Saturday, August 13, 2022

Kelisa 850: tukar alternator

 alternator sebelum ini telah ditukar ketika menukar bateri, iaitu pada dua tahun yang lalu.

alternator tidak memberi bacaan yang memuaskan ketika enjin melahu (idle), oleh itu kedai bateri menyimpulkan bahawa alternator ini rosak dan perlu dibaiki.

pemeriksaan pada kedai pomen mendapati voltage kurang daripada 13v ketika enjin melahu, sama ada alternator rosak atau berlaku kebocoran arus.

kebocoran arus hanya dapat diperiksa oleh wireman, dan itupun perlukan alternator yang baik.

kesimpulannya, tiada pilihan melainkan terpaksa menukar alternator terlebih dahulu.

biasanya kalau harga alternator sekadar RM400, jarang dibaiki.

alternator ini berharga RM350 , maka mungkin tidak layak untuk dibaiki.

alternator baharu adalah berharga RM420, dengan 3 bulan waranti.

dapat free gift milo sekampit dan maggie 5 bungkus.

kalau ada masa, boleh membeli di mudah atau shopee alternator recond dengan harga yang lebih murah pada sekitar RM70-80, tetapi saya tiada pilihan ini kerana perlu guna kereta segera.

alternator RM420

tayar pancit : RM6

alignment : RM18

Nota kaki : 
Standard alternator kelisa menghasilkan 55amp. 
Gino kononnya dapat memberikan 60amp. 
Nombor  parts 27060-BZ040 adalah untuk alternator Kelisa , Viva 1.0 , Myvi 1.0 ..rated power dia 55-60amp. Tapi selalu dapat hasilkan 55amp sahaja. 
Compatible Part No untuk kelisa:
27060-BZ040
102211-7090
27060BZ040
1022117090

boleh juga guna alternator avanza untuk kelisa.
lebih tinggi amp, lebih banyak dapat tambah aksesori.


No comments:

Post a Comment