kena RM32.
kononnnya tayar depan sebelah kanan perlu tukar steering rack.
tayar depan sebelah kiri perlu tukar toe-arm.
kena RM32.
kononnnya tayar depan sebelah kanan perlu tukar steering rack.
tayar depan sebelah kiri perlu tukar toe-arm.
aircond compressor jammed. nampaknya kena buat major service untuk aircond. major service terakhir ialah pada Jun 2023.
Sejarah penukaran compressor:
Beli kelisa baru pada 2004.
Pertama kali tukar compressor ialah pada July 2015 ( tahan 11 tahun).
tukaran kedua pada 2021 ( tahan 6 tahun)
tukaran ketiga pada Jun 2023 ( hanya bertahan satu tahun).
tukaran keempat pada Aug 2024
compressor china nampaknya tidak dapat bertahan untuk melepasi satu tahun. langkah pencegahan yang dicadangkan ialah hendaklah service aircond setiap 6 bulan supaya compressor dapat bertahan lebih lama. service yang perlu dibuat ialah :
oleh kerana saya telah memasang aircond filter di dalam kabin, nampaknya cooling coil tidaklah begitu kotor pada zahirnya, tapi boleh jadi juga ada leaking.
ada dua sistem untuk kelisa ( bergantung kapada model kelisa) , iaitu Sanden dan Denso. sistem kelisa saya ialah Sanden. Original sanden susah untuk dijumpai. original second hand yang banyak ialah Denso. Jika nak guna Denso, tidak boleh plug n play, perlu tukar dan modify beberapa perkara.
A. Major service aircond single blower : Lot ( 450.00)
*Service cooling coil /housing
*Service blower
*new valve
*Service condenser
*flushing /workmanship
B. Additional part;
New Condenser local 1 ( 235.00)
New Compressor local ** 1 ( 380.00)
New discharge hose 1 ( 65.00)
New pressure switch 1 ( 20.00)
Acid & solvent cleaning (black oil system) 1 ( 80.00)
Total RM1230
pada suatu pagi, saya mendapati lampu besar sebelah kiri tidak menyala. apabila memeriksa lampu besar, didapati mentol tidak menunjukkan kesan-kesan terbakar atau filamen putus, namun didapati soket H4 telah mula melebur/ mengerekot. mungkin berlaku lintas pintas di dalam soket.
untuk akses lampu besar sebelah kiri adalah sukar, perlu mencabut bateri dahulu. mungkin ada yang pro, tidak perlu mencabut bateri. namun bagi saya, perlu dibuang bateri dahulu, baharulah kedapatan ruang untuk bekerja.
soket H4 berharga 4-5 ringgit sahaja di kedai spare part. boleh dapat dengan harga tiga ringgit di shopee / lazada.
apa yang perlu diperhatikan ialah wayar. perlu pastikan wayar yang tepat untuk disambung, jangan hanya bergantung kepada warna wayar sahaja. apatah lagi soket yang ada bukan lagi soket yang asal daripada perodua.
kesilapan sambungan boleh menyebabkan soket melebur dalam masa sepuluh minit.