Friday, December 5, 2025

Exora CPS 1.6 MT: air cond temperature, suhu air-cond

 sebelum repair dan service air-cond, suhu terendah adalah sekitar 7-8 darjah Celcius. selepas repair, rasa macam agak susah untuk menurunkan suhu.

pada hari ini, suhu berjaya diturunkan sehingga 5.8 darjah Celcius.



Tuesday, December 2, 2025

Kelisa 850: service 66 minyak hitam, skim cylinder head, grind valve, water pump, thermostat, gasket, cam seal

current meter : 393,517 km

next oil change : 398,517 km

air menghilang, masuk ke dalam enjin. didapati lendiran teh susu pada penutup lubang minyak hitam. hantar pomen pada 19 Nov, siasatan mengatakan gasket pecah. 

kena RM920.

kerja -kerja yang telah dibuat:

#mesin head

#mesin tapak block

#grind valve dan setting shim.

#thermostat.

#top set gasket.

#cam seal stopper

#tukar water pump

#tukar minyak hitam.




contoh pembongkaran enjin kembara akibat air masuk enjin : https://www.youtube.com/watch?v=-iHc2u2xDrM

contoh pemasangan enjin kelisa selepas overhaul. https://www.youtube.com/watch?v=5O_Zshtq3RM

pembongkaran sistem penyejukan : https://www.youtube.com/watch?v=DA4KvqRcKrM


berdasarkan catatan lalu, 

Next air filter : 393,000km

Next cabin filter: 393,000km

next spark plug : 394,000km

next gear oil : 396,000km

mungkin boleh buat semua pada 396,000km



Tuesday, November 18, 2025

Kelisa 850: air cond tidak sejuk dan radiator menghilang airnya

pagi sebelum bergerak, isi air dalam radiator dan tangki spare. bolehlah mendapat 9.8 darjah Celcius.


maksudnya air-cond dapat berfungsi dengan baik. tetapi apabila air menghilang, air cond menjadi tidak sejuk. mungkinkah ada kebocoran pada radiator?

bawak ke ke kedai radiator. pomen buka penutup/ cap minyak enjin, lalu mendapati ada lendiran berwarna teh susu. kata pomen, air telah masuk ke dalam enjin dan bercampur dengan minyak hitam.

suspek gasket telah pecah.

bawa ke bengkel pada 19 Nov. tak tahu bila akan siap, sebab kononnya kena turunkan enjin.

Sunday, November 16, 2025

Kelisa 850: air cond tidak sejuk

 beberapa hari ini, aircond sukar untuk turun sehingga 11 darjah. ini pelik. biasanya boleh dapat 10 darjah.

check air subuh tadi, spare tank hampir kosong. radiator ada kurang sikit. top-up semula.

bolehlah dapat 10.2 darjah celcius.


petang air hilang semula.



Wednesday, November 12, 2025

Kelisa 850: aircond tidak sejuk

 pagi tadi suhu aircond 9.9 darjah. tiba-tiba tengah hari, aircond tidak berfungsi. apakah gerangan ?

***

petang hari saya buka bonet hadapan, lalu mendapati penutup tangki spare terbuka. radiator pula kehilangan air lebih kurang satu liter.

top-up air. suhu berjaya mencapai 10.8 darjah celcius.

Saturday, November 8, 2025

Kelisa 850: check minyak hitam

 meter pada 393, 000km. minyak hitam masih pada takat full.  

next oil change pada 394, 000 atau 3rd Dec 2025.

Thursday, November 6, 2025

Kelisa 850: petrol usage 13.78 km/l

 7 Nov 2025 ; 392874km. 488km / 35.41 liter = 13.78km / liter.  masih baik.