Monday, January 15, 2024

Rusa 1.3 EX : sarung steering wheel dan handbrake knob

steering rusa ini sudah ada sedikit pecah, maka saya fikir ada baiknya membalutnya untuk pemanduan yang lebih selesa.

kini, Universal PU Leather DIY untuk steering dengan mudahnya dapat dibeli di shopee semurah RM10 ke bawah. walaubagaimanapun, sarung universal tidak dapat cover sepenuhnya. untuk dapat sarung penuh, boleh cari di lazada, sekitar 80-90 ringgit.

boleh whatsapp : kosong satu 3, 3 lima 6 empat dua empat kosong , untuk sarung steering.


rujuk video berikut untuk cara-cara menjahit: 

https://www.youtube.com/watch?v=1FvOw-2vN20

https://www.youtube.com/watch?v=FGoaha0Ly2Q&t=317s


hand brake knob baru untuk rusa ( harga dalam 7-8 ringgit untuk chrome di kedai spare part ). 

ada dijual di shopee, boleh guna yang kelisa sebab sama saiz.


Saturday, January 13, 2024

Kelisa 850: lampu signal kena langgar

 lampu signal kena langgar dari belakang oleh sebuah motor.

housing kiri belakang telah pecah. lampu signal dan reverse tidak menyala.

housing dibeli pada harga RM68 dari kedai spare part. ia boleh didapati pada harga sekitar RM42 di lazada. campur postage , mungkin menghampiri RM50.

lazada kelisa tail lamp

signal bulb RM4.00. sama saiz dengan lampu signal hadapan. 

reverse bulb tak perlu beli, sebab masih ada simpanan LED Canbus yang dibeli tahun lalu.

setelah siap pasang.

lampu signal dah gelap, jadi kita consider sudah kong.


total cost RM72.00





Friday, January 12, 2024

Kelisa 850: tukar lampu aircond switch panel

 lampu standard ialah mentol berwarna hijau, tapi tuan-tuan boleh tukar kepada LED untuk sinaran yang lebih terang. sesetengah orang suka terang, sesetengah orang suka cahaya malap. terang sangat nanti mungkin terganggu.

LED boleh didapati dalam pelbagai warna.

cuba tuan-tuan cari di shopee : 

LED for Perodua Kelisa/Kenari aircond switch / aircond panel



cara tukar: 
kena bukak dashboard dulu. 
di bahagian panel meter, ada dua skru. bukak skru itu dulu. kemudian boleh cabut dashboard.

kemudian pada aircond switch panel, ada 3 skru, bukak tiga skru ni, kemudian panel tu tolak ke dalam, ke bawah. boleh nampak dua wayar hitam, pulas sikit dan cabut wayar hitam tu, dihujungnya ada perumah mentol. gantikan mentol dengan LED.

ada dua set wayar hitam, satu set untuk arah angin, dan satu set untuk kekuatan aircond.

mentol asal ialah bulb yang disalut getah hijau. kita gantikan dengan LED.


Friday, January 5, 2024

Kelisa 850: lampu signal hadapan kiri / tombol hand brake Rusa

ketika menghantar anak ke sekolah pada pagi hari, saya mendapati, apabila memberi signal ke kiri, lampu indikator berkelip dengan laju. sebaliknya, jika memberi signal kanan, lampu indikator berkelip dengan tempo normal.

ini menunjukkan ada masalah pada sistem signal ( diod? wiring ? mentol ?).

saya keluar dari kereta dan cuba nyalakan lampu isyarat kecemasan, didapati lampu sebelah kiri tidak menyala.

boleh jadi lampu mentol sudah kong.

pada waktu tengah hari, saya singgah di kedai spare part, dan beli mentol berserta tombol hand brake untuk Rusa 1.3. harganya ialah RM11 untuk kedua-dua item ( mungkin knob RM7.00, mentol RM4.00). Tombol dapat yang chrome, bukan plastik. 


saya tuil perumah lampu signal dan mengeluarkan mentol, lalu mendapati filamen mentol belum putus, sarang pemegang  mentol didapati basah. saya fikir inilah puncanya, mungkin short-circuit. saya ambil tisu dan lap-lap sarang pemegang mentol sehingga kering. 


apabila dimasukkan mentol lama, lampu signal dapat berfungsi semula. tempo pun kembali ke normal.

nampaknya kena simpan dulu mentol yang baharu dibeli.

mentol ada dua jenis, satu untuk lampu kuning dan satu untuk lampu putih.

kelisa saya adalah versi lampu kuning.



Monday, January 1, 2024

Kelisa 850: servis ke -59 : tukar minyak hitam

 current : 352, 682km

next : 357,500.

kali ini kita cuba Bold 5W-30 4 liter berharga RM48.40. kata orang, prestasinya setanding dengan minyak-minyak jenama lain yang lebih mahal. oil filter RM6.50.