Monday, October 16, 2023

kelisa 850: semput , tukar spark plug, fuel pump, plug coil

 cara check plug coil : https://www.youtube.com/watch?v=-HlqMylXaqI

tiba-tiba muncul masalah semput, engine jerking, bila idle atau slow, enjin senang mati. ini menjadi masalah ketika di traffic light dan juga ketika membelok atau nak keluar simpang. 

ketika jerking, lampu "check engine" akan menyala berkelip-kelip.

setelah beberapa hari, akhirnya, lampu "check engine" kekal menyala.

pomen kata ini bukan gaya plug coil, bukan juga spark plug, sebab spark plug baharu sahaja berusia 13k. disyaki punca masalah ialah fuel pump, (saya terasa plug coil atau spark plug ).

macam mana pun, sebab ada extra spark plug 3 biji, saya tukar spark plug dulu. oleh kerana terlalu ketat, terpaksa menggunakan pipe-wrench (perengkuh paip) yang lebih berkuasa.

kali terakhir tukar spark plug ialah pada 335k, sekarang 348k, baru 13k berlalu. expect untuk tukar pada 355k.

alhamdulillah, selepas tukar spark plug, jerking hampir tiada, enjin terasa lebih berkuasa, tapi lampu "check engine" masih menyala .


tengok tahap kehitaman spark plug, gaya macam plug seal bocor la pulak.

update: setelah dipandu beberapa lama, nampaknya masalah jerking masih menjadi. maka, menukar spark plug nampaknya bukan penyelesaiannya.

kereta lalu dihantar kepada pomen untuk siasatan lanjut.

update 20 Okt: kereta telah dihantar kepada pomen pada 17 Okt dan telah siap pada 20 Okt. caj yang dikenakan ialah RM400. telah ditukar fuel pump, spark plug 3 biji, dan satu plug coil.

spark plug perlu ditukar selepas 3 hari , nampaknya tidak berapa masuk akal, kerana penggunaannya belum pun mencecah 50km. namun ditukar oleh pomen kerana kerana ia kelihatan hitam.

jika melihat kepada catatan 13 Mei 2023, kos menukar spark plug ialah RM48 (termasuk upah).

jika melihat kepada catatan 14 Jun 2022, kos sebiji plug coil pula ialah RM120. plug coil yang ditukar ketika itu berjenama SEOU HighTech. nampaknya ia mampu bertahan selama 16 bulan sahaja. dua lagi spark yang sedang digunakan  ialah original secondhand.


sebenarnya saya sudah ada plug coil di tangan, standby, cuma hari tu pomen kata bukan plug coil, jadi kita biarkan saja, rupa-rupanya perlu juga tukar sebiji plug coil, terbang seratus Nur nilam sari.

Plug coil second hand saya beli di mudah.com, RM50, dua biji @RM25, denso. 


400-120-48= 232.

dengan itu, kos menukar fuel pump adalah sekitar RM230.

namun demikian, "check engine" light masih menyala. perlu check dengan komputer nampaknya. boleh jadi oxygen sensor, sebab ia macam tak pernah ditukar selama 19 tahun. saya dah cuba bukak sebelum ini, tetapi tidak dapat buka kerana enjin sedang panas. boleh jadi juga knock sensor bermasalah.




 












No comments:

Post a Comment