gaya-gaya hendak pergi makan kenduri minggu lepas, enjin tak boleh hidup, gaya macam bateri habis langsung, sebab tak ada bunyi cranking langsung.
saya cuba jumpstart minggu ini, tetapi gagal. maksudnya mungkin bukan masalah bateri, sebab apabila dua wayar bateri disambungkan, terhasil percikan api, maknanya bateri masih kuat.
tiada lampu signal, headlamp.
saya rasaa kuasa tidak sampai ke steering. saya suspek sambungan signal set ke kotak fius seperti yang terjadi sebelum ini.
selepas buka steering set, didapati sambungan ke kotak fius adalah ketat.
akhirnya saya dapati sambungan pada main switch itu sendiri yang telah terputus.
perlu buat sambungan yang lebih kemas.
juga saya dapati sambungan untuk brek belakang juga terputus, ini perlu buat sambungan / solder supaya kemas.
No comments:
Post a Comment