Wednesday, December 2, 2015

Kelisa 850 - tukar steering rack

Rasanya ini pertama kali tukar steering rack.

1set Steering rack dan tie rod ends.
Total  RM290.00

Monday, November 30, 2015

Kelisa dan Rusa Road tax renewal

Kalau melalui myeg, kena caj RM10 lebih.
Kalau melalui ejen insurans, kena RM2.
Kalau pergi JPJ, rugi masa.

Road tax Rusa RM100.
Road tax Kelisa RM30.

Lain kali nak guna ejen untuk insurans dan road tax, jimat masa.

Monday, November 16, 2015

Rusa 1.3EX berhenti tiba-tiba 2 - fuse cable

kali ini berlaku lagi.
setelah disiasat, didapati puncanya ialah cable fuse terbakar.

cable fuse terletak selepas daripada terminal bateri. ia menghubungkan bateri dengan kotak fius.

Kos : RM20.


Wednesday, September 23, 2015

Rusa 1.3EX berhenti tiba tiba - tukar alternator

kejadian baru baru ini menyebabkan saya berasa kurang selesa untuk membawa rusa ini berjalan jauh. saya menghantarnya kepada pomen dan cuba disiapkan sebelum raya haji.

menurut pomen, alternator bermasalah, maka perlu tukar alternator baru.
radio set Blaupunkt juga bermasalah, maka sambungan kepada radio diputuskan. kononnya radio tersebut makan karan, dan merosakkan alternator. wallahu a'lam.

alternator 140
thermostat 45
housing thermostat 155
labor  70.




Sunday, September 13, 2015

Rusa 1.3 EX refill air cond gas

banner kedai tulis "tambah gas RM12".

aku cubalah tambah gas sebab aircond rasa tak sejuk.

pekerja kedai rekomen pulak supaya tambah minyak compressor, jadi , semua sekali hanya RM65.


aku tengok kotak tulis R134. ini bukan gas aircond ke?

bukan minyak compressor dalam 30-40 gitu ke?

tokei kata ini pun untuk compressor.



compressor oil lain ke dengan compressor gas?

Wednesday, September 2, 2015

Kelisa 850 - servis ke empat puluh empat 215,000km

bacaan meter 234, 400km

Castrol 10W30 engine oil RM48
oil filter RM8

next service 239, 400km
to change gearbox oil at next service

Monday, August 24, 2015

Kelisa 850 - compressor belt

Walaupun sudah tukar compressor, masih tidak rasa sejuk.

Bawak ke kedai aircond kedua untuk refill gas, tapi kata tuan kedai sistem masih elok, sepatutnya air cond rasa sejuk.

Beliau menasihatkan supaya diperiksa semula di kedai yang pasang compressor.

Kedai yang pasang compressor kata compressor belt dan aircond belt kendur, perlu tukar baru.

Kos dua belt rasanya RM24.

Walaupun sudah tukar belting, aircond masih tidak sejuk.