Monday, September 16, 2019

Kelisa 850 - tukar head lamp / lampu besar

untuk menukar lampu, sebaiknya anda buat pada siang hari, dan pada hari yang kedai spare part dibuka, melainkan anda sudah ada peralatan yang perlukan, bolehlah dibuat pada malam hari.

kemungkinan dua benda rosak, iaitu mentol lampu besar dan juga H4 soket.
lampu besar/ headlamp kelisa berharga RM10.00. Ada OSRAM, Bosch, Philips dan lain-lain.
soket H4 berharga RM5.00



1) mula-mula, cuba tuan-tuan cabut soketnya . dia agak ketat, goyang-goyangkan sikit. kalau tak boleh cabut, maksudnya logam connector soket dengan pin mentol dah lebur dan bersambung. tiada pilihan melainkan menarik dengan sepenuh tenaga dan memusnahkan soket dan mentol tersebut.

dengan kemusnahan tersebut, anda akan ketiadaan lampu, merbahaya jika memandu pada waktu malam, dengan itu bagus kalau tuan-tuan buat kerja ini pada awal hari dan pada hari yang kedai spare part buka, yakni, jika perlu  membeli soket baru, boleh berlari ke kedai.

saya buat sebelum maghrib, jadi tidak sempat beli soket baru, maka saya buat sambungan terus ke mentol, tanpa melalui soket.

H4 lamp berharga dalam RM8 - RM30.
https://shopee.com.my/Philips-H4-Head-Lamp-Bulbs-12V-(60-55W)-(100-90W)-i.78734645.1370015200

H4 socket dalam RM2-RM10.
https://shopee.com.my/%E2%99%A3WM-2Pcs-H4-9003-Ceramic-Wire-Wiring-Car-Head-Light-Lamp-Harness-3-Holes-Socket-i.139393730.2282649377

2) kalau tuan-tuan boleh cabut soketnya, OK. selepas itu cuba cabut cover getah yang mengelilingi soket tersebut.

3) selepas itu ada klip dawai yang memegang lampu tersebut. tekan ke tengah guna ibu jari dan telunjuk untuk lepaskan ia dari sangkar. selepas itu , mentol akan dapat dikeluarkan dengan mudah.

mentol ni ada ada tiga kaki, masukkan mentol baru macam kedudukan asal, satu kaki di atas, dua kaki di bawah.

masukkan balik klip dawai tadi untuk lock mentol.
masukkan balik cover getah.
sambungkan balik soket H4 3 pin tadi.

bagi kelisa, kalau lampu yang rosak ada di sebelah pemandu, agah mudah untuk tukar sebab banyak ruang.
kalau lampu rosak sebelah co-pilot, mungkin perlu cabut bateri sebab ruang terhad. apa-apapun, cuba dahulu tanpa cabut bateri.


Friday, September 6, 2019

Friday, August 30, 2019

Kelisa 850 - servis ke -47 : piston, overhaul , timing belt , waterpump, sparkplug

km : 273, 122 km
next timing belt : 353, 000 km
gear oil : 293, 000 km
spark plug : 300, 000 km

kali ini major repair setelah 14 tahun.
air masuk enjin.
head bengkok dan lain-lain

engine mounting set : RM225.00
waterpump RM78.00
timing belt set  RM115.00
overhaul set (carbon) RM118.00
piston ring 66mm RM55.00
con rod bearing RM40.00
main bearing RM50.00
clutch bearing RM42.00
spark plug NGK 3 pcs RM20.00
front disc brake pad RM34.00
engine oil Perodua 10W-30 3liter : RM46.00
steering boot R/L 2pc XRM15: RM30.00
toyota 75w90 gear oil 3XRM21.00 : RM63.00
water hose bypass RM13.00
wiper washer tank 2 hole : RM32.00
thermostat o-ring  RM6.00
bulb reverse lamp RM3.00
getah belakang enjin RM22.00
rubber mounting for air filter intake hose
grind valve
labor charge

masih perlu tukar:
exhaust pipe mounting
belt pulley
service air cond




Tuesday, July 2, 2019

Rusa 1.3EX tukar tayar

dua tayar depan sudah botak, satu pancit dalam perjalanan ke tempat kerja.
skru ketat sangat, tak boleh buka sampai spanar pun patah.
panggil orang kedai tayar untuk buka, tukar ke tayar spare.

sampai di  kedai, tukar 2 tayar baru untuk depan, tayar belakang tukar satu dulu dengan tayar second.
mungkin boleh tahan dua bulan lagi tayar belakang.

175/70x13 Silverstone M3   2pcs x RM110
165x13 G28 used tayar 1pcs xRM28
tubeless valve  1 pcs x RM5.
labor RM10.00

total RM263.00

Sunday, June 2, 2019

Rusa 1.3EX - wayar alternator putus dan tukar bateri

MF MFX 60L ( 55B24L) RM200 selepas tolak bateri lama

voltage menururun ketika sedang memandu, dari 12v ke 7v.
lampu padam ketika sedang bergerak, mujur enjin masih hidup sehingga sampai ke surau.
aku biarkan enjin melahu dengan harapan bateri akan dicaj semula.

selepas tarawih, enjin mati dan bateri kong.

sama ada bateri atau alternator bermasalah.

keesokan harinya, cuba jumpstart , enjin boleh hidup tapi mati bila tiada sambungan ke bateri, bermakna alternator bermasalah.

walaubagaimanapun, tanpa bateri yang sihat, tidak akan dapat bergerak ke mana-mana. paling tidak perlu bergerak ke kedai pomen.

umur bateripun telah mencecah satu setengah tahun.
mungkin sudah tiba masanya menukar baru.

aku ke kedai untuk dapatkan bateri baru.
rupanya bateri ni ada kepala (terminal) kecil dan kepala besar.
kalau beli kepala kecil, ada disertakan adaptor untuk membesarkan kepalanya.

MF MFX 60L ( 55B24L) adalah  berkepala kecil.

semasa memasang bateri, aku mendapati wayar di terminal alternator telah putus.
rasa-rasanya inilah puncanya, bateri mungkin masih elok lagi.

kes begini aku dah kena sebelum ini.
tukar bateri baru, tapi enjin masih suka mati, rupanya wiring alternator bermasalah.

bawa ke kedai A, katanya tak boleh buka wayar di terminal alternator tu, nat dah ketat, kalau cuba juga, terminal akan patah, perlu tukar alternator baru (recon), harga lebih kurang RM200.

sudah nak waktu buka puasa, jadi aku balik rumah dulu, nak cuba buka guna WD40 dulu.

keesokan harinya, aku sembur WD40, memang agak sukar untuk membukanya. nat tidak boleh dibuka melainkan dipisahkan wayar yang ada.

bawa ke kedai B,  potong wayar , pasang klip baru. kos RM10.








Wednesday, May 22, 2019

Rusa 1.3EX ignition switch

Ignition switch+ repair pintu Tak boleh bukak = RM90

Pintu Tak boleh bukak sebab kabel putus

Thursday, April 4, 2019

Rusa 1.3EX motor kipas aircond

Aircond tak sejuk. Motor kipas kong.

Pomen kata kipas aku ni dah dimodified, bukan original rusa, tapi kipas waja.

kos tak ingat, tapi aku rasa bawah RM100.