44050km
pada mula-mulanya aku mendapati aircond kadang -kadang terhenti sementara. keadaan ini berulang beberapa kali. mulanya aku berfikir kerana suhu kabin telah sejuk maka ia auto shutdown. tetapi kemudian berlaku pula waktu suhu kabin panas. kemudian didapati blower tidak lagi berfungsi untuk suatu jangkamasa yang lebih lama. kemudian aku dapati ketika blower tidak berfungsi, speedometer, fuel meter, temperature meter, handbrake indicator , engine oil indicator, battery indicator , signal indicator dan signal light juga tidak menyala. lampu utama masih menyala, high beam indicator juga masih menyala. emergency signal masih menyala dan lamupu signal juga menyala ketika menggunakan emergency function. cuma jika guna untuk memberi signal ia tidak berfungsi.
oh ya, wiper dan pemancar air juga tidak berfungsi.
apabila check di kotak fius di bawah dashboard, semua fius masih elok.
suspek wiring ada yang dah lusuh ke, lebur ke di mana-mana.
hantar ke pomen.
didapati ada masalah sambungan di belakang kotak fius menyebabkan current yang tidak cukup sampai ke kotak fius. kata beliau , sepatutnya kena tukar keseluruhan kotak fius, tetapi beliau buat by pass sahaja.
aku lupa bertanya, apa yang dimaksudkan dengan bypass. adakah ia bermaksud fius -fius tersebut tidak lagi berfungsi?
caj RM15.
rupa-rupanya beliau telah membuang terus kotak fius.
No comments:
Post a Comment