Saturday, November 21, 2026

Kelisa 850: tukar air filter, cabin air conditioning filter


 



Sunday, November 8, 2026

Kelisa 850: servis ke -68 minyak hitam, air cond cabin filter

  meter : 404, 137 km

next minyak hitam : 409, 137 km

next air filter : 418, 000 km

next aircond filter : 408, 000 km

next gear oil : 425, 000km

next spark plug ; sepatutnya 394,000km perlu tukar, tapi rasa OK lagi, insya Allah kita tukar pada 415, 000km

tiba-tiba ada kematian di Kuala Lumpur, maka meter terlajak kira-kira seribu kilometer.



Bold 5W30 4L Semi Synthetics RM68.80

Oil filter RM7.10



Saturday, November 7, 2026

Kelisa 850: tukar wiper

 last tukar wiper pada 16 Dec 2021. 

kali ini tukar kepada jenama RUHE. beli di shopee pada harga 19.80 sepasang. 

Kotak tulis RUHE Germany, tapi isi label MUGEN. dulu beli kotak iron king, tapi isi Mugen.

entahlah. 

boleh dapat murah lagi dari seller lain, kena rajin sikit cari lah.




Thursday, October 15, 2026

Kelisa 850: battery weak, bateri lemah

 bateri dibeli pada Julai 2025. sudah lebih setahun, menghampiri 15 bulan usianya. selepas balik solat jumaat, lupa tutup lampu besar. tidak boleh start kereta pada jam 6.30 petang. minta bantuan rakan selepas maghrib untuk jumper. perjalan ke rumah kira-kira 15 minit, selamat sampai ke rumah dengan jayanya. 

nak keluar ke kedai selepas isyak, kereta tidak dapat start. nampaknya bateri masih lemah, perjalanan petang tadi selama 15 minit running enjin masih tidak dapat caj bateri sepenuhnya. 

jumper dan biarkan enjin runnning kira-kira 15 minit. matikan enjin. cuba hidupkan semula enjin, alhamdulillah, dapat start kereta.

nampaknya selepas ini kena biarkan enjin running lebih 30 minit.

**********************************************

tukar bateri baru pada 23 Julai 2025. 

MFX 50L GS MF RM220. tolak bateri lama pada harga RM20= RM200

sejarah : 

MF NS40ZL Yokohama : 10 Oct 2017 - 8 Sep 2020 ( 35 bulan )

Super Charge NS40L  8 Sep 2020 - 28 Mei 2022 ( 19 bulan )

MF NS40ZL YOKOHAMA GOLD : 28 Mei 2022 - 4 Nov 2023 ( 17 bulan )

Camel NS40ZL berharga  RM225, 4 Nov 2023-23 Julai 2025 ( 20 bulan )

bolehlah dikatakan dengan kekerapan penggunaan Kelisa, bateri hanya mampu bertahan setahun setengah, jika melepasi 1 tahun 6 bulan, adalah dikira bonus.

Saturday, October 10, 2026

Kelisa 850: fuel check 16.19km/l

 current : 402412km

437 km / 27 liter =  16.19km / l

ini mengandungi long haul highway sekitar 230 km ke kuala kangsar.,

saya sangkakan, boleh tap IC untuk dapat BUDI, rupa-rupanya mesti kena slot-in. bayangkanlah 27 x 4.67

Saturday, October 3, 2026

Kelisa 850: fuel check 14.81 km/l

 current 401945km

311 km / 21 liter = 14.81 km/l

Friday, October 2, 2026

Kelisa 850: top up minyak enjin

 minyak enjin tinggal.

lupa nak check.

biasanya kalau lagi 1500km nak servis, minyak hitam akan berkurang.