Friday, November 22, 2019

Rusa 1.3EX - sambungan alternator longgar

dalam perjalanan pulang kerja, rusa mati di tengah jalan, di traffic light.
tiada pilihan lain melainkan meninggalkannya di tepi jalan.

adakah masalah bateri lemah? bateri sepatutnya masih baharu.

saya datang semula pada malam hari untuk jumpstart.
saya dapati rusa boleh start, tetapi apabila main minyak dia akan mati.
bateri melemah.

saya cuba beberapa kali, boleh hidup ketika idle, tapi mati bila tekan minyak habis. saya ingin ram minyak untuk kuatkan bateri. demikianlah usaha saya.

saya lihat bateri dan sambungan.
sambungan bateri kemas, tetapi terdapat percikan-percikan api pada sambungan di altenator.

saya fikir inilah puncanya, sambungan yang tidak ketat pada alternator.

saya ketatkan sambungan pada alternator, maka bekalan kuasa dapat disalurkan dengan baik.

masalah baharu muncul, lampu signal tidak menyala. ini berbahaya.
tidak sesuai untuk pandu pada malam hari.

pada suatu hari yang cerah, saya telah bawa ke kedai pomen berhampiran, tetapi beliau tidak dapat mengesan puncanya. beliau cadangkan dibawa ke kedai wiring.

saya telah bertanya kepada pomen yang terdahulu, beliau mengesyaki sambungan dari signal set telah loose. ini kerana menurut beliau, wire dari signal set itu tidak cukup panjang, sambungan hanya ngam-ngam sahaja.

telahan beliau adalah benar.
dengan mengetatkan sambungan yang terletak berhampiran kotak fius, semua lampu berkaitan telah menyala dengan baik.

adalah sangat baik jika diikat dengan cable-tight untuk mengelakkan kejadian sama berulang.

jimat kos wiring.



No comments:

Post a Comment