Sunday, October 11, 2020

Kelisa 850 : headlamp terbakar

lampu besar, kiri, terbakar.
untuk buka, tak perlu bukak bateri.
tapi untuk pasang, kena buka bateri, tangan tak muat untuk pasang. 

Philips 
made in China RM12 /pc



Tuesday, September 8, 2020

Kelisa 850 : altenator dan bateri

saya ada pasang satu benda di lubang-cucuh-rokok untuk memantau keadaan bateri dan power kereta. biasanya voltage akan bermain sekitar 12-13.8.

Remax Aliens

apabila bacaan voltage menurun dari 13.8 ke 11, saya menjadi cemas. saya berjaya bawa hingga depan kedai pomen, voltage sudah sekitar 7, tidak berapa lama enjin mati .

pomen menawarkan bateri Super Charge NS40L pada harga RM190. tolak trade in bateri lama menjadi RM175. 


( bateri lama ialah MFNS40ZL Yokohama berharga RM175, tukar pada 10 Oct 2017.ini bermakna bateri MFNS40ZL Yokohama ini telah bertahan selama tiga tahun lamanya.)

bila cuba jumpstart dan cabut bateri, enjin mati. ini nampaknya macam masalah alternator. pomen kata alternator dah kong, tukar alternator RM320.00


saya rasa bateri lama tu OK lagi, sebab tidak ada tanda-tanda lemah, dan sehingga semalam ia masih gagah, tapi dah pomen kata sudah KONG, tak boleh nak kata apa.


Saturday, August 29, 2020

Kelisa 850 : tukar tayar

Silverstone 165/60/13 Powerblitz 2 unit x RM125.00 =RM250.00

bila tukar tayar, ada dua perkara tak menarik yang mungkin berlaku.

 - pomen tertukar nut

 - pomen tertukar tube cover.

kalau tuan-tuan guna  nut dan tube cap yang cantik, bagus jika tunggu dekat dengan pomen.

Friday, August 21, 2020

Kelisa 850 : servis ke-49 tukar minyak hitam - morrison

current km : 286,000km

next oil change : 296, 000.km

next timing belt : 353, 000 km

gear oil : 296, 000 km

spark plug : 300, 000 km

ingat nak beli minyak perodua, tapi kedai habis stok.

baki morrison ada lagi, guna morrison dulu.

oil filter pun ada lagi, tak ingat bila beli.



Sunday, August 2, 2020

Kelisa 850 : accident

 accident sebelum raya haji. kerosakan pada sebahagian bumper depan. total claimable dari adjustor ialah RM1443.32

barang yang telah ditukar ialah :

front fender signal lamp cover (estimate shoopee: RM7.50)

splash shield / fender liner (estimate : RM25.00)

fender knock and spray (RM200)

front bumper ( RM80.00)

center grill (RM47.00)

headlamp (RM60 x 2pc )

air cond discharge hose ( RM100)

air cond gas refill  (RM100)

plate number (RM20).





Monday, July 13, 2020

Rusa 1.3EX - mileage check

isi minyak di batu caves full tank.
meter 92490

isi minyak di Nibong Tebal full tank
meter 92876.

total km = 386km
isi = 27.90 liter

13.84km / liter.

last minyak hitam km : 90,100
next engine oil : 97,000
next spark plug : 20,000
next gear oil : 10,000
next timing belt : 70,000

Thursday, July 9, 2020

Rusa 1.3EX tukar tayar

km :92100km

Silverstone Synergy M3 175/70/13   2pc x RM110 =RM220
tube valve steel 2pc  x RM10 = RM20

Monday, May 18, 2020

Rusa 1.3EX - wayar head lamp

apa bila saya cuba pandu, saya dapati lampu kadang kadang menyala kadang kadang padam.
ini adalah berbahaya apabila memandu pada malam hari.
mujur saya masih ada spotlight.

hasil siasatan mendapati ada sambungan yang tidak baik yang keluar dari bateri.



 wayar hijau itu adalah untuk headlamp, sementara merah adalah untuk hidupkan enjin.
kalau wayar hijau putus, van masih boleh jalan tapi tiada lampu.

saya dapatkan wayar baharu dari kedai spare part.

RM8.00 

Rusa 1.3EX - tukar bateri

bateri tak sampai setahun sudah kong.
masih dalam waranti, jadi dapat tukar free. alhamdulillah .

MF MFX 60L (55B24L) GS ini berharga RM200 pada 1 Jun 2019.

kita cuba tengok, boleh tahankah sehingga 18 Mei 2021.


Monday, May 4, 2020

Rusa 1.3EX - tukar alternator baru-local

alternator kong la pulak, tukar Local-Baru.
tambah pomen lebih kurang RM100.

Thursday, February 27, 2020

Kelisa 850 - service air cond

oil + gas : RM90
labor : RM15
total :  RM105

the labor is to install my second-hand blower which I purchased separately at mudah.com at RM60 including post.
they said new blower would be hundred something, so i purchased on my own.

i reached workshop late, so could not do full service because they want to close at 6.30pm.

next time will do full service, maybe in july?

Saturday, February 15, 2020

Rusa 1.3EX - engine tak boleh hidup, switch putus


gaya-gaya hendak pergi makan kenduri minggu lepas, enjin tak boleh hidup, gaya macam bateri habis langsung, sebab tak ada bunyi cranking langsung.

saya cuba jumpstart minggu ini, tetapi gagal. maksudnya mungkin bukan masalah bateri, sebab apabila dua wayar bateri disambungkan, terhasil percikan api, maknanya bateri masih kuat.

tiada lampu signal, headlamp.
saya rasaa kuasa tidak sampai ke steering. saya suspek sambungan signal set ke kotak fius seperti yang terjadi sebelum ini.

selepas buka steering set, didapati sambungan ke kotak fius adalah ketat.

akhirnya saya dapati sambungan pada main switch itu sendiri yang telah terputus.

perlu buat sambungan yang lebih kemas.

juga saya dapati sambungan untuk brek belakang juga terputus, ini perlu buat sambungan / solder supaya kemas.







Sunday, February 2, 2020

Kelisa 850 - tukar tayar

silverstone 165/60/13 - RM120

kalau sailun, RM115.

kononnya service aircond RM130.00
kalau nak cuci cooling coil, tambah RM20.00

blower motor kononnya RM100 lebih untuk denso original.
mungkin saya akan beli second hand dari mudah.
boleh dapat dalam RM60.00