggar anjing melintas.

estimate ketika itu: 

front fender signal lamp cover (estimate shoopee: RM7.50)

daun pisang / splash shield / fender liner (estimate : RM25.00)

fender knock and spray (RM200)

front bumper ( RM80.00)

center grill (RM47.00)

headlamp (RM60 x 2pc )

air cond discharge hose ( RM100)

air cond gas refill  (RM100)

plate number (RM20).


kita tunggu keputusan terkini dari bengkel.

update : 
tiada bayaran tambahan dikenakan
fender kiri cuma ketuk sahaja, tidak dicat semula ( mungkin ini yang di cut-cost)-terpaksa spray sendiri sebab jelas sangat ketukannya.
bonnet adalah baru dan cat, bukan ketuk
lampu besar tukar dua-dua belah, guna mentol lama
front bumper tukar baru sahaja, tidak dicat, housing lampu signal guna yang lama
center grill silver baru, logo guna yang lama
radiator top cover tukar baru (plastic)
aircond exhaust pipe ganti baru
refill aircond
socket kanan lampu besar tukar baru sebab terbakar
plate number baru

 

Rusa 1.3EX: headlamp tidak menyala / tukar lampu spotlight

 ketika memandu pada pagi hari, tiba-tiba lampu dashboard padam. begitu juga dengan lampu besar. saya terpaksa menggunakan lampu spotlight.

masalahnya lampu spotlight hanya menyala sebelah. 

pada suatu petang yang lapang, saya membuka casing lampu spotlight dan membawa mentolnya ke kedai spare part. saya diberi satu mentol Bosch berharga RM8. saya mencubanya tetapi tidak kena dengan housingnya. minta tukar jenis yang lain. 

maka saya diberi yang ini. 


ini ngam, memang boleh masuk. 

kata tauke, kalau untuk spotlight, ia akan didatangkan dengan wayar. harga sama sahaja, RM8. kaki mentol sudah dipateri dengan housingnya. patutlah ketika saya mencabut mentol asal daripada housing lama, kakinya pecah.

saya cuba pula meninjau-ninjau apakah masalah dengan lampu besar. fius semua didapati OK. tiada yang putus. saya suspek masalah mungkin pada Turn-Signal Switch. ini kerana, lampu brek tiada masalah, begitu juga dengan lampu brek ketiga, tiada masalah. lampu signal kedua-duanya tiada masalah.

setelah diselidiki, saya mendapati lampu belakang tidak menyala. ini bermakna, yang terkesan ialah lampu dashboard, lambu besar dan lampu belakang ( lampu belakang hanya menyala jika tekan brek). 

pada siang hari, tiada masalah, tapi pada malam hari, suatu yang berbahaya jika lampu belakang tidak menyala. terpaksa berharap kepada lampu brek dan signal untuk dilihat orang dari belakang. lampu hazard juga boleh digunakan, tetapi tidak boleh selalu kerana nanti signal tidak dapat dilihat. bolehlah guna lampu hazard, jika berada di jalan lurus yang panjang.

apabila saya membuka panel steering dan mengusik-usik Turn-Signal Switch, lampu dashboard kembali menyala. didapati semua lampu kini telah menyala, iaitu lampu dashboard, lampu besar dan lampu belakang.

alhamdulillah, tidak perlu ke bengkel dan tidak perlu membeli swicth baharu.