Monday, June 11, 2018

Rusa 1.3EX - tayar pancit

pagi nak pergi kerja, enjin rusa tak boleh start. tengok indicator ada kelip-kelip, biasanya ini maksudnya bateri tak ada power. sama ada bateri itu tiada kuasa atau alternator tidak mampu menjanakuasa.

aku jumpstart dan biarkan ia melahu lebih kurang sejam.

bawak ke kedai bateri, harap harap dapat tukar bateri free sebab baru guna kurang setahun, masih dalam waranti.

menurut kedai bateri, bateri masih elok, 10.4v, alternator pun ok . tak dapat tukar bateri baru.
kedai suruh tukar wayar earth kepada wayar yang lebih besar.

aku meneruskan perjalanan, tiba tiba gegaran semakin kuat, rupa rupanya tayar telah pancit.
ada kawan yang melalui jalan tersebut, kami cuba menukar tayar tetapi gagal membuka nut, kerana ia terlalu ketat.

kami ke kedai bateri tadi untuk memanggil pomen.

untuk menambahkan kuasa kilasan, aku guna paip besi biasa untuk perpaipan rumah. tapi,
pomen bawak pipe besi yang lebih besar.

nut akhirnya dapat dibuka dan tayar dapat ditukar.

tayar secondhand RM79 sebiji, RM15 upah.
tukar 2 biji tayar.

total RM173

selepas tukar tayar, gegaran telah hilang.
enjin pun sudah boleh start dengan sekali crank.

aku tak faham.

Monday, June 4, 2018

Rusa 1.3EX - plug cable

-enjin tak pickup
-bergegar terlalu kuat
-senang mati ketika sedang berjalan, khususnya di selekoh dan lampu isyarat.
-susah nak start, tak cranking, macam bateri kong terus, lampu signal tak menyala, lampu emergency tak menyala. tapi boleh hidup selepas beberapa kali cuba. jumpstart boleh jalan.

sebelum ini pernah jadi pada kelisa, dan puncanya ialah plug coil. jadi, kali ini kita suspek plug coil juga puncanya.

hantar pomen,

tukar spark plug kembara 4pcs = RM60
plug cable set = RM75
labor = RM40

total RM175.00



untuk menghadapi situasi yang memerlukan jumper, aku ada membeli portable jumpstarter cum powerbank seperti yang di atas. kena rajin sikit google untuk harga termurah. 

selepas tukar plug cable ni , masalah enjin tak pickup telah selesai, tapi masalah susah nak start dan gegaran masih belum selesai.

Thursday, April 26, 2018

Rusa 1.3EX - service radiator

masalah overheat ni masih tak selesai.
air menyusut cepat bila pakai aircond.

hantar service, tokey kata dah settled, tapi bila bawak 20km tetap overheat.

wash radiator 85
repair radiator45
coolant 18
cap 15
total 163.00




Friday, November 10, 2017

Monday, October 9, 2017

Kelisa 850 - tukar bateri

MFNS40ZL Yokohama RM175

bateri sebelum ini ialah bateri kering NS40ZLMF Yokohama. RM170, dibeli pada Oktober 2014. ini bermakna bateri ini telah bertahan selama 3 tahun.

Wednesday, August 16, 2017

Rusa 1.3EX - minyak gear

meter : 63356km

gear oil 2.5 liter + upah : RM45.00

next : 81000km

Sunday, July 30, 2017

Rusa 1.3Ex - overheat

lepas sebulan pakai, radiator baru tu pecah..mujur radiator lama tak buang, boleh guna balik.

kos pasang balik radiator lama , tak ingat, dalam RM200 kot?