bateri yang saya guna sekarang ini telah dibeli pada 22 Mei 2022, iaitu 17 bulan yang lalu. agak kurang meyakinkan yang ia hanya bertahan selama 17 bulan kerana sebelum ini , bateri jenama ini ( Yokohama Gold) mampu bertahan selama 36 bulan.
bateri hari ini ialah Camel NS40ZL berharga RM225. Trade in bateri lama RM15.
saya mengesyaki ia cuma masalah wiring / connection sahaja. ini kerana (1)ketika jumping, keluar asap dari terminal hitam bateri. dan setelah pomen membuat adjustment pada wayar, tiada lagi berasap.(2) selepas jumping, saya bawa kereta ke kedai bateri, dan bacaan voltage ialah sekitar 11.5, biasanya dengan bacaan ini, mudah sahaja untuk start enjin, cuma kali ini , ia sukar untuk start.
minggu lalu, kereta mati di lampu trafik. namun, kereta berjaya dihidupkan selepas ditolak. apabila sampai di kedai bateri , saya minta mereka check. selepas diperiksa, kata mereka bateri masih kuat. namun, kereta tidak dapat dihidupkan, seperti tiada bateri langsung, tidak ada bunyi ketik-ketik langsung. setelah dikacau-kacau sedikit wayar, kereta berjaya dihidupkan. sebab itulah, saya mengesyaki masalah wiring. takut-takut ada wayar yang telah reput dan tidak berapa bersambung.
setelah menukar fuel pump, plug coil dan spark plug minggu lalu, check engine light masih menyala. setelah cabut terminal bateri, lampu amaran padam. kata pomen, komputer masih dapat detect masalah walaupun lampu amaran telah padam.
apabila saya periksa dengan komputer hari ini ( sebelum tukar bateri ), tidak dapat detect sebarang masalah. kata pomen, akan hanya dapat detect apabila lampu amaran menyala. sila datang semula apabila lampu amaran menyala.
alhamdulillah, kalau masalah telah selesai.
sejarah :
MF NS40ZL Yokohama : 10 Oct 2017 - 8 Sep 2020 ( 35 bulan )
Super Charge NS40L 8 Sep 2020 - 28 Mei 2022 ( 19 bulan )
MF NS40ZL YOKOHAMA GOLD : 28 Mei 2022 - 4 Nov 2023 ( 17 bulan )
No comments:
Post a Comment