Saturday, August 13, 2022

Kelisa 850: tukar alternator

 alternator sebelum ini telah ditukar ketika menukar bateri, iaitu pada dua tahun yang lalu.

alternator tidak memberi bacaan yang memuaskan ketika enjin melahu (idle), oleh itu kedai bateri menyimpulkan bahawa alternator ini rosak dan perlu dibaiki.

pemeriksaan pada kedai pomen mendapati voltage kurang daripada 13v ketika enjin melahu, sama ada alternator rosak atau berlaku kebocoran arus.

kebocoran arus hanya dapat diperiksa oleh wireman, dan itupun perlukan alternator yang baik.

kesimpulannya, tiada pilihan melainkan terpaksa menukar alternator terlebih dahulu.

biasanya kalau harga alternator sekadar RM400, jarang dibaiki.

alternator ini berharga RM350 , maka mungkin tidak layak untuk dibaiki.

alternator baharu adalah berharga RM420, dengan 3 bulan waranti.

dapat free gift milo sekampit dan maggie 5 bungkus.

kalau ada masa, boleh membeli di mudah atau shopee alternator recond dengan harga yang lebih murah pada sekitar RM70-80, tetapi saya tiada pilihan ini kerana perlu guna kereta segera.

alternator RM420

tayar pancit : RM6

alignment : RM18



Tuesday, August 9, 2022

Kelisa 850: service ke 54, minyak hitam , spark plug, head lamp, horn


kilometer : 320,000km 

next engine oil change : 325,000km

next spark plug change : 355,000km


buat banyak benda kali ini : 

BKR5E-11-BP3 3pcs NGK spark plug : RM20

STP Carburator Spray Cleaner 500ml : RM20

RR Boot & Fuel Lid Cable : RM66

H4 Halogen 12V 100/90W Head lamp 2pcs x RM10: RM20

Head lamp wire kit : RM40

oil filter : RM5

Boscher 10W-30 3 liter engine oil : RM32

Bosch 12 Disc Horn set : RM42

Bosch 5pin 12V relay : RM8

labor: RM150

total RM400

pomen kata minyak hitam yang digunakan sebelum ini adalah aneh kerana kelikatannya TIDAK seperti mana yang didakwa (10W-30). ini telah menyebabkan spark plug kotor dan kurang prestasi.

low beam tidak cerah akibat wiring yang bermasalah, maka ditukar headlamp dan re-wiring semula.

alternator dimasuki minyak kononnya, maka dicuci dengan cleaner spray.

tangki minyak tidak dapat dibuka dari dalam kabin, selama beberapa bulan, saya telah membuka  penutup tangki bahan api menggunakan pemutar skru. kabel yang putus telah diganti . kini tangki dapat dibuka  seperti sedia kala.

Horn pada steering sukar berbunyi, maka ditukar horn set baru. kini horn dapat berbunyi apabila steering ditekan, dapatlah kita membunyikan horn di lampu isyarat.