Friday, April 30, 2021

Kelisa 850 : tukar steering rack + compressor aircond

 ini adalah kali kedua tukar steering rack, kali pertama ialah pada Disember 2015. sudah lima tahun lebih.

Steering rack (RM310)

Steering rack bush (RM20)

Aircond vacuum+compressor oil+gas (RM90)

Compressor (RM580)

Labour (RM50)


Aircond masih tidak sejuk walaupun sudah tukar compressor. Pertama kali tukar compressor ialah pada July 2015. Ini tukaran kedua pada 2021. Maknanya boleh guna 5-6 tahun.


Thursday, April 8, 2021

Kelisa 850: tukar ekzos

exhaust patah di sambungan ke balang.
tukar balang baru RM200.

Saturday, April 3, 2021

Kelisa 850 : servis air cond

condenser chemical cleaning --RM40 
aircond treatment ----------------RM35 
aircond gas topup ----------------RM30

 total RM105, tapi tak sejuk jugak. 

pomen kata kena buat major, dalam RM1200 macam tu.
 kena tukar compressor, condenser dan cooling coil. wallahu a'lam.

Thursday, March 11, 2021

Kelisa 850. : Servis ke 50


 Current mileage: 296,000km

Next engine oil change : 303,000km

Next gear oil : 330,000km

Next spark plugs:325,000km

Hantar ke kedai untuk servis minyak hitam sebab saya malas: 

Perodua semi sintetik 5w-40 + oil filter: 130

Gear oil 2 liter: 38

Spark plugs 3 pcs: 38

Reverse lamp bulb: 5

Total: RM 211.


Lama tak hantar ke kedai, harga servis minyak hitam sungguh menakjubkan saya. Lain kali nak beli shopee saja lah.


Sunday, October 11, 2020

Kelisa 850 : headlamp terbakar

lampu besar, kiri, terbakar.
untuk buka, tak perlu bukak bateri.
tapi untuk pasang, kena buka bateri, tangan tak muat untuk pasang. 

Philips 
made in China RM12 /pc



Tuesday, September 8, 2020

Kelisa 850 : altenator dan bateri

saya ada pasang satu benda di lubang-cucuh-rokok untuk memantau keadaan bateri dan power kereta. biasanya voltage akan bermain sekitar 12-13.8.

Remax Aliens

apabila bacaan voltage menurun dari 13.8 ke 11, saya menjadi cemas. saya berjaya bawa hingga depan kedai pomen, voltage sudah sekitar 7, tidak berapa lama enjin mati .

pomen menawarkan bateri Super Charge NS40L pada harga RM190. tolak trade in bateri lama menjadi RM175. 


( bateri lama ialah MFNS40ZL Yokohama berharga RM175, tukar pada 10 Oct 2017.ini bermakna bateri MFNS40ZL Yokohama ini telah bertahan selama tiga tahun lamanya.)

bila cuba jumpstart dan cabut bateri, enjin mati. ini nampaknya macam masalah alternator. pomen kata alternator dah kong, tukar alternator RM320.00


saya rasa bateri lama tu OK lagi, sebab tidak ada tanda-tanda lemah, dan sehingga semalam ia masih gagah, tapi dah pomen kata sudah KONG, tak boleh nak kata apa.


Saturday, August 29, 2020

Kelisa 850 : tukar tayar kepada Silverstone 165/60/13 Powerblitz 2 unit x RM125.00 =RM250.00

Silverstone 165/60/13 Powerblitz 2 unit x RM125.00 =RM250.00

bila tukar tayar, ada dua perkara tak menarik yang mungkin berlaku.

 - pomen tertukar nut

 - pomen tertukar tube cover.

kalau tuan-tuan guna  nut dan tube cap yang cantik, bagus jika tunggu dekat dengan pomen.